Thursday, March 29, 2012

Malaysia Gold Bluebase With Strong Purebreed Characteristics

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Bersama ini saya paparkan koleksi Arowana Malaysia Gold Bluebase yang memaparkan ciri-ciri arowana malaysia gold 'purebreed' yang agak kuat iaitu warna bluebase yang pekat dan kilauan sisik yang menyerlah. Walau bagaimana pun, ikan-ikan ini bukanlah dari siri F.... bukan F1, bukan F2, bukan juga F3... bukan bukan bukan....


Kesemua arowana di atas dibela di dalam FGT (fiberglass tank) berwarna putih, dan gambar diambil semasa masih berada didalam FGT putih.

Lain-lain keterangan:
Asal : ladang arowana Sg. Siput
Saiz : antara 9 ke 10 inci
Usia : kira-kira 9 bulan (selepas yolk)
Bilangan : 40 ekor
Harga : RM2,900     RM2,500 seekor


Gambar-gambar induk
Saya paparkan di bawah ini pula gambar-gambar sebahagian dari induk dari kolam di mana anak-anak arowana di atas dituai ('harvest')

Warna bluebase yang pekat
'Chu' 




Sesiapa yang berminat, sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)


Wednesday, March 28, 2012

Stok Arowana Chili Red Untuk Dijual

Arowana Chili Red 
    Harga : RM1,700
    Saiz : kira-kira 9 ke 10 inci  
    Asal : ladang arowana di Kulim, Kedah
    Bilangan : 7 ekor
    Jualan minima : 1 ekor
 


Contoh Arowana Chili Red dewasa dari ladang yang sama di kulim, kedah
Contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama
Lagi contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama

Berminat sila hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)


Tuesday, March 20, 2012

MALAYSIA GOLD - Koleksi istimewa


Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
di bawah ini saya paparkan gambar seekor arowana Malaysia Gold dari koleksi istimewa dengan 2 baris chu halus

Malaysia Gold bluebase bersaiz kira-kira 13 inci, usia kira-kira 13 bulan. Sisik emas sudah mula membaluti paras ke 6 tetapi belum bercantum (belum cross)
Warna bluebase belum keluar sepenuhnya, perlu berada lebih lama dalam akuarium berlatarbelakang gelap untuk menyerlahkan warna 'base'nya
 
'Pearls' atau 'chu' iaitu sisik halus keemasan. Kelihatan 'chu'nya sebanyak 2 baris bersaiz kecil dan tersusun rapi (premium grade)
Mata sebelah kiri 'perfect', alhamdulillah ...
Malang sedikit, mata sebelah kanan ni juling ke bawah sedikit... perlu dirawat

Ada sesiapa yang minat? Kalau minat dan ingin mengetahui harga jualan, sila hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj Suhaimi)

Thursday, March 15, 2012

Naiktaraf Bilik Pameran Arowana - Pemasangan Kabinet

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Alhamdulillah, kabinet untuk menempatkan akuarium telah tiba semalam dan kerja-kerja pemasangan bermula hari ini. Kerja-kerja pemasangan ini dijangka mengambil masa beberapa hari.

Berikut saya paparkan gambar-gambar pemasangan kabinet tersebut.


Insyaallah esok saya akan mula membuat tempahan akuarium. Sekiranya tiada aral melintang saya berharap set-set akuarium yang akan ditempatkan di dalam kabinet ini nanti akan mula beroperasi menjelang hujung bulan ini. Harap-harap dapatlah saya pindahkan ikan-ikan arowana dari FGT ke dalam akuarium baru pada awal april nanti, Insyallah.

Nantikan wajah baru showroom kami. Tungguuuu...........


Sunday, March 11, 2012

UPGRADING (FACELIFITNG) OUR SHOWROOM

Alhamdulillah... setelah pembinaan ruangan baru bagi FGT disiapkan dan kini beroperasi sepenuhnya, maka dapatlah kami fokuskan pula kepada usaha-usaha untuk 'upgrade' atau memberikan wajah baru (facelift)  kepada showroom utama kami.

Kelihatan sebahagian lantai telah tersedia dengan jubin berwarna putih dan hitam. Lantai yang di hujung sana pula sebahagiannya dilengkapi jubin lama berwarna coklat (yang akan ditanggalkan) manakala di sebelahnya pula tanpa jubin 
Ruangan showroom ini akan dipasang dengan lantai jubin

Setelah selesai kerja-kerja memindahkan kesemua FGT yang ada ke ruangan baru, kini tiba pula giliran untuk memindahkan kesemua set-set akuarium ke bahagian ruangan showroom yang telah tersedia dengan lantai jubin (tiles).

Kini kesemua set akuarium telah pun dipindahkan, maka barulah kerja-kerja pemasangan jubin (tiles) lantai dapat dimulakan.

Alhamdulillah... setelah 3 hari kerja-kerja pemasangan jubin ini dijalankan, akhirnya pada hari ini, Ahad 11 Mac 2012, kesemua bahagian lantai di ruangan showroom arowana kami ini dilengkapi dengan jubin.





Langkah berikutnya adalah melengkapkan showroom kami dengan kabinet bagi menempatkan akuarium. Kabinet telah pun ditempah kira-kira 3 minggu yang lalu, dan jika tiada aral, akan dipasang dalam masa beberapa hari lagi, insyaallah.