Wednesday, July 7, 2010

Showroom Kami

Assalamualaikum wm wbkh kepada semua pengunjung!
Berikut ini adalah gambar-gambar di sekitar showroom baru kami yang terletak betul-betul di sebelah rumah kediaman kami.

Akuarium dan tangki-tangki fiber yang terdapat di showroom kami


Tangki fiber ini digunakan khusus untuk menakung dan merawat air bagi digunakan sebagai media kediaman arowana. Dalam paip pvc panjang tu ada lampu uv, di mana air dipaksa mengalir melintasi lampu uv untuk membunuh bakteria
Ini pula anak-anak ikan longkang (ikan guppy) yang dikuarantin sebelum diberi kepada arowana untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria. Adalah 'wajib' untuk mengkuarantinkan anak-anak ikan sebelum diberi kepada arowana, sebaik-baiknya anak-anak ikan ini dirawat dulu menggunakan ubat seperti Ocean Free Super-D untuk membunuh sebarang bakteria atau fungi.
Anak-anak udang yang bakal dijadikan habuan bagi arowana kami. Untuk makluman, anak udang tidak perlu dikuarantin kerana dikatakan tidak mengandungi bakteria yang boleh dipindahkan ke arowana yang memakannya

Arowana  Super Red bersaiz 16 inci yang dibeli dari seorang pelanggan dari Raub Pahang. Beliau menukar beli ikan ini dengan arowana Godlen Head bersaiz 6 inci. Gambar di atas bagaimana pun kurang jelas dan tidak dapat menunjukkan perincian Super Red ini


 
Anak Super high Back bersaiz kira-kira 5 inci. Sisik emas dah naik sampai level5. Batch ni nampaknya kualiti sangat cantik. masih ada stok 50 ekor dari bersaiz 4 inci dan 5 inci  (ada 2 batch dari farm yang sama)

Anak Super high Back bersaiz kira-kira 5 inci. Sisik emas dah naik sampai level5

 
 
 
MG Crossback bersaiz hampir 12 inci

r
Anak-anak Golden Head bersaiz kira-kira 6 inci

 
Yang ini adalah arowana  'mixed gold', nampak ala-ala crossback, tapi warna emasnya tak berapa pekat. Arowana ini mungkin hasil kacukan arowana gold gred rendah seperti high back atau RTG dengan baka lain seperti banjar red atau hijau


Jemput datang ziarah showroom kami