Atas permintaan beberapa orang pengunjung blog ini, saya terangkan di sini mengenai 2 istilah penting dalam pembelaan ikan arowana, iaitu 'tanning' dan white tank treatment. Di samping itu saya cuba jelaskan juga bagaimana teknik White Tank Treatment atau WTT ini dilakukan untuk panduan pengunjung semua.
1. Tanning
'Tanning' adalah perkataan inggeris yang membawa maksud 'mendedahkan kulit kepada sinaran cahaya matahari'. Dalam konteks pembelaan arowana, 'tanning' bermaksud mendedahkan ikan arowana sejak bersaiz kecil kepada cahaya lampu. Arowana dibela di dalam persekitaran di mana cahaya lampu putih yang sangat terang dipasang untuk tempoh yang lama.
Tujuan 'tanning' adalah untuk membantu mempercepatkan proses 'tumbuh'nya sisik emas dan 'chu' ('chu' adalah sisik halus di bawah sirip 'dorsal' yang dilitupi emas). Ini adalah kerana arowana mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun untuk matang, dan dalam keadaan biasa di mana arowana dibela di dalam akuarium di rumah, sisik emas serta 'chu' biasanya akan keluar sepenuhnya hanya selepas arowana ini matang. Harus difahami, di alam semulajadi iaitu di dalam sungai, ikan-ikan arowana sentiasa terdedah kepada pancaran cahaya matahari yang terang selama kira-kira 12 jam sehari di dalam aliran air yang jernih.
2. WTT (White Tank Treatment)
WTT atau 'White Tank Treatment' bermaksud memelihara arowana di dalam persekitaran yang cerah/terang atau persekitaran berwarna putih. Kebiasaannya, bagi melakukan teknik ini, arowana dibela sejak kecil didalam tangki fiber berwarna putih.
Teknik 'tanning' atau memasang lampu semata-mata tidak memberikan kesan optimum sekiranya arowana dibela di dalam persekitaran gelap. Teknik WTT ini membantu memberikan kesan optimum kepada proses 'tanning'.
Teknik WTT di mana tangki fiber putih tanpa tingkap kaca dan dipasang dengan lampu putih berkeamatan tinggi |
Biasanya, WTT boleh dimulakan sejak anak arowana bersaiz kira-kira 3 inci, di mana pada peringkat awalnya, pencahayaan dibuat secara sederhana sahaja untuk mengelakkan anak-anak arowana mengalami 'stress'. Keamatan cahaya harus ditambah dengan cara menambah bilangan mentol lampu apabila anak-anak arowana ini semakin besar.
Anak-anak arowana gold dan arowana merah (red arowana) adalah sangat sesuai dibela menggunakan teknik WTT ini.
Lampu apa yang sesuai digunakan?
Apa-apa jenis lampu boleh digunakan, yang penting cahaya lampu mestilah putih dan terang. Lampu mentol bulat spiral, lampu panjang jenis t4 (lampu rumah) atau t5 (lampu panjang yang halus) pun boleh digunakan juga.
Selain dari WTT, untuk membantu sisik arowana kelihatan berkilau dan menyerlah, adalah perlu untuk memberikan secara berkala atau konsisten vitamin seperti 'arowana vital'.
terima kasih tuan haji dengan info y berguna dan padat buat semua..aredy tq
ReplyDeleteSama2 aredy, semoga pegunjung blog ini mendapat menafaat dari posting di atas.
ReplyDeleteSalam haji,untuk bluebase cam ne kite nak naik kan warna sisik ye?tq
ReplyDeleteWsalam Irfan...Utk mg bluebase, sewaktu kecil, elok tanning dulu dlm white tank. Bila rim dan chu dah keluar, masukkan pula dlm tank berlatarbelakang biru untuk serlahkan warnanya.
ReplyDeletelpas tank brltkng biru lampu kene warna ap ea haji? klau pakai lampu putih rumah bole? xde risiko mata buta or ap2
Deletetq tuan,lagi satu kalau kite bg ikan makan udang dari frozen x apa ke?maaf banyak btanya.hehe-irfan
ReplyDeletekalau dia mau boleh bagi... selalunya kalau dah biasa makan makanan hidup, dia tak mau yg dah mati.
DeleteBiasanya kena puasakan dia dulu beberapa hari..bila dah betul2 lapar, baru dia mau
kalau highback gold boleh taning x?mcm mana cara dia?
ReplyDeleteSama saja cara tanningnya
DeleteAssalam..saya ingin bertanya.Saya ada membela lapan ekor arowana yg berlainan jenis..saiz dr 8" hingga 15".tetapi ada seekor dua yg kuat mengacau kawan2nya yg lain mengakibatkan luka di ekor dan sisik.selain arowana saya ada memelihara discus,clown fish, tiger fish dan beberapa jenis lain.aquarium size 8'x3'x30". soalan saya,bagaimana cara untuk mengelak mereka dari bergaduh?sekian.
ReplyDeleteUtk kurangkan ikan bergaduh, ada 2 langkah yang perlu diambil:
Delete1. Pastikan arus air dari pam tu cukup kuat. Kalau perlu gunakan pam tambahan. Apabila ikan lega main arus, depa kurang bergaduh.
2. Masukkan botol2 mineral berisi air hampir penuh. Botol2 yang terapung dan bergerak2 mengikut arus boleh mengalih perhatian ikan-ikan dan elakkan depa bergaduh
salam...nk thu mcm mne nk thu gold head or x? sbb sye ade bli ikan gold head tpi ikan mcm cros back je..nk ckp mcm arowana biase pn ade..keliru..
ReplyDeleteHati2 bila beli arowana golden head. Ramai penjual menjual ikan yang tak layak dipanggil golden head, kerana hanya terdapat bbrp gold patches dan gold dots bersaiz kecil saja di kepala.
DeleteUtk memahami baka golden head, sila baca di link ni:
http://www.assakinah-arowana.com/2010/01/senarai-harga-pelbagai-baka-dan-saiz.html
salam tuan haji...kalau arowana mg x buat tanning x per ker???
ReplyDeleteWsalam... tak buat tanning pun takpe. Klu tanning, chu cepat keluar dan sisik emas cepat naik ke paras 6
Deletesaya ada arowan hick baca..tapi sisik sampai ker level 4 jer...boleh ker sisik tu naik smpai ker baris 6
ReplyDeletesalam saya ada arowana high back...tp sisik sampai ke level 4 jer...boleh ke sisik tu sampai ke tahap level 6...reply comment plizzzz!!!
ReplyDeletePaling tinggi pun sampai level 5 je, hb tak boleh naik level 6
Deletex boleh...highback x boleh b'ubah jadi SHB
ReplyDeleteKadang2 ada aro hb yang boleh jadi shb... tapi jarang2
Deletesalam..tuan hj...sy ada bela anak arowana super dan chile red...Mn lebih bagus bela dalam wtt atau dlm aquarium biasa je?
ReplyDeleteWsalam...
Deletekalau masih kecil, elok bela SR dan CR dalam white tank dan psg lampu putih. Bila saiz dah capai sekitar 6 inci atau lebih baru pindah ke tangki hitam dan guna lampu merah.
salam tuan hj..apakah faktor2 yang menyebabkan arowana yang dah matang (betina) TIDAK boleh bertelur (harvest)
ReplyDeleteSaya kurang pasti la sham... mungkin tak ada pair (jantan) yg sesuai, atau mungkin juga mandul, saya pun kurang tahu ttg hal ni ... Wallahua'alam
Deletesalam tuan haji, sy nk tanye, sy mmpunyai seekor ikan asalnya dr kecil ia mempunyai kecacatan di bahangian sirip, tetapi sekarang ikan sy telah membesar sehingga 6 inci. adakah ia akan dpt trus hidup smpai menjadi induk. dan adakah nanti jika ia sudah dewasa dan bertelur,anak itu akan cacat juga,
DeleteWsalam... kecacatan sirip bahagian mana? Biasanya kecacatan sirip tidak mengganggu kelangsungan hidup arowana.
DeleteTetapi kalau penutup insang (gill plate) cacat, iaitu penutup tidak dapat menutup insang menyebabkan insang terdedah, arowana ini tidak dapat dijadikan induk sekiranya ia seekor jantan. Ini kerana kecacatan ini menyebabkan ia tidak dapat mengeram telur.
salam..kecacatan pd bahagian Pecteral fin,,sebelah je yg cacat..fin tu jd lembut..pergerakan ikan jd slow.
Deletesalam haji.kalau sisik ikan melengkung sebelah kiri cam ne nak ubatkan?
ReplyDeletesalam haji,tumpang tanya kl SR kt x tanning dia,dn biarkan dlm aquarium yg berlatarkan gelam dgn lampu merah sj xpe ke,SR br dlm size 9-10in
ReplyDeleteSalam haji...saya ada memelihara seekor arowana jenis mgcb, saiz 3inch, tapi ada sesetengah orang cakap itu adalah induk hb, sebab tidak sampai level 5 lagi, tapi rim dah keluar dengan terang, satu lagi ada orang cakap kalau mgcb ni tengok dekat bawah dagu dia, kalau ada warna kuning tu betul laa mgcb, hb xde warna kuning kat bawah dagu dia putih je, mgcb saya punya ada warna kuning bawah dagu...mohon pencerahan daripada Tuan Haji..t.kasih..
ReplyDeleteassalamualaikum. . saya ade arowana berwarna kuning macam mana mahu tanning dy ehh?? boleh tolong ajar?? arowana saya baru 3inci. .
ReplyDeleteSalam tuan haji...saya ada beli mg24k xb sais 3inci...boleh ke saya tenning guna lampu putih di atas guna T5ho dan dan lampu kuning T5Lo letak di tapi...terima kasih
ReplyDeletesalam tuan haji kalau ikan saya dalam linkungan 36cm boleh ke sekiranya saya nak tanning lagi ... dan boleh ke saya masukan dia dlm tank yang ditutup habis
ReplyDeletesalam tuan haji kalau ikan saya dalam linkungan 36cm boleh ke sekiranya saya nak tanning lagi ... dan boleh ke saya masukan dia dlm tank yang ditutup habis
ReplyDeletetuan haji..berapa lama perlu tanning ikan mgbb saiz 7 inci
ReplyDeletetuan haji..berapa lama perlu tanning ikan mgbb saiz 7 inci
ReplyDeleteBoleh sampai umur 3thn
DeleteSalam tuan Haji..
ReplyDeleteSaya ada bela sekor Super Red dan saya ada 2 jenis lampu (Gold dan Pink)...
Boleh tak saya ON kedua2nya untuk tanning
Salam tn Haji..tanning berapa jam sehari sbb ada yg tanning 24/7 dan ada 12/7
ReplyDeleteSlm..vitamin aro,kna bg bpe kali smggu?tq
ReplyDeleteSlm..vitamin aro,kna bg bpe kali smggu?tq
ReplyDeleteSalam tuan tanya soalan golden crossback saya sebelah biru mcm bluebase kenapa ?
ReplyDeleteassalamualaikum tuan.ayah saya punya golden crossbaack dh besar kira2 15 inci.masih boleh buat tanning ke?
ReplyDeleteSalam tuan sy mau tanya i baru beli mg full cros back dalam 7inc, , i start tanning dalam 1bulan ,kenapa sisik lever 6 semakin jadi kelap, apa masala tu, tuan...
ReplyDeleteAssalammualaikum tuan...sy ada bela arowana ni dr kecik dn xpernah buat tanning, saiz skrg lbh kurang 7 inchi, masih boleh buat tanning ke dgn saiz skrg ni? Klau boleh berapa lama sy perlu tanning ikan ni...mohon pencerahan tuan...msa beli penjual cakap ikan ni jenis golden red hi back...sy mmang xphm..bru belajar tuan...harap dpt mmbantu...Terima kasih tuan...
ReplyDeleteSalam..pki lampu umh utk tanning tu bole ke
ReplyDeleteSalam tuan. Maaf brtnya,klau tanning ikan arowana xbg arovital xpe ke? N warna dia ttp baik take klau xbg vitamin tu..mhon blas tuan.
ReplyDeleteSalam tuan. Maaf brtnya,klau tanning ikan arowana xbg arovital xpe ke? Dan warna dia ttp naik/brkilat tak klau xbg vitamin tu..mhon blas tuan.
ReplyDeletesalam tuan...sy ad jual aro mur2..mgbb 5 inci rm380..ad 15 ekor..binat pm
ReplyDelete0149748968
Assalam tuan... saya ad sr n golden crossback...soalan saya sekarang saya tanning dalam tank putih tapi ad tingkap untuk arowana pandang luar adkah tanning akn berkesan atau x jika dengan cara itu dan lampu manakah paling sesuai untjk tanning antara t5ho atau philip pll 840 55watt?? Saya konpius dalam cara tanning dan memilih lampu...
ReplyDeletesallam tuan haji
ReplyDeleteSalam tuan haji.tlg bntu sy sat.sy ada bela arowana silver..anak lagi besaq dua jari cmtu..tapi dia xmau makan..sy dh letak smua yg org sugest.. ank ikan hidop..ank udang hdop..ulat kecik..pallet..cngkerik kecik hidop..smua dia xmau mkn..susah hati sy..nk lagi sedih yg sekor dh mati ðŸ˜..tggal hrapan sekor ni ja lagi..air sy dh jernihkan..mcm2 sy dh bt..apa prlu sy buat lagi..
ReplyDeleteassalamualaikum tuan,saya ada arowana crossback 8 inci..persoalan saya perlu lagi ke saya tanning sbb sisik level 6 dh lulus sbb ada orang cakap tanning sampai 12inici
ReplyDeletetips ikan cepat besar dari saiz 8inci ke 12inci dan jangka masa berapa lama untuk capai size tu
ReplyDeletetuan klau tank bwah hitam tepi putih boleh ke naik dia pnya sisik
ReplyDelete