Assalamualaikum wm wbkh!
Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, di sini saya paparkan beberapa tips yang saya pelajari dari sifu-sifu arowana yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini.
1. Adalah menjadi kebiasan bagi penternak-penternak arowana untuk membela arowana jenis gold di dalam tangki fiber berwarna putih sebelum dimasukkan ke dalam kolam pembiakan. "White tank treatment" dapat membantu mempercepatkan kilauan sisik dan mempercepatkan terhasilnya "gold ring". Ini ditambah pula dengan lampu berwarna putih.
2, Anak-anak arowana dari berlainan baka samaada gold, banjar red, yellow tail dan hijau adalah kelihatan seiras dan hampir sama, bagi orang yang baru berkecimpung dalam bidang ini memang mustahil untuk membezakannya. Apatah lagi anak-anak arowana yang diberi white tank treatment, rupa mereka kelihatan sama sahaja walaupun baka mereka adalah berbeza.
3. Salah satu cara paling asas untuk membezakan baka gold (high back, super high back, malaysia golden dan golden head) adalah dengan kaedah berikut:
i. masukkan anak arowana ke dalam beg plastik dan lihat di tempat yang mempunyai cahaya yang terang. Ekor anak arowana gold mesti kelihatan berwarna kuning dan di bahagian hujung ekor pula warna bertukar menjadi oren. Sirip dorsal (sirip belakang di bahagian atas) dan sirip belakang di bahagian bawah berwarna kuning dengan terdapat jalur hitam.
ii. Sekiranya anak arowana ini dibela di dalam white tank, warna sebegini juga dapat dilihat.
4. Kaedah lebih "advance" dan lebih tepat adalah dengan memasukkan anak arowana ke dalam akuarium kaca yang dibaluti sticker hitam di semua dindingnya kecuali bahagian hadapan. Selepas beberapa hari, warna ekor akan bertukar menjadi warna kuning manakala di bahagian hujung ekor, warna bertukar kepada oren kemerahan. Jalur hitam juga kelihatan pada ekor dan sirip. Arowana dari baka lain seperti hijau dan yellow tail akan menunjukkan warna ekor berwarna putih atau putih kekuningan. Bagi banjar red pula, warna ekor berwarna kemerahan yang sekata (uniform).
5. Satu ciri utama yang membezakan arowana baka gold dengan baka selainnya adalah sisik yang mempamerkan kilauan dan kehadiran "gold ring". Kedua-dua ciri ini mengakibatkan sisik arowana gold menghasilkan suatu "frame" yang boleh dilihat sejak dari kecil iaitu dari saiz kira-kira 4 ke 5 inci ke atas. Bagi baka selain gold, badan ikan kelihatan licin sahaja, kerana tiadanya 'frame'.
6. Sekiranya anak arowana yang diberi white tank treatment dan dipasang lampu putih menunjukkan kilauan yang sangat ketara di bahagian atas badan, seolah-olah berwarna emas, maka jangan mudah terpedaya. Berhati-hatilah kerana besar kemungkinan ia dari baka hibrid yang bermutu rendah tetapi menjadi sedemikian akibat kesan cahaya ("light tan").
7. Belilah dari sumber yang boleh dipercaya dan dapatkan jaminan supaya sekiranya berlaku sebarang kesilapan baka yang dibeli, anda dapat menukar kembali dengan baja yang betul.
Sekian .... komen anda adalah dihargai.
- ASSAKINAH AROWANA - membekal arowana dari pelbagai jenis baka bermutu tinggi dengan jaminan kualiti. Showroom di Rumah Teres 2-tingkat : No. 59 Jalan 4/5A, off Jalan Taman Melati 1, 53100 Setapak, K.Lumpur. Melalui MRR2, selepas Zoo Negara ke arah Bt.Caves, terdapat Stesen PETRON, terus ke hadapan kira-kira 100 meter, EXIT ke Jalan Taman Melati 1 di antara Petronas/McD dan Balai Bomba. Terdapat taman perumahan berpagar dgn kawalan keselamatan di sebelah kiri jalan. Phone: 019-2231507
Friday, October 8, 2010
TIPS MENGENALI ANAK AROWANA GOLD
Labels:
arowana crossback,
arowana yellow tail,
banjar red,
chu,
dorsal fin,
gill plate,
gold ring,
pearlis,
plat pipi,
platinum green,
sisik emas,
tips kenali baka dan gred arowana gold,
white tank
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASSALAM WBT.MGBB ADE STOCK TAK?
ReplyDeleteWsalam wm wb...
ReplyDeleteEn. Faizal, MGBB dan MG Purple base banyak stok, insyaAllah. Jemput datang showroom tengok...
HJ TANYA SKIT...KEBIASAAN MGBB NI HARGA MCM MANA?
ReplyDeleteHarga bergantung pada kualiti,saiz dan kuantiti belian... saiz 8 inci harga dari RM2,500 seekor ke atas. Ada mikrocip dan sijil baka. Diskaun bagi pembelian 3 ekor atau lebih
ReplyDeleteNak tanya pasal RTG. Bagaimana nak bezakan RTG dengan Hi Back?
ReplyDeletesalam'alaik..tuan haji...saya bru nk cuba2 bela arowana...bleh tak senaraikan harga anak arowana dari semua spesis? tq
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete