Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Arowana D'AsSakinah Disember 2010 - Arowana Banjar Red

Kemaskini 23 Disember 2010 - maklumbalas dari seorang penggemar arowana yang telah mengunjungi showroom saya dan menghantar komen ke blog ini mengatakan bahawa arowana ini juga adalah salah satu species "Banjar Red". Saya kurang pasti dan masih mengkaji apakah species sebenar arowana ini, samaada "yellow tail hibrid" atau "banjar red".  InsyaAllah saya akan cuba bertanya dengan sifu-sifu yang telah lama bergiat dalam bidang ini. Saya juga telah mengalih kedudukan arowana ini ke petak bersebelahan dalam akuarium yang sama dengan "banjar red hibrid" yang mempunyai latarbelakang gelap. Ini beertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara kedua-dua species ini.
Untuk makluman kedua-dua yellow tail dan banjar red adalah merupakan hibrid iaitu hasil kacukan arowana green dan red. Corak "horse shoe" adalah ciri-ciri tipikal pada sisik arowana green.
Seperkara yang harus dimaklumi bahawa arowana "highback" adalah juga merupakan species hibrid atau kacukan. Majoriti highback adalah kacukan MG dan Red Tail Golden (RTG). Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah highback adalah terhasil dari kacukan MG dan arowana green. Ini dapat disahkan dengan melihat corak "horse shoe" pada bahagian tengah sisik arowana ini.

Sebarang komen mengenai species ini, sila poskan pada bahagian "comments" untuk perbincangan lanjut. Ruang sembang dikhaskan untuk perbincangan ringkas sahaja. Harap maklum

Kemaskini 9 Jan 2011 - saya telah dapat mengesahkan bahawa arowana di bawah ini sebenarnya adalah salah satu species banjar red. Saya pada mulanya agak keliru dengan baka hibrid seperti banjar red ini kerana ia menampilkan rupa dan warna sisik yang berbeza apabila diletakkan di dalam akuarium dengan latarbelakang yang berbeza.





Koleksi arowana dari species hibrid, berwarna perak keemasan. Sisik mempamerkan warna yang berkilau keemasan tetapi warna emasnya agak pudar, gold ring juga kelihatan tetapi kurang menyerlah. Ekor pula berwarna kekuningan. Adakah ini species banjar red?

Nota: dari gambar di atas, arowana hibrid ini kelihatan berwarna kemerahan seolah-olah ia "banjar red". Ini adalah akibat pengaruh lampu akuarium. Warna sebenar sisik arowana ini adalah perak keemasan.



No comments:

Post a Comment