Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua...
Lanjutan kepada perbincangan kita mengenai arowana banjar red, di bawah ini adalah paparan gambar-gambar arowana hibrid (banjar red) semasa bersaiz kira-kira 6 inci, yang dibela dalam "white fiber tank" sejak kecil. Kelihatan agak cantik, pandangan atas seolah-olah arowana crossback, tetapi warna emasnya agak pudar.
 |
Corak seolah-olah crossback di atas belakang dan kepala seolah-olah terdapat tompokan keemasan macam golden head |
Sila klik gambar-gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas. Anda akan dapat melihat corak seolah-olah 'gold ring' kelihatan di sisik paras ke-6, ala-ala crossback. Tetapi dari pandangan sisi, gold ring tidak kelihatan pada level 4 dan ke bawah. Sisik kelihatan licin, dan tidak kelihatan "frame". SIla lihat paparan gambar di bawah (gambar ini ketika bersaiz kira-kira 10 ke 11 inci).
 |
Sungguh pun sisik berkilau keemasan, tetapi warna emasnya agak pudar (kurang pekat). Corak "horse shoe" berwarna hijau sebagaimana pada banjar red pula dapat dilihat di dalam sisik. |
 |
Terdapat warna keemasan di bahagian atas belakang dan atas kepala, seolah-olah arowana crossback |
|
|
No comments:
Post a Comment