Wednesday, July 13, 2011

Makluman Stok Terkini Di Showroom Kami - KEMASKINI 13 JULAI

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Berikut adalah senarai stok terkini di showroom  kami:

1. Highback Golden (Bluebase)
     - saiz kira-kira 6 inci
     - gold ring di baris 5 sudah penuh dan nampak jelas
     - harga RM800 seekor
     - diskaun bagi pembelian 3 ekor ke atas
     - kuantiti: 20 (baki terkini: ??  ekor)

 
 


Nota: ada juga sesetengah2 farm mengkategorikan arowana seperti ini sebagai "highback quality" atau "super highback" berdasarkan ciri-ciri induknya, iaitu seperti di bawah:

Ciri-ciri induk :

i, Induk Highback mempunyai sisik emas paras 5 penuh
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' juga agak pekat, tidak pudar
iii. bluebase juga boleh tahan pekatnya 
iv. ikan dari kolam di Perak



Contoh induk Highback dari farm yang menghasilkan anak-anak Highback ini

Pandangan lebih dekat induk highback di atas, perhatikan sisik emas penuh sehingga ke paras 5. Sesetengah farm mengkategorikan induk seperti ini sebagai "highback quality" atau "super highback"


Lagi seekor induk Highback dari kolam ini, sisik emas sehingga ke baris ke 5, tetapi kami tetap mengkategorikannya sebagai highback, bukan "highback quality "atau "super highback"



2. Super Highback Golden Bluebase (Induk jantan MG Bluebase)  (Best Buy!!!)
    - induk jantan adalah MG, induk betina tidak pasti samaada MG atau Super Highback
    - saiz kira-kira 6  inci
    - gold ring sehingaa ke baris 5 sudah penuh dan nampak jelas
    - bluebase juga sangat jelas, terutamanya pada baris 4
    - bintik2 emas (gold dust) mulai kelihatan di atas kepala dan belakang
    - harga RM1,500 seekor (diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas)
    - kuantiti : 30 ekor (baki terkini: ?? ekor)

Nota: Sesetengah farm mengkategorikan arowana ini sebagai "Malaysia Golden"

Ciri-ciri induk :
 i. induk jantan adalah MG BB dengan "chu" penuh.
 ii. induk betina kurang pasti (samaada MG BB atau Super Highback BB), terdapat 13 ekor induk MG dan hanya 7 ekor Super HB di dalam kolam ini, kesemuanya dengan Bluebase agak pekat.
 iii. Sisik emas induk meliputi hingga ke paras 6, tetapi tidak cross (bukan crossback)
 iv. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat pekat, dan bluebase pada sisik juga sangat pekat
 v. "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" satu atau 2 baris
 vi. ikan dari kolam di Perak

 
 

Induk jantan sebenar yang mensenyawakan telur-telur yang menghasilkan anak-anak super highback bluebase di atas. Ia adalah seekor MG dengan "chu" penuh. Terdapat 12 ekor lagi induk MG di dalam kolam ini. Induk betina yang menghasilkan telur tidak dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun, di dalam kolam ini terdapat 13 ekor MG Bluebase dan hanya 7 ekor Super highback Bluebase
Pandangan lebih dekat induk di atas, kelihatan sudah cross sebahagian

Induk yang sama, kelihatan chu sudah penuh

Salah seekor dari 13 ekor MG Bluebase dari kolam ini, kelihatan sisiknya sudah cross sepenuhnya, iaitu ia seekor MG Crossback



3. MG Crossback Bluebase 5 inci
    - Gred AA
    - 'chu' agak halus, dan sudah jelas kelihatan
    - selepas 4 minggu diberi 'White Tank Treatment', kini tompok-tompok emas (gold dust) sudah memenuhi sisik atas belakang (baris 6)
    - saiz terkini - kira-kira 5 inci
    - harga : RM2,300 ke RM2,500 seekor
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas
    - kuantiti : 24 ekor

Ciri-ciri induk :
i. Induk adalah crossback bluebase
    - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sederhana halus dan tersusun rapi
iv. ikan dari kolam di Perak

Selepas 3 minggu diberi WTT, bintik-bintik emas kini mulai timbul di atas belakang, iaitu baris 6




Di bawah ini dipaparkan gambar sebahagian dari induk-induk crossback dari kolam yang membekalkan anak-anak arowana kepada kami.

Ini adalah contoh salah seekor MG Crossback bluebase Gred AA dari farm ini, tetapi bukan induk sebenar anak-anak di atas

Lagi contoh Induk crossback bluebase dari farm ini. Warna bluebase arowana ini amat terang. Walau bagaimanapun warna bluebase tidak dapat dilihat dengan jelas akibat sinaran terik matahari. Gambar di ambil kira-kira jam 12 tengah hari.



4. MG Crossback Bluebase 6 inci (Stok Clearance)

-Baki 5 ekor sahaja   
-Gred A/AA
    - 'chu' sudah mulai kelihatan
    - selepas 4 minggu diberi 'White Tank Treatment', kini tompok-tompok emas (gold dust) sudah memenuhi sisik atas belakang (baris 6)
    - saiz terkini - kira-kira 6 inci
    - harga : RM2,300 seekor
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas





Ciri-ciri induk :
i. Induk adalah crossback bluebase
    - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sederhana halus dan tersusun rapi
iv. ikan dari kolam di Perak



5. Chili Red

 
 
 
 
 

Keterangan:

A. Saiz 8 inci
Harga: RM1,900 seekor 
1. Kuantiti: baki 4 ekor sahaja.
2. Jaminan : didatangkan dengan cip sebagai jaminan jenis baka.


B. Saiz 3 inci  Stok Baru Tiba !!!
Harga: RM1,350 seekor(diskaun untuk pembelian 3 ekor ke atas)

1.Kuantiti : 16 ekor
2. Tiada cip (kerana masih kecil untuk dimasukkan cip)


Sebagai panduan penggemar semua, di bawah ini dipaparkan pula gambar-gambar Arowana Chili Red yang sudah dewasa dan bersaiz kira-kira 16 inci hasil keluaran ladang arowana yang sama di Pulau Pinang. Ia adalah sebagai gambaran tentang rupa arowana di atas apabila mencapai usia dewasa kelak.

 
 
 


Kepada sesiapa yang berminat, sila kunjungi showroom kami untuk melihat sendiri ikan-ikan ini. Hubungi  kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)




1 comment:

  1. salam ingin tahu apa beza arowana high back dgn arowana high back quality

    ReplyDelete