Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinah Arowana mengucapkan kepada pengunjung semua selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sama-samalah kita berusaha untuk menambah amal ibadat kita di bulan yang mulia ini, dan semoga kita semua mendapat keredhaan Allah swt.



Mudah.my is back!!! - Thanks To ...

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Laman web iklan mudah.my kini menerima semula iklan berkaitan arowana untuk disiarkan di laman web berkenaan.

Terimakasih kepada rakan peniaga dari Pulau Pinang, iaitu Mr.Khoo yang telah berusaha mengatasi masaalah ini dengan menulis panjang lebar kepada pengurusan mudah.my. Alhamdulillah, akhirnya pihak pengurusan web berkenaan menerima penjelasan Mr.Khoo dan membenarkan iklan berkaitan arowana disiarkan semula.

Sebelum ini saya ada menghantar email ringkas kepada pihak pengurusan mudah.my berkenaan isu CITES yang dibangkitkan oleh pengendali web berkenaan, tetapi penjelasan saya tidak diterima.

Mr.Khoo menghubungi saya melalui blog ini iaitu di link di bawah:

http://arowana-assakinah.blogspot.com/2011/07/mudahmy-tiada-lagi-iklan-arowana.html

Seterusnya dalam perbualan telefon saya dengan Mr.Khoo pada 26 Julai lalu, beliau menerangkan bahawa beliau telah berjaya meyakinkan pengurusan laman web berkenaan dan mudah.my akan menyiarkan semula iklan berkaitan arowana.

Saya perhatikan sejak dua tiga hari lepas, mudah.my mula menyiarkan semula iklan-iklan arowana, dan alhamdulillah.... hari ini iklan saya mula disiarkan.

Sekali lagi, thanks Mr. Khoo

... and of course, thanks to mudah.my too.





Friday, July 29, 2011

Crossback Gred AAA Dalam 'Black Tank'

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kali ini saya paparkan gambar-gambar MG Crossback gred AAA kami yang telah 2 hari dipindahkan ke dalam 'black tank' iaitu akuarium kaca dengaan latarbelakang gelap. Arowana ini telah diberi WTT (iaitu 'white tak treatment') selama kira-kira 8 minggu.















Saiz arowana di atas kini adalah antara 7 ke 8 inci.






Sunday, July 24, 2011

MAKLUMAN STOK TERKINI - Kemaskini 24 JULAI

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Saya kemaskinikan di sini senarai stok terkini di showroom  kami dengan bilangan baki, saiz dan harga terkini :


A. Chili Red

Keterangan:

1. Saiz 9 inci
Harga: RM2,000 seekor 
1. Kuantiti: baki 3 ekor sahaja.
2. Jaminan : didatangkan dengan cip sebagai jaminan jenis baka.


 
 
 
 
 


2. Saiz 3.5 inci  Stok Baru Tiba !!!
Harga: RM1,350 seekor(diskaun untuk pembelian 3 ekor ke atas)

1.Kuantiti : 16 ekor
2. Tiada cip (kerana masih kecil untuk dimasukkan cip)







Sebagai panduan penggemar semua, di bawah ini dipaparkan pula gambar-gambar Arowana Chili Red yang sudah dewasa dan bersaiz kira-kira 16 inci hasil keluaran ladang arowana yang sama di Pulau Pinang. Ia adalah sebagai gambaran tentang rupa arowana di atas apabila mencapai usia dewasa kelak.

 
 
 


1. MG Crossback Bluebase Gred AAA Saiz 8 inci
 
    - harga : RM3,000 seekor
    - 'chu' sangat halus, dan sudah jelas kelihatan
    - tompok-tompok emas (gold dust) sudah memenuhi sisik atas belakang (baris 6)
    - saiz terkini - kira-kira 8 inci
    - kuantiti : baki 8 ekor sahaja
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 5 ekor ke atas
  





Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas

Ciri-ciri induk :
i. Induk adalah crossback bluebase - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sangat halus dan tersusun sangat rapi
iv. ikan dari kolam di Perak


Di bawah ini dipaparkan gambar induk-induk crossback AAA dari ;ladang yang menghasilkan anak-anak crossback AAA di atas. Walau bagaimanapun, induk di bawah bukanlah induk sebenar anak-anak di atas. Saya paparkan hanya sebagai contoh untuk menggambarkan kualiti induk crossback AAA.


Warna bluebase yang pekat

'Chu' sangat halus dan susunan sangat rapi


Sisik baris 6 (atas belakang) sudah cross




Induk-induk Crossback Bluebase AAA di atas mempamerkan warna biru pada badan ('bluebase') yang sangat ketara.


2. MG Crossback Bluebase Grade AA 7 inci

    - harga : RM2,500 seekor
    - 'chu' agak halus, dan sudah jelas kelihatan
    - selepas mendapat 'White Tank Treatment', kini tompok-tompok emas (gold dust) sudah memenuhi sisik atas belakang (baris 6)
    - kuantiti : 25 ekor
    - saiz terkini - kira-kira 7 inci
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas
   

Ciri-ciri induk :

i. Induk adalah crossback bluebase
    - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sederhana halus dan tersusun rapi
iv. ikan dari kolam di Perak









Di bawah ini dipaparkan gambar sebahagian dari induk-induk crossback dari kolam yang membekalkan anak-anak arowana kepada kami.

Ini adalah contoh salah seekor MG Crossback bluebase Gred AA dari farm ini, tetapi bukan induk sebenar anak-anak di atas

Lagi contoh Induk crossback bluebase dari farm ini. Warna bluebase arowana ini amat terang. Walau bagaimanapun warna bluebase tidak dapat dilihat dengan jelas akibat sinaran terik matahari. Gambar di ambil kira-kira jam 12 tengah hari.


3. MG Crossback Bluebase Gred A 9 inci (Stok Clearance)

    - harga : RM2,500 seekor
    - Baki 4 ekor sahaja   
    - saiz terkini - kira-kira 9 inci
    - 'chu' sudah jelas kelihatan
    - selepas mendapat 'White Tank Treatment', tompok-tompok emas (gold dust) sudah memenuhi sisik atas belakang (baris 6)
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas










Ciri-ciri induk :

i. Induk adalah crossback bluebase
    - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sederhana halus dan tersusun rapi
iv. ikan dari kolam di Perak


4. Super Highback Golden Bluebase 9 inci (Induk jantan MG Bluebase)  (Best Buy!!!)

    - harga RM1,500 seekor
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas
    - induk jantan adalah MG, induk betina tidak pasti samaada MG atau Super Highback
    - saiz kira-kira 9 inci
    - gold ring sehingaa ke baris 5 sudah penuh dan nampak jelas
    - bluebase juga sangat jelas, terutamanya pada baris 4
    - bintik2 emas (gold dust) mulai kelihatan di atas kepala dan belakang
    - kuantiti : 30 ekor (baki terkini: ?? ekor)

Nota: Sesetengah farm mengkategorikan arowana ini sebagai "Malaysia Golden 2nd Grade"


Ciri-ciri induk :

 i. induk jantan adalah MG BB dengan "chu" penuh.
 ii. induk betina kurang pasti (samaada MG BB atau Super Highback BB), terdapat 13 ekor induk MG dan hanya 7 ekor Super HB di dalam kolam ini, kesemuanya dengan Bluebase agak pekat.
 iii. Sisik emas induk meliputi hingga ke paras 6, tetapi tidak cross (bukan crossback)
 iv. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat pekat, dan bluebase pada sisik juga sangat pekat
 v. "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" satu atau 2 baris
 vi. ikan dari kolam di Perak




 
 

Induk jantan sebenar yang mensenyawakan telur-telur yang menghasilkan anak-anak super highback bluebase di atas. Ia adalah seekor MG dengan "chu" penuh. Terdapat 12 ekor lagi induk MG di dalam kolam ini. Induk betina yang menghasilkan telur tidak dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun, di dalam kolam ini terdapat 13 ekor MG Bluebase dan hanya 7 ekor Super highback Bluebase
Pandangan lebih dekat induk di atas, kelihatan sudah cross sebahagian

Induk yang sama, kelihatan chu sudah penuh

Salah seekor dari 13 ekor MG Bluebase dari kolam ini, kelihatan sisiknya sudah cross sepenuhnya, iaitu ia seekor MG Crossback



5. Highback Golden (Bluebase) 9 inci
     - harga RM800 seekor
     - saiz kira-kira 9 inci
     - gold ring di baris 5 sudah penuh dan nampak jelas
     - kuantiti: 20 (baki terkini: ??  ekor)
     - diskaun bagi pembelian 3 ekor ke atas
  

 
 


Nota: ada juga sesetengah2 farm mengkategorikan arowana seperti ini sebagai "highback quality" atau "super highback" berdasarkan ciri-ciri induknya, iaitu seperti di bawah:


Ciri-ciri induk :

i, Induk Highback mempunyai sisik emas paras 5 penuh
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' juga agak pekat, tidak pudar
iii. bluebase juga boleh tahan pekatnya 
iv. ikan dari kolam di Perak



Contoh induk Highback dari farm yang menghasilkan anak-anak Highback ini

Pandangan lebih dekat induk highback di atas, perhatikan sisik emas penuh sehingga ke paras 5. Sesetengah farm mengkategorikan induk seperti ini sebagai "highback quality" atau "super highback"


Lagi seekor induk Highback dari kolam ini, sisik emas sehingga ke baris ke 5, tetapi kami tetap mengkategorikannya sebagai highback, bukan "highback quality "atau "super highback"



LAIN-LAIN :

Anak arowana lepas 'yolk'untuk tempahan (belian borong sahaja):

1. Highback (bluebase) 
- saiz kira-kira 3 inci
- belian minima 10 ekor
- harga : rm550 seekor

2. Super Highback Bluebase
- saiz kira-kira 3 inci
- belian minima 10 ekor
- harga : rm1,000 selekor

Nota : anak-anak ikan di atas masih berada di ladang di Perak.


Sesiapa yang berminat, sila kunjungi showroom kami. Hubungi  kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)