Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua!
Tahukah anda bahawa penggunaan "corals" dalam akuarium anda akan menyebabkan pH air menaik? "Corals" merupakan bahan beralkali dan sekiranya dimasukkan ke dalam akuarium, air akuarium akan menjadi lebih beralkali, menyebabkan petunjuk pHnya naik melebihi 7.
Tahap pH air yang sesuai bagi membela arowana adalah sekitar 7 iaitu neutral. Arowana akan berada dalam persekitaran yang selesa sekiranya air akuarium adalah neutral.
Sedikit ulangkaji:
Nilai pH :
0 hingga 7 - asid
7 - Neutral
7 hingga 14 - alkali
Anda seharusnya menguji tahap pH air akuarium anda sebelum menggunakan "corals". Sekiranya bacaan pH adalah di bawah 7, misalnya 5, anda digalakkan memasukkan "corals" ke dalam blok filter akuarium untuk membantu pH supaya mencapai tahap neutral, iaitu 7.
Walau bagaimanapun, sekiranya pH air sudah berada di sekitar 7 atau lebih tinggi, penggunaan ""corals" adalah tidak wajar sama sekali.
No comments:
Post a Comment