Wednesday, December 26, 2012

SKIM PERKONGSIAN HASIL (PAWAH) AROWANA - Harvest 26 Disember

Assalamualaikum wm wbkh ...
Hari ini 26 Disember, pihak farm telah menjalankan aktiviti tuaian atau 'harvest' bagi kolam-kolam kami iaitu kolam 14, 28, 29, 33 dan 37.

Gambar harvest terdahulu, sekadar untuk hiasan sahaja
Gambar harvest terdahulu, sekadar hiasan
Gambar yolk dari harvest terdahulu, bukan hasil dari kolam kami

Keputusan adalah seperti berikut:

Kolam 28 dan 29 (induk highback berusia kira-kira 2 setengah tahun) - belum ada hasil
Kolam 37 (21 ekor induk highback, terdiri dari 2 kumpulan usia, usia hampir 3 tahun, dan usia hampir 4 tahun) - belum ada hasil

Kolam 14 yang mengandungi 27 ekor induk highback berusia 4 tahun ke atas telah buat pertama kalinya mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 11 ekor anak yang dah terbang (dah habis yolk).

Begitu juga kolam 33 yang mengandungi 10 ekor induk hijau dan 8 ekor induk banjar yang berusia sekitar 3 tahun telah mula mengeluarkan hasil sebanyak 1 pair dengan bilangan 10 ekor anak, anggaran usia anak kira-kira 4 minggu, dari induk hijau.

Setelah kira-kira setahun kami memulakan Skim Perkongsian Hasil Arowana ini, Alhamdulillah, hari ini kami mula merasai hasilnya.  Insyaallah, rezeki akan bertambah lagi di masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Perkongsian Hasil (Pawah) Arowana yang kami tawarkan, sila ke link berikut:

http://www.assakinah-arowana.com/2011/07/skim-pawah-arowana_17.html


Saturday, December 22, 2012

Memasukkan Mikrocip Pada Induk Arowana Pra-matang

Assalamualaikum wm wbkh...

Berikut adalah gambar-gambar dan rakaman video semasa proses memasukkan mikrocip ke badan induk arowana pra-matang :

Peralatan dan barangbarang yang diperlukan

mikrocip
nombor mikrocip
jarum, kain dan pembaca mikrocip (RF reader/scanner)
jaring dan bekas polistrin

Induk pra-matang
20 ekor induk pra-matang yang akan dimasukkan mikrocip
induk ditangkap menggunakan jaring dan dimasukkan ke dalam  bag plastik
mikrocip dimasukkan ke badan arowana menggunakan jarum penyuntik khas
induk yang telah disuntik dimasukkan ke dalam tangki berasingan
induk dilepaskan ke dalam tangki

Rakaman video


Rakaman 1 - memasukkan mikrocip ke badan induk arowana pra-matang berusia hampir 20 bulan. Mikrocip dimasukkan tanpa perlu menggunakan ubat pelali

Rakaman 2 - Induk ke-2 pula dimasukkan mikrocip

Rakaman 3 -  Alhamdulillah ...kesemua 10 ekor induk arowana ini yang telah siap dimasukkan mikrocip berenang bebas di dalam tangki fiber

Rakaman ke-4 - Baki 10 ekor lagi yang juga dimasukkan mikrocip berenang bebas ... Alhamdulillah

Selamat menonton ..