Sudah agak lama saya tidak poskan sebarang posting baru di blog ini. Kali ini saya paparkan di bawah ini gambar-gambar beberapa ekor arowana yang saya beli semasa bersaiz kecil di awal 2010 yang lalu. Arowana ini saya beli sebagai arowana Malaysia Gold, tetapi nampaknya bila semakin membesar, semakin jelaslah yang ia hanyalah baka Highback.
Kesilapan saya adalah terpedaya dengan kata-kata manis sipenjual, menyebabkan saya cuai dan tidak menyelidiki dengan teliti ciri-ciri ikan ini. Lagipun saiznya masih kecil sewaktu saya membelinya, jadi sukar sekali untuk membezakan samaada ia seekor MG atau hanya seekor HB. Tambahan pula harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran di waktu itu.
Ini adalah gambar seekor lagi, kes yang sama... cuma yang ini kelihatan agak cantik sikit. Walau macam manapun, ia akhirnya masuk kolam highback juga.
Akhirnya ... kesemua MG yang tak jadi ni terpaksa dimasukkan bersama ke dalam tangki Highback, sementara menunggu dihantar ke kolam di Bukit Merah.
Destinasi terakhir... ladang arowana di Bukit Merah ...kolam highback jua akhirnya
Pengajaran untuk semua .... berhati-hati membeli arowana. Selidik ikan tersebut dengan teliti. Sebaik-baiknya beli yang bersaiz besar sedikit, supaya sudah dapat dibezakan antara HB dan MG. Lagi baik kalau ikan yang nak dibeli tersebut sudah dimasukkan mikrocip dan disertakan sijil atau setidak-tidaknya resit jualan, supaya ianya bolehlah dijadikan bukti jualbeli sekiranya timbul masaalah di kemudian hari nanti.
Nak tahu siapa sipenjual arowana ni???? ...... Rasanya tak payahlah saya hebahkan dalam blog ini. Cukup sekadar pengunjung-pengunjung semua mengambil iktibar dari kes ini, walau pun ia berlaku sudah agak lama, iaitu di awal 2010 dahulu. Seperti saya katakan, ia akibat kecuaian saya dan kerana percaya kepada kata-kata manis di penjual. Jadi... jangan cuai dan jangan terlalu percayakan penjual. Harga yang lebih murah juga kadang-kadang boleh memperdayakan kita.
Saya terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana mendapati peniaga ini masih meneruskan aktiviti penipuan seperti ini dan semakin ramai pula penggemar-penggemar arowana di Lembah Klang ini yang "terkena" dengan sikap peniaga seperti ini dan menjadi mangsa mereka. Sikap tidak jujur seperti inilah sebenarnya menjadi salah satu punca kehilangan keyakinan penggemar/penghobi terhadap industri arowana dan akhirnya merosakkan industri ini sendiri. Jadi, fikir-fiikirkanlah....
awat hj.... ikn tu jatuh gred HB ja...
ReplyDeletenak tya sikit la hj....
ReplyDelete1- ada kah hb or hbq mempunyai gold ring kat sisik dia tu..
2- sekarang ni byk owg mudah menggredkan ikan tu sendiri... contohnya ikan masih kecil bla mai 6-8 inci mau terus ada chu... kadang2 lambat ikan tu nak ada chu..
3- apakah ciri mg
4- adakah ini ikn klass mg?
contoh :
-ada gold ring
-chu tgh develop 8inci ikan
-ekor tukar kaler merah bila letak
dlm suasana gelap
-level ring dia 5 1/2 dah naik dah
-tp mulut ikan spoon head????
plzzz ngomen sikit ye hj.... :p
inilah dugaan n cabaran dlm kerja trader n supplyer arowana..tuan hj kena banyak sabar..dugaan dr Allah..sy pon kena jugak..
ReplyDeleteAnonymous... Saya ada terangkan tentang ciri-ciri HB, SHB atau HBQ dan MG serta MG Crossback, dll. Sila search bab "Mengenali Arowana dan Spesis Popular Di Malaysia"
ReplyDeleteBro Shukri_MJ
Terimakasih atas sokongan bro. Saya pun ada dengar yg bro pun banyak kena juga... peniaga yg sama yg kenakan kita.
memang ada peniaga yg gitu.. Hj kena dedahkan identiti peniaga tersebut supaya org lain x terkena.. apa pon ikan Hj dah dekat 7in. Ong
ReplyDeleteItulah lah maasalah pada yg baru membela arowana, setiap hari balik kerja misti mengadap arowana kesayangannya, tersenyum sambil menghirup kopi........... Tapi tak tahu yg dia dah kena TIPU!!!!
ReplyDelete...............jeffry
haji..
ReplyDeletesaya pun risau gak..baru2 ni saya ada beli mg baru saiz kecil 3 ke 4 in..takut jadi hb bila besar.
untuk elakkan kes-kes penipuan seperti ini, eloklah beli dari sumber/peniaga yang boleh dipercayai.
DeleteSalam, saya ada sekor... kes sama macam hj. masa beli bersungguh penjual tu kata baka mg tapi bila dah bela sampai 3 tahun (+- 18 inci) tapi sisik cuma naik takat level 5 jer... nak beli lain rasa cam tak mampu lagi dah so bela je la... hehehe
ReplyDeleteAda chu tak bro? kalau ada chu sebaris, dah boleh kira sebagai mg walaupun sisik emas sampai level 5 je
DeleteAs salam, hari ni saya tertarik nak join sembang grup hj ni. Saya nak bantu kawan saya jual arowana yang dibiak di kolam milik beliau sendiri. Kalau ada sesiapa berminat untuk membeli, stok yang ada adalah MG Crossback dan Arowana hijau. Anak arowana Hback yang ada hari tu dh habis dijual, tp harga rendah ajela.
ReplyDeleteTapi kawan saya ni belum ada kelulusan CITES, makanya dia tak layaklah nak masukkan cip dan keluarkan sijil bagi anak2 arowana dari kolam beliau.
Itu sahaja, terima kasih.