Thursday, December 9, 2010

Assalamualaikum semua.....

Assalamualaikum wm wbkh kpd semua pengunjung....

Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanahair dari Tanah Suci Makkah semalam setelah selesai menunaikan Rukun Islam ke-5, iaitu fardhu haji. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya serta yang mendoakan agar ibadat haji saya diterima oleh Allah swt sebagai haji yang mabrur. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Haji yang mabrur itu tiada lain balasannya melainkan syurga".. 

Semalam merupakan kali pertama saya melayari blog ini setelah lebih 45 hari tidak berpeluang melayari internet dan mengikuti perkembangan dunia arowana. Syukur Alhamdulillah kerana saya dapati blog ini masih aktif dan mencatat bilangan pengunjung yang agak ramai walaupun tiada sebarang posting baru dari saya sepanjang tempoh saya berada di Makkah Al-Mukarramah... Alhamdulillah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada penggemar-penggemar arowana yang menalipon dan menghantar sms kepada saya sepanjang ketiadaan saya di tanahair. Begitu juga kepada yang datang berkunjung ke rumah saya untuk melihat koleksi arowana di showroom saya. InsyaAllah, showroom di rumah saya akan beroperasi semula bermula esok, jumaat.10 Disember 2010.


Sekian, terima kasih semua... Assalamualaikum wm wbkh!






No comments:

Post a Comment