Assalamualaikum wm wmkh kepada semua pengunjung blog ini...
Hari ini saya berkesempatan menyambung kembali projek tangki fiber saya. Perkara-perkara yang belum dibereskan iaitu mendapatkan penutup tangki, memasang sistem paip alirmasuk dan alirkeluar, pencahayaan serta pemasangan pam air akan cuba saya selesaikan hari ini. Awal pagi lagi saya sudah ke kedai hardware untuk mendapatkan peralatan paip pvc bagi melengkapkan sistem paip. Untuk penutup tangki pula, saya mengambil keputusan menggunakan 'table top' jenis pvc yang senang didapati di mana-mana kedai perabot kerana harganya yang murah, dan dalam masa yang sama 'it fits the purpose'.
Bagi pencahayaan, saya memutuskan untuk menggunakan set 'downlight'. Kebetulan rangka meja sangat sesuai untuk dipasang dengan lampu jenis ini tanpa perlu menebuk lubang tambahan.
Peralatan untuk memasang sistem paip fiber tank
Seterusnya memasang penutup fiber tank di mana table top jenis PVC digunakan, dilengkapkan dengan PVC trunking
Sistem lampu menggunakan set lampu downlight
Sistem paip bagi membolehkan pengguna menukar air dengan cara sistematik
Sistem tangki fiber kini sudah lengkap dan berfungsi dengan sempurna
Ikan lampam dilepaskan dan dibela sebagai indikator untuk menguji tahap kesesuaian air, sebelum dimasukkan anak-anak arowana
Alhamdulillah.. setelah hampir sehari suntuk bekerja, saya berjaya melengkapkan dua buah tangki fiber saya, dan esok saya bercadang untuk menyiapkan dua buah lagi.
salam En suhaimi
ReplyDeletesy da tgk blog en
tahniah semoga terus berjaya..
sy ni minat tu adala nak membela ni..
tp modal xda.
simpan duit ckt2.he3
ilmu tentang membela pun kurang
nk tanya fiber tank 4x2x2 wape kos ek?
Salam En. Syukri...
ReplyDeleteterima kasih atas dorongan saudara. Fiber tank putih yang ada tingkap kaca ni saya order dari kilang di Penang melalui ejennya. Sekali order 10 biji.
Kalau minat, boleh beli dari saya. Email saya ye...
salam..
ReplyDeleteda siap ke psg semua tank?
klau sy nak order fbr tank dr penang..
En boleh bg no contact x.
trm ksh
Wsalam..
ReplyDeleteEn. Syukri, saya order dari KW Aqua, KL. Saya tak ada contact no kilang di Penang.
Salam... saya dari TerajuCorp Fibreglass Products, Ipoh, Perak. TerajuCorp menghasilkan produk-produk dari fibreglass seperti tangki ikan (pelbagai untuk aquaculture) dan sebagainya. Kalau berminat untuk tempahan atau menjadi ejen boleh hubungi TerajuCorp.
ReplyDeleteEmail : terajucorp@yahoo.com
Phone : 605-3214990 / 012-5216388
Fax : 605-3217648
Sekian...Terima Kasih
Respect and that i have a swell offer: How Often Renovate House gutting a house
ReplyDelete