Wednesday, February 24, 2010

Anak-anak Kelisa Golden High Back Kami

Ini adalah gambar-gambar anak-anak arowana Golden High Back kami yang kini berusia kira-kira 5 bulan, saiz di antara 4-5 inci. Gambar diambil pada 21 Feb 2010.








Friday, February 19, 2010

Industri Ikan Kelisa Jejas Sawah Padi

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm


IPOH 18 Feb. - Dua tahun lalu, penternakan ikan kelisa di kaki Bukit Merah yang terletak dalam daerah Kerian dekat Bagan Serai, hanya diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu. Kejayaan mereka menghasilkan benih ikan kelisa berkualiti tinggi telah menarik perhatian banyak pihak. Hanya dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut telah berubah wajah menjadi sebuah industri penternakan ikan kelisa.

Malangnya, industri yang wujud bukannya memberi faedah kepada penduduk tempatan sebaliknya membuka ruang kepada para pengusaha luar termasuk negara jiran meraih keuntungan besar. Lebih memburukkan keadaan, permintaan yang tinggi untuk membuka kolam ternakan ikan kelisa di kalangan pengusaha terbabit, mendorong penduduk tempatan menjual tanah mereka.

Kesannya, banyak tanah yang sebelum ini diusahakan dengan tananaman padi kini menjadi kolam pembiakan ikan kelisa. Tanpa disedari, kedudukan Kerian sebagai Jelapang Padi yang membekalkan sumber makanan negara kini juga bertukar fungsi. Sehubungan itu, kerajaan negeri Perak telah mengambil pendekatan mengehadkan zon kebenaran menjalankan aktiviti tersebut kepada 182 hektar (450 ekar) sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu perlu kerana pihaknya tidak mahu kegiatan tersebut menjejaskan kedudukan Kerian sebagai Jelapang Padi negara.

''Ada beberapa perkara yang dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan ini. Satunya, berlaku penjualan tanah secara berleluasa kepada pihak di luar Perak termasuk negara jiran.

''Kedua, kawasan ini adalah Jelapang Padi yang penting sebagai sumber menghasilkan makanan negara," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Zambry, keresahan akibat berlaku penjualan tanah secara berleluasa kepada orang luar, telah dibangkitkan oleh penduduk tempatan sendiri. Malah, katanya, UMNO Bahagian Bagan Serai juga telah membuat laporan polis berhubung apa yang berlaku itu.

''Saya telah membawa masalah ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memaklumkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Noh Omar).

''Dalam masa sama, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah terbabit menjalankan siasatan lanjut. Kita bimbang jika dibiarkan, akan wujud kesan lain," kata beliau.

Zambry berkata, apa yang dikesalkan pihaknya ialah industri bernilai tinggi tersebut lebih memberi kebaikan kepada pihak luar yang didapati memonopoli perniagaan tersebut.

''Tidak dinafikan ada pengusaha anak tempatan yang berjaya (dalam bidang ini) tetapi sekarang kita melihat ia lebih memberi peluang pada orang lain meraih keuntungan," katanya.

Thursday, February 11, 2010

Lawatan Ke Kamunting, Perak

Assalamualaikum wm wbkh!

Hari Rabu lalu, 10 Febuari 2010, saya sekali lagi bergerak ke Utara bersama rakan akrab Hamdan Ismail. Kali ini kami singgah lagi di MU Arowana, Bukit Merah, untuk melihat perkembangan anak-anak arowana High Back kami yang masih di dalam makmal 'hatchery'. Nampaknya saiz anak-anak arowana ini masih kecil, iaitu kurang dari 3 inci dan masih belum stabil. Kami belum yakin untuk membawanya pulang ke KL, dan adalah lebih baik menunggu sehingga saiznya mencapai 4 inci supaya mereka benar-benar stabil.

Selepas itu, kami bergerak ke Kamunting untuk melawat rumah seorang kenalan berbangsa Cina yang juga terlibat di dalam penternakan arowana, yang kami kenali sebagai Ah Loon. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin rangkaian perniagaan dengan beliau, memandangkan beliau lebih lama berkecimpung di dalam bidang ini. Kami juga berharap untuk mendapat bekalan anak-anak arowana yang sudah stabil, iaitu bersaiz lebih dari 4 inci, dengan harga yang berpatutan.

Susunan tangki-tangki fiber berisi ikan-kan arowana di rumah Ah Loon

Seterusnya Ah Loon membawa kami ke sebuah rumah kedai berhampiran untuk melihat lebih banyak ikan-ikan arowana yang dibelanya. Beliau menyewa rumah kedai tersebut untuk menempatkan ikan-ikan arowana, kerana ruang di rumah beliau agak terhad.

Rakan saya Hamdan Ismail bergambar bersama Ah Loon

Ruang di tingkat 1 rumah kedai ini telah bertukar menjadi kolam arowana

Sistem 'back-up power supply' menggunakan 2 buah bateri, dipasang di rumah kedai ini.

Atas dasar kerjasama perniagaan, Ah Loon menawarkan kami sekumpulan anak-anak arowana High Backs dengan harga istimewa untuk kami jual semula di Kuala Lumpur nanti. Kami mengambil keputusan membelinya dan terus membawa balik ke KL.
Rakan saya Hamdan memunggah bungkusan-bungkusan arowana tersebut ke dalam kenderaan MPV beliau, seterusnya kami membawa pulang ke KL



Thursday, February 4, 2010

Melengkapkan Tangki Fiber

Assalamualaikum wm wmkh kepada semua pengunjung blog ini...
Hari ini saya berkesempatan menyambung kembali projek tangki fiber saya. Perkara-perkara yang belum dibereskan iaitu mendapatkan penutup tangki, memasang sistem paip alirmasuk dan alirkeluar, pencahayaan serta pemasangan pam air akan cuba saya selesaikan hari ini. Awal pagi lagi saya sudah ke kedai hardware untuk mendapatkan peralatan paip pvc bagi melengkapkan sistem paip. Untuk penutup tangki pula, saya mengambil keputusan menggunakan 'table top' jenis pvc yang senang didapati di mana-mana kedai perabot kerana harganya yang murah, dan dalam masa yang sama 'it fits the purpose'.

Bagi pencahayaan, saya memutuskan untuk menggunakan  set 'downlight'. Kebetulan rangka meja sangat sesuai untuk dipasang dengan lampu jenis ini tanpa perlu menebuk lubang tambahan. 


Peralatan untuk memasang sistem paip fiber tank

Seterusnya memasang penutup fiber tank di mana table top jenis PVC digunakan, dilengkapkan dengan PVC trunking



Sistem lampu menggunakan set lampu downlight

Sistem paip bagi membolehkan pengguna menukar air dengan cara sistematik

Sistem tangki fiber kini sudah lengkap dan berfungsi dengan sempurna 

Ikan lampam dilepaskan dan dibela sebagai indikator untuk menguji tahap kesesuaian air, sebelum dimasukkan anak-anak arowana


Alhamdulillah.. setelah hampir sehari suntuk bekerja, saya berjaya melengkapkan dua buah tangki fiber saya, dan esok saya bercadang untuk menyiapkan dua buah lagi.