Saturday, August 20, 2011

Tanning Dan White Tank Treament

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Atas permintaan beberapa orang pengunjung blog ini, saya terangkan di sini mengenai 2 istilah penting dalam pembelaan ikan arowana, iaitu 'tanning' dan white tank treatment. Di samping itu saya cuba jelaskan juga bagaimana teknik White Tank Treatment atau WTT ini dilakukan untuk panduan pengunjung semua.

1. Tanning

'Tanning' adalah perkataan inggeris yang membawa maksud 'mendedahkan kulit kepada sinaran cahaya matahari'. Dalam konteks pembelaan arowana, 'tanning' bermaksud mendedahkan ikan arowana sejak bersaiz kecil kepada cahaya lampu. Arowana dibela di dalam persekitaran di mana cahaya lampu putih yang sangat terang dipasang untuk tempoh yang lama.

Tujuan 'tanning' adalah untuk membantu mempercepatkan proses 'tumbuh'nya sisik emas dan 'chu' ('chu' adalah sisik halus di bawah sirip 'dorsal' yang dilitupi emas). Ini adalah kerana arowana mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun untuk matang, dan dalam keadaan biasa di mana arowana dibela di dalam akuarium di rumah, sisik emas serta 'chu' biasanya akan keluar sepenuhnya hanya selepas arowana ini matang. Harus difahami, di alam semulajadi iaitu di dalam sungai, ikan-ikan arowana sentiasa terdedah kepada pancaran cahaya matahari yang terang selama kira-kira 12 jam sehari di dalam aliran air yang jernih.


2. WTT (White Tank Treatment)
WTT atau 'White Tank Treatment' bermaksud memelihara arowana di dalam persekitaran yang cerah/terang atau persekitaran berwarna putih. Kebiasaannya, bagi melakukan teknik ini, arowana dibela sejak kecil didalam tangki fiber berwarna putih.

Teknik 'tanning' atau memasang lampu semata-mata tidak memberikan kesan optimum sekiranya arowana dibela di dalam persekitaran gelap. Teknik WTT ini membantu memberikan kesan optimum kepada proses 'tanning'.



Teknik WTT di mana tangki fiber putih tanpa tingkap kaca dan dipasang dengan lampu putih berkeamatan tinggi



Biasanya, WTT boleh dimulakan sejak anak arowana bersaiz kira-kira 3 inci, di mana pada peringkat awalnya, pencahayaan dibuat secara sederhana sahaja untuk mengelakkan anak-anak arowana mengalami 'stress'. Keamatan cahaya harus ditambah dengan cara menambah bilangan mentol lampu apabila anak-anak arowana ini semakin besar.

Anak-anak arowana gold dan arowana merah (red arowana) adalah sangat sesuai dibela menggunakan teknik WTT ini.

Lampu apa yang sesuai digunakan?
Apa-apa jenis lampu boleh digunakan, yang penting cahaya lampu mestilah putih dan terang. Lampu mentol bulat spiral, lampu panjang jenis t4 (lampu rumah) atau t5 (lampu panjang yang halus) pun boleh digunakan juga.

Selain dari WTT, untuk membantu sisik arowana kelihatan berkilau dan menyerlah, adalah perlu untuk memberikan secara berkala atau konsisten vitamin seperti 'arowana vital'.






54 comments:

  1. terima kasih tuan haji dengan info y berguna dan padat buat semua..aredy tq

    ReplyDelete
  2. Sama2 aredy, semoga pegunjung blog ini mendapat menafaat dari posting di atas.

    ReplyDelete
  3. Salam haji,untuk bluebase cam ne kite nak naik kan warna sisik ye?tq

    ReplyDelete
  4. Wsalam Irfan...Utk mg bluebase, sewaktu kecil, elok tanning dulu dlm white tank. Bila rim dan chu dah keluar, masukkan pula dlm tank berlatarbelakang biru untuk serlahkan warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lpas tank brltkng biru lampu kene warna ap ea haji? klau pakai lampu putih rumah bole? xde risiko mata buta or ap2

      Delete
  5. tq tuan,lagi satu kalau kite bg ikan makan udang dari frozen x apa ke?maaf banyak btanya.hehe-irfan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia mau boleh bagi... selalunya kalau dah biasa makan makanan hidup, dia tak mau yg dah mati.

      Biasanya kena puasakan dia dulu beberapa hari..bila dah betul2 lapar, baru dia mau

      Delete
  6. kalau highback gold boleh taning x?mcm mana cara dia?

    ReplyDelete
  7. Assalam..saya ingin bertanya.Saya ada membela lapan ekor arowana yg berlainan jenis..saiz dr 8" hingga 15".tetapi ada seekor dua yg kuat mengacau kawan2nya yg lain mengakibatkan luka di ekor dan sisik.selain arowana saya ada memelihara discus,clown fish, tiger fish dan beberapa jenis lain.aquarium size 8'x3'x30". soalan saya,bagaimana cara untuk mengelak mereka dari bergaduh?sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk kurangkan ikan bergaduh, ada 2 langkah yang perlu diambil:
      1. Pastikan arus air dari pam tu cukup kuat. Kalau perlu gunakan pam tambahan. Apabila ikan lega main arus, depa kurang bergaduh.
      2. Masukkan botol2 mineral berisi air hampir penuh. Botol2 yang terapung dan bergerak2 mengikut arus boleh mengalih perhatian ikan-ikan dan elakkan depa bergaduh

      Delete
  8. salam...nk thu mcm mne nk thu gold head or x? sbb sye ade bli ikan gold head tpi ikan mcm cros back je..nk ckp mcm arowana biase pn ade..keliru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati2 bila beli arowana golden head. Ramai penjual menjual ikan yang tak layak dipanggil golden head, kerana hanya terdapat bbrp gold patches dan gold dots bersaiz kecil saja di kepala.

      Utk memahami baka golden head, sila baca di link ni:
      http://www.assakinah-arowana.com/2010/01/senarai-harga-pelbagai-baka-dan-saiz.html

      Delete
  9. salam tuan haji...kalau arowana mg x buat tanning x per ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... tak buat tanning pun takpe. Klu tanning, chu cepat keluar dan sisik emas cepat naik ke paras 6

      Delete
  10. saya ada arowan hick baca..tapi sisik sampai ker level 4 jer...boleh ker sisik tu naik smpai ker baris 6

    ReplyDelete
  11. salam saya ada arowana high back...tp sisik sampai ke level 4 jer...boleh ke sisik tu sampai ke tahap level 6...reply comment plizzzz!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling tinggi pun sampai level 5 je, hb tak boleh naik level 6

      Delete
  12. x boleh...highback x boleh b'ubah jadi SHB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada aro hb yang boleh jadi shb... tapi jarang2

      Delete
  13. salam..tuan hj...sy ada bela anak arowana super dan chile red...Mn lebih bagus bela dalam wtt atau dlm aquarium biasa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...
      kalau masih kecil, elok bela SR dan CR dalam white tank dan psg lampu putih. Bila saiz dah capai sekitar 6 inci atau lebih baru pindah ke tangki hitam dan guna lampu merah.

      Delete
  14. salam tuan hj..apakah faktor2 yang menyebabkan arowana yang dah matang (betina) TIDAK boleh bertelur (harvest)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti la sham... mungkin tak ada pair (jantan) yg sesuai, atau mungkin juga mandul, saya pun kurang tahu ttg hal ni ... Wallahua'alam

      Delete
    2. salam tuan haji, sy nk tanye, sy mmpunyai seekor ikan asalnya dr kecil ia mempunyai kecacatan di bahangian sirip, tetapi sekarang ikan sy telah membesar sehingga 6 inci. adakah ia akan dpt trus hidup smpai menjadi induk. dan adakah nanti jika ia sudah dewasa dan bertelur,anak itu akan cacat juga,

      Delete
    3. Wsalam... kecacatan sirip bahagian mana? Biasanya kecacatan sirip tidak mengganggu kelangsungan hidup arowana.
      Tetapi kalau penutup insang (gill plate) cacat, iaitu penutup tidak dapat menutup insang menyebabkan insang terdedah, arowana ini tidak dapat dijadikan induk sekiranya ia seekor jantan. Ini kerana kecacatan ini menyebabkan ia tidak dapat mengeram telur.

      Delete
    4. salam..kecacatan pd bahagian Pecteral fin,,sebelah je yg cacat..fin tu jd lembut..pergerakan ikan jd slow.

      Delete
  15. salam haji.kalau sisik ikan melengkung sebelah kiri cam ne nak ubatkan?

    ReplyDelete
  16. salam haji,tumpang tanya kl SR kt x tanning dia,dn biarkan dlm aquarium yg berlatarkan gelam dgn lampu merah sj xpe ke,SR br dlm size 9-10in

    ReplyDelete
  17. Salam haji...saya ada memelihara seekor arowana jenis mgcb, saiz 3inch, tapi ada sesetengah orang cakap itu adalah induk hb, sebab tidak sampai level 5 lagi, tapi rim dah keluar dengan terang, satu lagi ada orang cakap kalau mgcb ni tengok dekat bawah dagu dia, kalau ada warna kuning tu betul laa mgcb, hb xde warna kuning kat bawah dagu dia putih je, mgcb saya punya ada warna kuning bawah dagu...mohon pencerahan daripada Tuan Haji..t.kasih..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum. . saya ade arowana berwarna kuning macam mana mahu tanning dy ehh?? boleh tolong ajar?? arowana saya baru 3inci. .

    ReplyDelete
  19. Salam tuan haji...saya ada beli mg24k xb sais 3inci...boleh ke saya tenning guna lampu putih di atas guna T5ho dan dan lampu kuning T5Lo letak di tapi...terima kasih

    ReplyDelete
  20. salam tuan haji kalau ikan saya dalam linkungan 36cm boleh ke sekiranya saya nak tanning lagi ... dan boleh ke saya masukan dia dlm tank yang ditutup habis

    ReplyDelete
  21. salam tuan haji kalau ikan saya dalam linkungan 36cm boleh ke sekiranya saya nak tanning lagi ... dan boleh ke saya masukan dia dlm tank yang ditutup habis

    ReplyDelete
  22. tuan haji..berapa lama perlu tanning ikan mgbb saiz 7 inci

    ReplyDelete
  23. tuan haji..berapa lama perlu tanning ikan mgbb saiz 7 inci

    ReplyDelete
  24. Salam tuan Haji..
    Saya ada bela sekor Super Red dan saya ada 2 jenis lampu (Gold dan Pink)...
    Boleh tak saya ON kedua2nya untuk tanning

    ReplyDelete
  25. Salam tn Haji..tanning berapa jam sehari sbb ada yg tanning 24/7 dan ada 12/7

    ReplyDelete
  26. Slm..vitamin aro,kna bg bpe kali smggu?tq

    ReplyDelete
  27. Slm..vitamin aro,kna bg bpe kali smggu?tq

    ReplyDelete
  28. Salam tuan tanya soalan golden crossback saya sebelah biru mcm bluebase kenapa ?

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum tuan.ayah saya punya golden crossbaack dh besar kira2 15 inci.masih boleh buat tanning ke?

    ReplyDelete
  30. Salam tuan sy mau tanya i baru beli mg full cros back dalam 7inc, , i start tanning dalam 1bulan ,kenapa sisik lever 6 semakin jadi kelap, apa masala tu, tuan...

    ReplyDelete
  31. Assalammualaikum tuan...sy ada bela arowana ni dr kecik dn xpernah buat tanning, saiz skrg lbh kurang 7 inchi, masih boleh buat tanning ke dgn saiz skrg ni? Klau boleh berapa lama sy perlu tanning ikan ni...mohon pencerahan tuan...msa beli penjual cakap ikan ni jenis golden red hi back...sy mmang xphm..bru belajar tuan...harap dpt mmbantu...Terima kasih tuan...

    ReplyDelete
  32. Salam..pki lampu umh utk tanning tu bole ke

    ReplyDelete
  33. Salam tuan. Maaf brtnya,klau tanning ikan arowana xbg arovital xpe ke? N warna dia ttp baik take klau xbg vitamin tu..mhon blas tuan.

    ReplyDelete
  34. Salam tuan. Maaf brtnya,klau tanning ikan arowana xbg arovital xpe ke? Dan warna dia ttp naik/brkilat tak klau xbg vitamin tu..mhon blas tuan.

    ReplyDelete
  35. salam tuan...sy ad jual aro mur2..mgbb 5 inci rm380..ad 15 ekor..binat pm
    0149748968

    ReplyDelete
  36. Assalam tuan... saya ad sr n golden crossback...soalan saya sekarang saya tanning dalam tank putih tapi ad tingkap untuk arowana pandang luar adkah tanning akn berkesan atau x jika dengan cara itu dan lampu manakah paling sesuai untjk tanning antara t5ho atau philip pll 840 55watt?? Saya konpius dalam cara tanning dan memilih lampu...

    ReplyDelete
  37. Salam tuan haji.tlg bntu sy sat.sy ada bela arowana silver..anak lagi besaq dua jari cmtu..tapi dia xmau makan..sy dh letak smua yg org sugest.. ank ikan hidop..ank udang hdop..ulat kecik..pallet..cngkerik kecik hidop..smua dia xmau mkn..susah hati sy..nk lagi sedih yg sekor dh mati 😭..tggal hrapan sekor ni ja lagi..air sy dh jernihkan..mcm2 sy dh bt..apa prlu sy buat lagi..

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum tuan,saya ada arowana crossback 8 inci..persoalan saya perlu lagi ke saya tanning sbb sisik level 6 dh lulus sbb ada orang cakap tanning sampai 12inici

    ReplyDelete
  39. tips ikan cepat besar dari saiz 8inci ke 12inci dan jangka masa berapa lama untuk capai size tu

    ReplyDelete