Showing posts with label asian arowana. Show all posts
Showing posts with label asian arowana. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

YEAR END STOCK CLEARANCE - MG 9 INCHES

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Para pengunjung semua... kami menawarkan harga diskaun penghabisan stok bagi arowana Malaysia Gold bersaiz kira-kira 9 inci seperti di bawah:

Keterangan :
1. Baka : Malaysia Gold
2. Warna asas (base colour) : purple base
3. Chu - sudah keluar kira-kira 60%, sudah kelihatan 1 baris, dan masih berkembang
4. Saiz : kira-kira 9 inci
5. Kuantiti : 14 ekor
6. Harga : RM2,600 seekor    RM1,900

Diskaun bagi pembelian melebihi 3 ekor




sisik halus, atau chu, atau dipanggil pearls sudah keluar kira-kira 60%, sudah kelihatan 1 baris
dalam gambar ini chu kurang jelas, tapi sudah keluar 1 baris dan masih berkembang


Berminat sila kunjungi showroom kami. Untuk temujanji sila hubungi 017-2479274 (Hj Suhaimi)


Sunday, December 11, 2011

Harvest Arowana Dalam Akuarium... Hebat ???!

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Video youtube di bawah menunjukkan seorang 'pakar' sedang harvest seekor arowana di sebuah ladang arowana di Singapura. Yang menariknya, harvest ini dilakukan hanya di dalam akuarium kaca.




Kelihatan induk jantan yang membawa telur ini tenang saja walaupun sedar ia sedang diperhatikan. Ia tidak kelihatan resah dan tidak melompat-lompat sebagaimana yang selalu saya lihat semasa harvest di ladang-ladang arowana di negara kita. Nampaknya tukang harvest ini memang pakar dalam memujuk arowana tersebut meluahkan telurnya (tapi tak tahulah kalau air akuarium tu dah dimasukkan ubat pelali).

Wahhh... nampaknya beliau ni memang pakar.

Selamat menonton....