Assalamualaikum wrm wbkh..
Saya tontonkan gambar-gambar di sudut ruangan belakang rumah saya yang kini bertukar menjadi "Mini showroom" arowana.
Keadaan sebelum ruangan ini bertukar menjadi "mini showroom". Tangki fiber yang baru tiba beberapa hari lalu hanya dilonggokkan sahaja di suatu sudut buat sementara waktu
Persediaan awal - tangki fiber diisi penuh dengan air serta dimasukkan kira-kira 5kg garam kasar untuk menghilangkan toksik. Ia dibiarkan dalam keadaan begini selama satu hari satu malam
Setelah empat buah tangki fiber siap dicuci dan dibiarkan berendam air garam selama satu hari satu malam, kerja-kerja menyusun di ruangan bahagian belakang rumah saya bermula
Beginilah keadaan "mini showroom" arowana saya. Ruangan tempat kami biasa makan-makan kini menjadi semakin sempit sekarang kerana sebahagian besar ruang telah bertukar menjadi showroom
Arowana High Back Golden saya.... menyusur di dalam akuarium ini dengan gahnya
Terimakasih kepada isteri tercinta kerana membenarkan saya menggunakan sebahagian besar ruangan bahagian belakang rumah saya ini, yang asalnya ruang makan, untuk dijadikan "showroom" serta tempat pembelaan arowana. Juga terimakasih kepada kedua-dua anak lelaki kerana membantu mengangkat dan menyusun tangki-tangki fiber tersebut. Jazakumullahu khairan....
Tugas seterusnya adalah menyediakan penutup tangki fiber dari bahan yang sesuai, memasang sistem paip serta sistem pam dan lampu.
No comments:
Post a Comment