Friday, April 22, 2011

Baby Arowana MG Crossback Bluebase - New Batch

Assalamu'alaikum wrm wbkh!

Di bawah ini dipaparkan gambar-gambar anak Malaysia Golden Crossback Bluebase. Anak-anak arowana ini kini bersaiz 5 inci. Ia adalah anak-anak terpilih yang dihasilkan oleh induk MG Crossback Bluebase yang berkualiti  dari  kolam di Bukit Merah. Baka ini digredkan sebagai AAA.

Gambar anak MG BB ini ketika dibela di dalam FGT putih. Perhatikan kilauan emas yang sangat terang


Gambar di atas ini pula adalah anak arowana yang sama, kini diletakkan di dalam akuarium kaca berlatarbelakang hitam. Perhatikan sisik paras 5 yang sudah penuh dilitupi emas, "chu" sudah jelas kelihatan, manakala warna emas sangat pekat. Bila dilihat secara "live" warna biru bluebase juga sudah jelas kelihatan.

Kepada yang berminat, sila hubungi 017-2479274 (Hj. Suhaimi)




Sunday, April 17, 2011

Arowana Golden Head - Panduan Membela

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Sudah lama saya tidak menulis sebarang artikel untuk tatapan pengunjung semua. Alhamdulillah hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis mengenai teknik membela arowana dari baka Golden Head.

Arowana Golden Head bersaiz kira-kira 6 ke 7 inci. Balutan emas di kepala sudah  melebihi 50%


Yang ini pula bukanlah arowana GH sebenarnya. Balutan emas cuma sedikit

 

Walaupun terdapat beberapa tompokan emas di kepala, arowana ini tidak sepatutnya dipanggil arowana GH


Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, baka Golden Head sebenarnya bukanlah baka asli yang didapati dari sungai habitat asal mereka. Baka ini sebenarnya adalah baka yang telah dikacuk (hibrid) dan di 'upgrade' dari baka Malaysia Golden (MG) menggunakan teknik moden.

Arowana Golden Head pada asalnya diperkenalkan oleh pengusaha arowana Singapura yang banyak menjalankan penyelidikan mengenai arowana untuk tujuan "product development" atau pembangunan produk. Itulah sebabnya, buat masa ini, arowana Golden Head berkualiti tinggi hanya boleh didapati di Singapura dan harganya sangat mahal. Kebanyakan induk arowana tempatan gagal menghasilkan anak-anak berkualiti tinggi iaitu dengan "gold helmet" mencapai 80% ke 100% dari keseluruhan bahagian kepala.

Kebanyakan baka Golden Head yang boleh didapati di pasaran tempatan adalah tidak berkualiti dan hanya mempunyai sedikit sahaja balutan emas di kepala. Yang lebih malang, balutan emas ini boleh hilang apabila arowana ini dipindahkan dari tangki fiber putih ke dalam tangki akuarium.

Untuk membela anak-anak arowana golden head supaya emas tumbuh pada bahagian kepala, ia hendaklah dibela di dalam tangki fiber putih dan dipasang lampu berkeamatan tinggi. Sekiranya dibela di dalam akuarium kaca, meskipun dibaluti stiker putih dan dipasang dengan lampu yang terang, anda mungkin gagal mendapatkan hasil yang diharapkan.

Tangki fiber putih tanpa tingkap kaca dan dipasang dengan lampu putih berkeamatan tinggi (Nota: gambar ini untuk hiasan sahaja, arowana di dalam gambar ini adalah baka MG Crosback, bukannya GH)



Kadangkala, meskipun dibela di dalam tangki fiber putih dengan lampu yang cukup terang, tidak semua anak-anak golden head akan membesar dengan hasil yang sama, meskipun mereka lahir dari induk yang sama dan dari 'batch' yang sama. Ada yang mampu mencapai lebih 50% gold helmet dan sebahagian pula kurang dari itu. Ia sukar dijangkakan kerana baka ini bukannya baka asli, sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas tadi.

Anak arowana ini sudah bersaiz kira-kira 7 inci. Walau bagaimanapun balutan emas di kepala (helmet) belum mencapai 50%. Arowana ini tidak sepatutnya dikategorikan sebagai Golden Head. Berkemungkinan besar tompok emas di atas kepalanya akan hilang sekiranya arowana ini dipindahkan ke dalam tangki akuarium berlatarbelakang gelap.

Arowana Golden Head di atas ini bersaiz lira-kira 7 inci, dan balutan emas di kepala (helmet) sudah melebihi 50%. Kualiti baka ini dikira baik dan harga pasaran boleh mencapai hampir RM6ribu. Arowana Golden Head yang betul-betul berkualiti akan mengekalkan tompok emas di kepala walaupun setelah dipindahkan ke dalam akuarium berlatarbelakang gelap apabila cukup dewasa.


Untuk menghasilkan arowana golden head yang baik, bukan sahaja anaknya mesti datang dari baka yang baik dan berkualiti, bahkan teknik membelanya juga mesti betul. Jika tidak, kita hanya membazirkan wang, kerana apabila besar, anak-anak arowana ini tidak akan jadi seperti yang diharapkan.