Dalam dunia perniagaan arowana yang menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan ini, manusia terkadang-kadang menjadi tamak dan cuba mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Ada sesetengah kalangan peniaga arowana menjual baka arowana hibrid dengan harga baka tulen. Oleh kerana baka hibrid sukar untuk dibezakan dengan baka tulen sewaktu masih bersaiz kecil, maka ramai penggemar arowana yang tertipu, walau pun sudah bergiat dalam bidang ini selama bertahun-tahun.
Cuba lihat gambar seekor arowana "banjar red" yang saya paparkan di bawah. Ketika gambar ini diambil, arowana ini bersaiz kira-kira 7 inci. Sejak kecil, ia dibela dalam "white fiber tank", dan kini dialihkan ke dalam akuarium kaca berlatar belakang putih. Untuk makluman, banjar red adalah kacukan arowana merah (biasanya super red) dan arowana hijau, yang harga sangat murah di pasaran.
| Bahagian atas belakang berwarna keemasan - not bad! |
| Arowana Banjar Red ini mempamerkan ciri-ciri seakan-akan arowana gold iaitu sisik berkilau, warna ekor kuning ke arah oren, dan seolah-olah terdapat gold ring pada sisik paras 5. Walau bagaimana pun, apabila diteliti, didapati tiada gold ring pada sisik paras 3 dan 4. Badan kelihatan licin dan "frame" pada sisik tidak dapat dilihat. "Chu" kelihatan agak jelas walau pun baru bersaiz kira-kira 7 inci. Pada mulanya saya menyangka ini adalah arowana "gold hibrid, iaitu kacukan antara baka gold dan arowana jenis lain. Selepas pemerhatian teliti, dapat dilihat corak "horse shoe" berwarna hijau dalam sisik. Corak "horse shoe" ini tidak akan dilihat sekiranya ikan ini diberi "white tank treatment" atau dibela dalam akuarium dengan latarbelakang putih. |
Seperkara lagi yang harus diingat, sekiranya arowana yang dikatakan baka gold tulen mempamerkan "chu" yang halus dan teratur walau pun masih bersaiz kecil, berhati-hatilah kerana ia mungkin baka hibrid. Harga yang lebih murah merupakan suatu tarikan untuk kita membelinya, tetapi ingatlah!.... biasanya "cheap thing is not good" dan "good thing does not come cheap".
Assalamualaikum wm wbkh!