Saya terjumpa iklan di bawah mengenai daun ketapang di web pengiklanan 88dB.com. Saya tidak pasti setakat mana kebenaran mengenai dakwaan kebaikan daun ketapang ini, tetapi sememangnya ia digunakan secara agak meluas salam pemeliharaan arowana.
AWAS!!! : Penggunaan daun ketapang secara berlebihan akan menyebabkan pH air turun mendadak, dan boleh membahayakan arowana.
Saya sebarkan iklan tersebut di sini sebagai panduan peminat-peminat arowana semua. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui labih lanjut atau membeli daun ketapang ini bolehlah menghubungi pengiklannya.
Sumber: http://my.88db.com/Pets/Special-Offer/ad-485011/
RAHSIA DAUN KETAPANG RM0.25Cara murah merawat air akuarium. Jangan membazir wang. Gunakan sumber asli dari daun ketapang kering bagi menggantikan Blackwater. Saya cuma gunakan daun ini bagi bantuan pemeliharaan ikan Arowana. Alhamdulillah ia amat berkesan, selamat, mudah dan murah. Tak perlu lagi menggunakan ubatan dari kedai untuk rawatan akuarium yang sememangnya amat mahal! Bagi menjernihkan air, gunakan lampu UV dengan kekuatan 10w.
Awas sebarang ubatan ikan yang menghasilkan air berwarna hijau boleh mengakibatkan risiko barah. Berhati-hatilah
kalau ada luka di jari atau tangan semasa menguruskan air akuarium
kerana dari situlah bahan kimia itu memasuki tubuh! – Sumber “kursus
pemeliharaan ikan hiasan”
PETUA 1001 – IKAN SIHAT
Jika
ikan peliharaan seperti Arowana, Guppy, Beta, Tetra, Gourami, Apistos
‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkan sehelai daun ketapang. Ia adalah sumber perubatan kepada ikan atas sebab:
i. Turunkan pH air beralkali
ii. Menyingkirkan bacteria dan bahan kimia berbahaya
iii. Menyerap logam ferum dan mangan
iv. Menciptakan kondisi air nyaman bagi ikan peliharaan
Ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik spt humic
dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan
serta menciptakan kondisi air yg nyaman bagi ikan / udang peliharaan
seolah spt habitat asal di sungai atau paya. Asid yg dikeluarkan berupaya membunuh bacteria dalam akuarium.
ATURAN
Bilas daun sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium. Selepas 1-2 hari daun akan tenggelam. Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan. Alihkan daun selepas 10 hari digunakan. Cadangan 1 daun untuk 20 liter air.
BLACKWATER
Rebus daun bagi menghasilkan pati blackwater dan gunakan bila perlu. Blackwater juga boleh terhasil dari rendaman daun selama 10 hari.
TEMPAHAN
Kepada yg berminat menggunakan daun ketapang boleh dapatkan bekalan:
Lokasi : Tm Angkasa Indah, Kajang Selangor
Kualiti : Fair Condition & NOT treated
Saiz : 5” – 12”
Kuantiti : 80 helai, RM20 (PosLaju free)
Bank : Maybank (MBB) : 1020 2754 1793 (Abd Samad Mohtar)
Tel/SMS : 019 6327 567 / 012 3515 329
Email : asmkajang@yahoo.com
selepas air kekuningan, air aquarium kena tukar baru (wc) ke atau terus pakai air tu sehingga beberapa lama yg perlu utk pertukaran air aquarium?
ReplyDelete