Dikemaskini pada 24 Ogos 2011
Assalamu'alaikum wm wbkh kepada semua pengunjung blog ini..
Memandangkan ramai yang berminat untuk membincangkan mengenai topik di atas, di dalam posting ini saya cuba memberikan pandangan mengenai hal ini.
Pembahagian Gred Arowana MG dibuat berdasarkan ciri- ciri berikut:
1. Paras sisik emas / gold ring level
2. Keamatan warna emas / gold intensity
3. Kualiti sisik halus keemasan ("chu") - saiz, bilangan baris (samaada 1 atau 2 atau 3 baris), susunan (rapi atau tidak)
4. Kehalusan "frame" - frame tipis atau tebal
5. Keamatan warna asas / "base colour intensity"
1. Paras Sisik Emas / Gold Ring Level
- Apabila matang (usia sekitar 3 tahun), MG seharusnya memiliki gold ring level sekurang-kurangnya sehingga ke paras 5.5. Ia bermaksud, gold ring memenuhi sehingga ke sebahagian dari paras 6. Baris 6 adalah barisan sisik di atas belakang).
- Sekiranya gold ring mencapai sehingga ke paras 6 sepenuhnya, MG ini dikategorikan sebagai "crossback", kerana gold ring bercantum di barisan atas belakang (baris 6).
- Gred "Crossback" adalah lebih tinggi dari gred MG biasa (paras gold ring di 5.5).
2. Keamatan Warna Emas (Gold Intensity)
- Arowana MG yang berkualiti mempunyai keamatan warna emas yang kuat (terang) pada "gold ring" atau dikatakan mempunyai "very intense gold ring".
- Sekiranya warna emas pada gold ring adalah pudar, arowana ini digredkan sebagai highback atau super highback sahaja walau pun gold ring mencapai paras 5.5.
Kualiti sisik halus ("chu" atau pearlis)
- Untuk dikategorikan MG, seseekor arowana itu mestilah mempunyai sisik halus atau "chu" atau juga dipanggil "pearlis".
- "Chu" adalah sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terletak di bawah 'dorsal fin'.
- Saiz atau kehalusan "chu" serta bilangan barisnya menentukan kualiti seseekor arowana MG.
- Sekiranya seseekor MG itu mempunyai "chu" yang halus, ia mungkin akan mempunyai sehingga 3 baris "chu".
- Susunan "chu" yang rapi dan lurus juga merupakan kriteria ketinggian kualiti seseekor MG.
- Untuk dikategorikan sebagai MG, arowana itu hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu baris lengkap "chu" halus.
- Sekiranya "chu" tidak lengkap satu baris, atau saiz "chu" adalah kasar, tetapi keamatan warna sisik emas dan warna asas (base) cukup pekat, arowana ini dipanggil Super Highback. Pendek kata, Super Highback adalah MG yang kurang sempurna.
- Sekiranya "chu" hanya ada beberapa keping sahaja dan ianya kasar, warna sisik emas dan warna asas pula kurang pekat (kurang menyerlah), arowana ini hanya dipanggil Highback.
4. Kehalusan 'frame' atau 'gold ring'
- Kehalusan 'frame' atau 'gold ring' juga adalah antara ciri-ciri yang menentukan kualiti arowana MG.
- Frame yang tipis menunjukkan kualiti yang baik manakala frame adalah tebal membawa maksud kualitinya lebih rendah
5. Warna asas (base colour) pada bahagian tengah sisik
- Warna asas yang terang (maksud saya pekat) menunjukkan kualiti yang baik.
- Terdapat 2 warna asas utama yang digemari, iaitu "bluebase" dan "gold base".
- Bagi "gold base", warna emas 24K adalah berkualiti tinggi.
Golden Super Highback Dan Highback
Seperti dinyatakan, Super Highback adalah sebenarnya MG yang tidak memenuhi spesifikasi dari segi kualiti "chu". Arowana Super Highback seharusnya mempamerkan keamatan warna sisik emas serta warna asas yang cukup menyerlah (pekat) hampir-hampir menyamai macam MG. Biasanya SHB matang mempunyai sisik emas sekurang-kurangya membaluti paras 5 penuh.
Arowana Highback pula langsung tidak mempunyai "chu" atau juga mempunyai "chu" kasar sahaja. Walau bagaimana pun, keamatan warna sisik emas (rim) serta warna asas bagi arowana highback biasanya kurang pekat. Meskipun begitu, ada juga arowana highback yang berkualiti tinggi yang mempamerkan warna yang agak pekat. Sisik emas bagi highback matang pula adalah sekurang-kurangnya membaluti sehingga ke paras 4.5, iaitu sebahagian dari baris ke-5. Bagi arowana highback yang berkualiti tinggi pula, sisik emas boleh memenuhi kesemua baris ke 5.
Kesimpulan:
1. Sekiranya warna rim dan warna asas juga pekat, sedangkan ada chu kasar, maka digredkan sebagai Super HB.
2. Sekiranya warna rim dan warna asas adalah pudar, tidak pekat, sedangkan terdapat chu kasar, maka digredkan sebagai Highback.

Arowana ini adalah dari baka malaysia gold crossback, sisik emas meliputi sehingga ke atas belakang, iaitu baris ke 6 |

Arowana MG ini berkualiti rendah sedikit kerana kualiti 'chu' yang lebih rendah. Perhatikan saiz chu yang tidak seragam serta susunannya yang tidak menentu (chu halus dan kasar dalam satu baris) |
4. Kehalusan 'frame' atau 'gold ring'
- Kehalusan 'frame' atau 'gold ring' juga adalah antara ciri-ciri yang menentukan kualiti arowana MG.
- Frame yang tipis menunjukkan kualiti yang baik manakala frame adalah tebal membawa maksud kualitinya lebih rendah
5. Warna asas (base colour) pada bahagian tengah sisik
- Warna asas yang terang (maksud saya pekat) menunjukkan kualiti yang baik.
- Terdapat 2 warna asas utama yang digemari, iaitu "bluebase" dan "gold base".
- Bagi "gold base", warna emas 24K adalah berkualiti tinggi.
Arowana malaysia gold crossback berkualiti tinggi dengan base colour 24K atau juga dipanggil "full gold" atau "gold body" |
Golden Super Highback Dan Highback
Seperti dinyatakan, Super Highback adalah sebenarnya MG yang tidak memenuhi spesifikasi dari segi kualiti "chu". Arowana Super Highback seharusnya mempamerkan keamatan warna sisik emas serta warna asas yang cukup menyerlah (pekat) hampir-hampir menyamai macam MG. Biasanya SHB matang mempunyai sisik emas sekurang-kurangya membaluti paras 5 penuh.
Arowana Highback pula langsung tidak mempunyai "chu" atau juga mempunyai "chu" kasar sahaja. Walau bagaimana pun, keamatan warna sisik emas (rim) serta warna asas bagi arowana highback biasanya kurang pekat. Meskipun begitu, ada juga arowana highback yang berkualiti tinggi yang mempamerkan warna yang agak pekat. Sisik emas bagi highback matang pula adalah sekurang-kurangnya membaluti sehingga ke paras 4.5, iaitu sebahagian dari baris ke-5. Bagi arowana highback yang berkualiti tinggi pula, sisik emas boleh memenuhi kesemua baris ke 5.
Kesimpulan:
1. Sekiranya warna rim dan warna asas juga pekat, sedangkan ada chu kasar, maka digredkan sebagai Super HB.
2. Sekiranya warna rim dan warna asas adalah pudar, tidak pekat, sedangkan terdapat chu kasar, maka digredkan sebagai Highback.
So informative. Noted
ReplyDelete