- ASSAKINAH AROWANA - membekal arowana dari pelbagai jenis baka bermutu tinggi dengan jaminan kualiti. Showroom di Rumah Teres 2-tingkat : No. 59 Jalan 4/5A, off Jalan Taman Melati 1, 53100 Setapak, K.Lumpur. Melalui MRR2, selepas Zoo Negara ke arah Bt.Caves, terdapat Stesen PETRON, terus ke hadapan kira-kira 100 meter, EXIT ke Jalan Taman Melati 1 di antara Petronas/McD dan Balai Bomba. Terdapat taman perumahan berpagar dgn kawalan keselamatan di sebelah kiri jalan. Phone: 019-2231507
Monday, March 18, 2013
Sunday, February 24, 2013
Pembiakan Arowana Dalam Tangki
Rakaman video pembiakan arowana dalam tangki.
Selamat menonton
Tuesday, February 5, 2013
Malaysia Gold Premium Grade 10 inci
Assalamu'alaikum wm wbkh...
Stok Malaysia Gold Premium Grade kami bersaiz kira-kira 10 inci untuk dijual:
Baka: Malaysia Gold Bluebase
Bilangan : 5 ekor sahaja
Saiz: kira-kira 10 inci
Harga : RM1,300 seekor
Asal : Bukit Merah
Stok Malaysia Gold Premium Grade kami bersaiz kira-kira 10 inci untuk dijual:
Baka: Malaysia Gold Bluebase
Bilangan : 5 ekor sahaja
Saiz: kira-kira 10 inci
Harga : RM1,300 seekor
Asal : Bukit Merah
| baru dikeluarkan dari fgt putih untuk dimasukkan mikrocip |
| selepas disuntik mikrocip |
| chu sudah jelas kelihatan |
| chu sudah jelas kelihatan |
| chu sudah jelas kelihatan |
| kini dilepaskan ke dalam akuarium |
| selepas dimasukkan ke dalam tangki biru, biasanya mengambil masa sebulan atau lebih untuk membolehkan warna menjadi jelas |
![]() |
| Contoh MG bluebase gred Premium setelah beberapa lama berada dalam tangki gelap (biru) Nota: gambar ini adalah dari batch terdahulu, untuk panduan sahaja |
Monday, January 14, 2013
Baby Chili Red Arowana 5 inches
Labels:
arowana,
arowana chili red,
arowana for sale,
arowana untuk dijual,
chili red,
chilli,
chilli red,
fire red,
malaysia gold,
red,
super red
Wednesday, December 26, 2012
SKIM PERKONGSIAN HASIL (PAWAH) AROWANA - Harvest 26 Disember
Assalamualaikum wm wbkh ...
Hari ini 26 Disember, pihak farm telah menjalankan aktiviti tuaian atau 'harvest' bagi kolam-kolam kami iaitu kolam 14, 28, 29, 33 dan 37.
Keputusan adalah seperti berikut:
Kolam 28 dan 29 (induk highback berusia kira-kira 2 setengah tahun) - belum ada hasil
Kolam 37 (21 ekor induk highback, terdiri dari 2 kumpulan usia, usia hampir 3 tahun, dan usia hampir 4 tahun) - belum ada hasil
Kolam 14 yang mengandungi 27 ekor induk highback berusia 4 tahun ke atas telah buat pertama kalinya mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 11 ekor anak yang dah terbang (dah habis yolk).
Begitu juga kolam 33 yang mengandungi 10 ekor induk hijau dan 8 ekor induk banjar yang berusia sekitar 3 tahun telah mula mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 10 ekor anak, anggaran usia anak kira-kira 4 minggu, dari induk hijau.
Setelah kira-kira setahun kami memulakan Skim Perkongsian Hasil Arowana ini, Alhamdulillah, hari ini kami mula merasai hasilnya. Insyaallah, rezeki akan bertambah lagi di masa akan datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Perkongsian Hasil (Pawah) Arowana yang kami tawarkan, sila ke link berikut:
http://www.assakinah-arowana.com/2011/07/skim-pawah-arowana_17.html
Hari ini 26 Disember, pihak farm telah menjalankan aktiviti tuaian atau 'harvest' bagi kolam-kolam kami iaitu kolam 14, 28, 29, 33 dan 37.
![]() |
| Gambar harvest terdahulu, sekadar untuk hiasan sahaja |
![]() |
| Gambar harvest terdahulu, sekadar hiasan |
![]() |
| Gambar yolk dari harvest terdahulu, bukan hasil dari kolam kami |
Keputusan adalah seperti berikut:
Kolam 28 dan 29 (induk highback berusia kira-kira 2 setengah tahun) - belum ada hasil
Kolam 37 (21 ekor induk highback, terdiri dari 2 kumpulan usia, usia hampir 3 tahun, dan usia hampir 4 tahun) - belum ada hasil
Kolam 14 yang mengandungi 27 ekor induk highback berusia 4 tahun ke atas telah buat pertama kalinya mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 11 ekor anak yang dah terbang (dah habis yolk).
Begitu juga kolam 33 yang mengandungi 10 ekor induk hijau dan 8 ekor induk banjar yang berusia sekitar 3 tahun telah mula mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 10 ekor anak, anggaran usia anak kira-kira 4 minggu, dari induk hijau.
Setelah kira-kira setahun kami memulakan Skim Perkongsian Hasil Arowana ini, Alhamdulillah, hari ini kami mula merasai hasilnya. Insyaallah, rezeki akan bertambah lagi di masa akan datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Perkongsian Hasil (Pawah) Arowana yang kami tawarkan, sila ke link berikut:
http://www.assakinah-arowana.com/2011/07/skim-pawah-arowana_17.html
Saturday, December 22, 2012
Memasukkan Mikrocip Pada Induk Arowana Pra-matang
Assalamualaikum wm wbkh...
Berikut adalah gambar-gambar dan rakaman video semasa proses memasukkan mikrocip ke badan induk arowana pra-matang :
Peralatan dan barangbarang yang diperlukan
Berikut adalah gambar-gambar dan rakaman video semasa proses memasukkan mikrocip ke badan induk arowana pra-matang :
Peralatan dan barangbarang yang diperlukan
| mikrocip |
| nombor mikrocip |
| jarum, kain dan pembaca mikrocip (RF reader/scanner) |
| jaring dan bekas polistrin |
Induk pra-matang
| 20 ekor induk pra-matang yang akan dimasukkan mikrocip |
| induk ditangkap menggunakan jaring dan dimasukkan ke dalam bag plastik |
| mikrocip dimasukkan ke badan arowana menggunakan jarum penyuntik khas |
| induk yang telah disuntik dimasukkan ke dalam tangki berasingan |
| induk dilepaskan ke dalam tangki |
Rakaman video
Rakaman 1 - memasukkan mikrocip ke badan induk arowana pra-matang berusia hampir 20 bulan. Mikrocip dimasukkan tanpa perlu menggunakan ubat pelali
Rakaman 2 - Induk ke-2 pula dimasukkan mikrocip
Rakaman ke-4 - Baki 10 ekor lagi yang juga dimasukkan mikrocip berenang bebas ... Alhamdulillah
Selamat menonton ..
Tuesday, November 20, 2012
BANTULAH GAZA !!!!
Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua ...
Rakyat Palestin sentiasa di hati kita. Sama-samalah kita menyumbang kepada perjuangan saudara kita rakyat Palestin menentang kekejaman Zionis Yahudi laknatullah.
Sumbangan boleh dibuat melalui NGO seperti AQSA SYARIF
Kenapa perlu boikot McD Malaysia?
Sebab sebagai 'franchisee', McD Malaysia perlu membayar yuran francais bagi setiap cawangan mereka kepada McD Amerika yang merupakan 'franchisor', yang seterusnya menyumbangkan keuntungan perniagaan mereka kepada Israel.
Jangan lupa menyumbang kepada perjuangan saudara kita rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun. Janganlah kita hanya menjadi pemerhati ssemata-mata.... berbuatlah sesuatu agar kita 'ada jawapannya' bila berhadapan dengan Allah di 'sana' nanti.

Dalam pada itu, jangan lupa memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang kepada Yahudi seperti McDonalds ... kalau kita tak mampu berjihad menentang Zionis di medan perang, sekurang-kurangnya berjihadlah menentang nafsu makan kita dengan memboikot produk makanan yang menyumbang kepada negara Yahudi seperti McDonalds.
Kenapa perlu boikot McD Malaysia?
Sebab sebagai 'franchisee', McD Malaysia perlu membayar yuran francais bagi setiap cawangan mereka kepada McD Amerika yang merupakan 'franchisor', yang seterusnya menyumbangkan keuntungan perniagaan mereka kepada Israel.
Jangan lupa menyumbang kepada perjuangan saudara kita rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun. Janganlah kita hanya menjadi pemerhati ssemata-mata.... berbuatlah sesuatu agar kita 'ada jawapannya' bila berhadapan dengan Allah di 'sana' nanti.
Thursday, November 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)