Assalamualaikum wm wbkh!
Berikut adalah gambar-gambar arowana chilli red yang saya ambil di sebuah kedai di Perak untuk tatapan pengunjung semua.....
- ASSAKINAH AROWANA - membekal arowana dari pelbagai jenis baka bermutu tinggi dengan jaminan kualiti. Showroom di Rumah Teres 2-tingkat : No. 59 Jalan 4/5A, off Jalan Taman Melati 1, 53100 Setapak, K.Lumpur. Melalui MRR2, selepas Zoo Negara ke arah Bt.Caves, terdapat Stesen PETRON, terus ke hadapan kira-kira 100 meter, EXIT ke Jalan Taman Melati 1 di antara Petronas/McD dan Balai Bomba. Terdapat taman perumahan berpagar dgn kawalan keselamatan di sebelah kiri jalan. Phone: 019-2231507
Tuesday, January 18, 2011
Wednesday, December 29, 2010
Koleksi Arowana Golden Highback
| Akuarium dengan latarbelakang putih serta lampu cahaya putih |
| Anak golden highback berusia 8 bulan dan bersaiz 8 inci |
| 'Gold ring' sudah keluar sehingga ke sisik di paras 5 |
| Anak golden highback dari kumpulan yang sama dengan di atas, tetapi diletakkan di dalam akuarium dengan cahaya lampu kemerahan |
| 'Gold ring' jelas kelihatan higga ke sisik paras 5 |
Tuesday, December 21, 2010
Koleksi Arowana D'AsSakinah - Gold Series
Koleksi arowana Golden Highback
Ini pula koleksi Golden Super Highback
![]() |
| Super Highback bluebase ini mendapat white tank treatment |
Golden Head (2nd Grade)
Koleksi Arowana Golden Head (2nd Grade) bersaiz antara 9 ke 11 inci
Koleksi Arowana D'AsSakinah Disember 2010 - Arowana Banjar Red
Kemaskini 23 Disember 2010 - maklumbalas dari seorang penggemar arowana yang telah mengunjungi showroom saya dan menghantar komen ke blog ini mengatakan bahawa arowana ini juga adalah salah satu species "Banjar Red". Saya kurang pasti dan masih mengkaji apakah species sebenar arowana ini, samaada "yellow tail hibrid" atau "banjar red". InsyaAllah saya akan cuba bertanya dengan sifu-sifu yang telah lama bergiat dalam bidang ini. Saya juga telah mengalih kedudukan arowana ini ke petak bersebelahan dalam akuarium yang sama dengan "banjar red hibrid" yang mempunyai latarbelakang gelap. Ini beertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara kedua-dua species ini.
Untuk makluman kedua-dua yellow tail dan banjar red adalah merupakan hibrid iaitu hasil kacukan arowana green dan red. Corak "horse shoe" adalah ciri-ciri tipikal pada sisik arowana green.
Seperkara yang harus dimaklumi bahawa arowana "highback" adalah juga merupakan species hibrid atau kacukan. Majoriti highback adalah kacukan MG dan Red Tail Golden (RTG). Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah highback adalah terhasil dari kacukan MG dan arowana green. Ini dapat disahkan dengan melihat corak "horse shoe" pada bahagian tengah sisik arowana ini.
Sebarang komen mengenai species ini, sila poskan pada bahagian "comments" untuk perbincangan lanjut. Ruang sembang dikhaskan untuk perbincangan ringkas sahaja. Harap maklum
Kemaskini 9 Jan 2011 - saya telah dapat mengesahkan bahawa arowana di bawah ini sebenarnya adalah salah satu species banjar red. Saya pada mulanya agak keliru dengan baka hibrid seperti banjar red ini kerana ia menampilkan rupa dan warna sisik yang berbeza apabila diletakkan di dalam akuarium dengan latarbelakang yang berbeza.

Koleksi arowana dari species hibrid, berwarna perak keemasan. Sisik mempamerkan warna yang berkilau keemasan tetapi warna emasnya agak pudar, gold ring juga kelihatan tetapi kurang menyerlah. Ekor pula berwarna kekuningan. Adakah ini species banjar red?
Nota: dari gambar di atas, arowana hibrid ini kelihatan berwarna kemerahan seolah-olah ia "banjar red". Ini adalah akibat pengaruh lampu akuarium. Warna sebenar sisik arowana ini adalah perak keemasan.
Koleksi Arowana D'Assakinah Disember 2010 - Arowana Merah
Chilli Red yang kini bersaiz kira-kira 10inci berasal dari farm di Pulau Pinang. Ia didatangkan dengan chip dan sijil serta diberi jaminan baka chilli red asli. Kuantiti sekarang hanya berbaki seekor.
Di atas ini pula adalah koleksi banjar red, juga bersaiz kira-kira 10 inci. Agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua baka arowana merah di atas hanya melalui gambar atau menerusi kaca akuarium. Hanya pemerhatian secara teliti sahaja dapat membezakan kedua-dua baka ini. Kedua-dua baka ini mempamerkan warna ekor dan sirip yang kemerahan manakala sisik mereka pula kelihatan berwarna kemerahan dengan warna asas biru (blue base) yang cukup jelas. Kedua-dua baka ini kelihatan hampir sama.
Walau bagaimanapun, pemerhatian teliti menunjukkan chilli red mempamerkan warna merah pada ekor dan sirip yang lebih pekat berbanding dengan banjar red. Apabila dimasukkan ke dalam bag plastik dan diteliti menerusinya dalam keadaan cahaya yang agak terang, banjar red menunjukkan corak "horse shoe" berwarna kehijauan, yang merupakan corak "typical" baka arowana hijau. Manakala pada badan arowana chilli red, corak ini tidak kelihatan sama sekali.
Thursday, December 9, 2010
Assalamualaikum semua.....
Assalamualaikum wm wbkh kpd semua pengunjung....
Alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanahair dari Tanah Suci Makkah semalam setelah selesai menunaikan Rukun Islam ke-5, iaitu fardhu haji. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya serta yang mendoakan agar ibadat haji saya diterima oleh Allah swt sebagai haji yang mabrur. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Haji yang mabrur itu tiada lain balasannya melainkan syurga"..
Semalam merupakan kali pertama saya melayari blog ini setelah lebih 45 hari tidak berpeluang melayari internet dan mengikuti perkembangan dunia arowana. Syukur Alhamdulillah kerana saya dapati blog ini masih aktif dan mencatat bilangan pengunjung yang agak ramai walaupun tiada sebarang posting baru dari saya sepanjang tempoh saya berada di Makkah Al-Mukarramah... Alhamdulillah.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada penggemar-penggemar arowana yang menalipon dan menghantar sms kepada saya sepanjang ketiadaan saya di tanahair. Begitu juga kepada yang datang berkunjung ke rumah saya untuk melihat koleksi arowana di showroom saya. InsyaAllah, showroom di rumah saya akan beroperasi semula bermula esok, jumaat.10 Disember 2010.
Sekian, terima kasih semua... Assalamualaikum wm wbkh!
Thursday, October 21, 2010
Menjadi Tetamu Allah...
Assalamualaikum wm wbkh pengunjung semua...
sebagaimana yang telah saya sebut-sebut sebelum ini, insyaAllah pada hari Sabtu ini 23 hb Oktober 2010, saya bersama isteri akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu haji.
Doa-doakanlah agar dipermudahkan segala urusan haji kami dan semoga kami mendapat haji yang mabrur. Juga agar dipermudahkan perjalanan kami serta semoga kami selamat pergi dan selamat kembali.
Sekian dahulu...
assalamualaikum wm wbkh!

Subscribe to:
Posts (Atom)