Tuesday, January 24, 2012

SENARAI TAWARAN TERBARU - KEMASKINI 24 JAN 2012

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Berikut adalah senarai stok terbaru arowana bagi dikemaskini pada 24 Januari 2012.

TAWARAN TERBARU!!! : RM500
Anak Super Highback Golden 
Saiz : 3 inci
Kuantiti : 20 ekor
Harga Borong : RM500 seekor (minima 10 ekor)
Nota: Stok masih berada di 'farm'
Tawaran sah sementara stok masih ada

SENARAI STOK DENGAN HARGA PROMOSI:

1. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 6 inci:
    Bilangan: 10 ekor
    Harga : RMxxxx  seekor  Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami




2. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 8 inci:
    Bilangan: 4 ekor
    Harga :  RMxxxx seekor   Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami
    Cip dan Sijil Disertakan

Contoh arowana TongYan dewasa, didapatkan dari laman web Panglongarowanas.com


3. Arowana Malaysia Gold Bluebase :
    Saiz : kira-kira 10 ke 11 inci
    Chu sudah penuh - 1 baris chu halus dan ada 1 baris lagi chu agak kasar
    Bilangan: 10 ekor
    Harga :   RMxxxx seekor     Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami
    Dipasang cip dan disertakan sijil





4. Arowana Super Highback Bluebase (anak dari induk jantan MG)
   Saiz : kira-kira 12 ke 13 inci
   Induk : Induk jantan adalah MG (ada 'chu')
   Bilangan : 22 ekor
   Harga :   RMxxxx seekor  Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami






LAIN-LAIN STOK UNTUK JUALAN

1. Anak Arowana Chili Red 
    Harga : RMxxxx       Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami
    Saiz kira-kira 4 ke 5 inci  
    Asal : ladang arowana di Kulim, Kedah
    Bilangan : 20 ekor
    Jualan minima : borong 10 ekor ke atas
   Nota : sila lihat gambar di bawah untuk melihat contoh arowana chili red dewasa dari ladang arowana yang menghasilkan anak-anak arowana di bawah

Contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama
Lagi contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama


2. Anak Arowana Chili Red 
    Harga : RM xxxx
    Sila rujuk harga tawaran terkini di mudah.my store kami    Saiz kira-kira 5 inci  
    Asal : ladang arowana di Kulim, Kedah
    Bilangan : 9 ekor
    Jualan minima : 1 ekor
    Nota : sila lihat gambar di atas untuk melihat contoh arowana chili red dewasa dari ladang arowana yang  menghasilkan anak-anak arowana di bawah



3. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 13 inci:
    Bilangan: 2 ekor
    Harga :  RM2,600 seekor
    Cip dan Sijil Disertakan


4. Arowana Super Highback Golden
    Harga : RM750
    Saiz kira-kira 5 inci  
    Asal : ladang arowana Sg. Siput, Perak
    Induk : Induk jantan adalah Super HB dan ada 'chu'
    Bilangan : 15 ekor
    Jualan minima : 1 ekor




5. Arowana Highback Golden
     Harga : RM630
    Saiz kira-kira 6 inci  
    Asal : ladang arowana Sg. Siput, Perak
    Bilangan : 10 ekor
    Jualan minima : 1 ekor



NOTA: Harga masih boleh dirunding, tetapi tawar menawar melalui panggilan talifon atau sms tidak akan dilayan.


Berminat sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)




Thursday, January 19, 2012

LAGI INDUK HIGHBACK MASUK KOLAM - KOLAM 14

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Semalam 18 hb Januari 2012, saya sekali lagi ke Bukit Merah untuk menghantar 5 ekor induk highback ke kolam di ladang arowana Bukit Merah.

Lima ekor induk arowana highback matang berusia kira-kira 3 tahun siap dibungkus untuk dihantar ke Bukit Merah


Kelima-lima ekor induk sudah dimasukkan ke dalam kenderaan dan siap untuk mengharungi perjalanan ke Bukit Merah yang mengambil masa lebih 3 jam

Kenderaan dan siap dan pemandu pun dah bersedia...perjalanan dimulakan dan kami dijangka tiba dalam tempoh kurang dari 4 jam 

 Setiba di ladang , induk ini terus dikeluarkan dari kenderaan untuk dimasukkan ke dalam kolam.
Kolam No. 14  yang sudah mempunyai 20 ekor penghuni lain dari baka yang sama iaitu highback, merupakan destinasi terakhir induk-induk yang baru tiba ini. Sekatan jaring telah siap dipasang untuk mengasingkan antara penghuni lama dan baru untuk tempoh beberapa minggu untuk mengelakkan risiko pergaduhan
Induk highback dikeluarkan dari bungkusan plastik untuk dipasang mikrocip terlebih dahulu
Mikrocip dicucuk ke badan induk highback ini
Masih pening-pening lalat setelah dimasukkan mikrocip kerana kesan ubat pelali "transmore"
Salah seekor dari 5 ekor induk tersebut ... masih berenang-renang di permukaan air kerana belum sesuai dengan persekitaran baru


Untuk makluman, kesemua 5 ekor induk ini telah pun dibeli oleh seorang pelanggan dari Melaka yang telah menyertai Skim Pawah Arowana kami,

Bagi sesiapa yang berminat menyertai Skim Pawah, kami masih mempunyai satu kolam induk highback pra-matang mengandungi 22 ekor untuk ditawarkan. Untuk mengetahui harga, terma-terma serta syarat-syaratnya, sila hubungi kami di talian 017-2479274 atau email kepada assakinahagro@gmail.com

Wednesday, January 18, 2012

AROWANA CROSSBELLY

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Di bawah ini gambar seekor arowana Super Highback Golden 'Crossbelly'. Ia dipanggil 'crossbelly' kerana terdapat 'gold rims' yang 'cross' pada bahagian perut arowana highback ini. Arowana ini berusia lebih dari 3 tahun. Ia tidak mempunyai 'chu' atau sisik halus keemasan, jadi tidak memenuhi kriteria untuk dikenali sebagai arowana Malaysia Gold. Arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback atau Highback Quality.





Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Kami di Assakinah Arowana mengucapkan

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012.

Semoga tahun baru ini membawa seribu kebaikan dan keberkatan.
Semoga di tahun baru ini juga tuan-tuan dapat melaksanakan azam tahun lepas yang belum tertunai.