Friday, September 30, 2011

HARVEST KOLAM P14 SG. SIPUT

Assalamualaikum wm wbkh!
Berikut dipaparkan gambar-gambar 'harvest' induk mg crossback di sebuah ladang arowana di Sg. Siput. Ladang ini merupakan salah satu pembekal utama anak-anak arowana kepada kami di Assakinah Arowana Aquaculture.
Untuk makluman semua, ladang arowana di Sg. Siput menggunakan sumber air bukit yang terdapat di sekeliling ladang ini. Berbeza dengan ladang-ladang di Bukit Merah yang menggunakan sumber air dari taliair yang bersambung dengan Tasik Bukit Merah dan bersumberkan Sungai Kerian.



Alhamdulillah ... hasil diperolehi


Saturday, September 24, 2011

STOK JUALAN DAN HARGA TERKINI 24 SEPTEMBER


Assalamu'alaikum wm wbkh kepada semua penggemar arowana!

Berikut adalah senarai stok terkini dan harga tawaran kami:

1. MG Crossback Bluebase Gred AAA Saiz 10 inci RM3,300                                 Baki 4 Ekor Sahaja

2. MG Crossback Bluebase Gred AAA Saiz 7 inci RM2,600                               Baki 10 Ekor Sahaja
 

Tawaran selanjutnya selepas "Jump Break" ...

Friday, September 16, 2011

KOLAM KE-2 SAYA - KOLAM NO.33 BANJAR RED

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Penghantaran Baki Induk Highback bagi kolam no.37
Alhamdulillah.... hari ini saya ke Bukit Merah lagi kerana membuat penghantaran baki 11 ekor induk highback untuk dimasukkan ke dalam kolam no.37.

Salah seekor induk highback matang di dalam FGT yang akan dihantar ke kolam pembiakan
Seekor lagi induk matang dalam FGT yang sama
Induk dimasukkan ke dalam bag plastik untuk di'packing'
Sesampai di ladang, induk ini dilepaskan ke dalam kolam no.37, masih berenang-renang di permukaan air kerana belum menyesuaikan diri dengan air yang baru
Cerita selanjutnya selepas "Jump Break" ...

Monday, September 12, 2011

KOLAM PERTAMA SAYA - KOLAM NO.37 HIGHBACK

Assalamu'alaikum wm wbkh!...
Sabtu 10 September 2011, iaitu 2 hari lalu, merupakan hari yang sungguh istimewa dan penuh bersejarah bagi saya. Pada hari itu, saya bersama isteri bergerak ke Utara. Destinasi kami adalah ladang pembiakan arowana milik rakan saya, Encik Alang Wahi, terletak di Bukit Merah. Sesampai di sana, kebetulan pengurus ladang, Encik Zul bersama beberapa orang pekerja beliau sedang bersiap sedia untuk memulakan aktivit harvest sebuah kolam highback. Saya turut menyaksikan aktiviti harvest tersebut dan sempat membuat rakaman video aktiviti tersebut. Rezeki menyebelahi mereka kerana mendapat 47 biji telur (yolk).

Selesai harvest, saya berbincang dengan En. Zul tentang induk arowana highback matang yang saya bawa di dalam kenderaan Sorento saya, untuk dilepaskan di dalam kolam di sana. Encik Zul telah 'allocate' sebuah kolam kosong bernombor 37 untuk ikan-ikan saya. Beliau dan pekerja-pekerjanya sebagai kakitangan ladang arowana ini akan membela dan menguruskan ikan-ikan tersebut bagi pihak saya, dan sebarang hasil yang diperolehi akan dikongsi secara samarata antara saya dengan syarikat milik En Alang Wahi ini.

Pekerja-perkerja beliau yang semuanya ramah dan mesra membantu saya mengeluarkan bag-bag plastik mengandungi induk-induk highback tersebut dan menempatkannya ke dalam kolam. Setelah itu, bag-bag tersebut mulai dibuka dan induk-induk arowana tersebut mulai berenang keluar ke dalam kolam yang luasnya kira-kira 25 kaki x 50 kaki. Tentunya ikan-ikan ini merasa sangat gembira dan senang kerana tempat tinggal mereka kini bukan lagi tangki kecil, tetapi kolam yang berkali ganda lebih besar. Sebanyak 10 ekor induk telah dilepaskan untuk tujuan pembiakan, manakala baki antara 10 hingga 12 ekor lagi akan dihantar dalam tempoh beberapa hari lagi.

Inilah kolam no.37 yang menjadi habitat baru induk-induk highback saya


Di bawah ini adalah rakaman video yang saya ambil ketika aktiviti melepaskan induk-induk HB tersebut.


video
video
video
video
Rakaman terakhir di atas menunjukkan baki 10 ekor lagi induk arowana highback saya yang masih berada di dalam fibertank di showroom saya. Induk-induk di atas berusia antara hampir 2 tahun ke kira-kira 2 1/2 tahun. Saya merancang membawa induk-induk ini untuk ditempatkan bersama dengan induk di atas di dalam kolam 37 dalam masa beberapa hari algi, insyaallah


Setelah hampir 2 tahun bergiat secara serius dalam bidang perniagaan arowana, saya akhirnya berjaya memiliki sebuah kolam pertama saya.... kolam Highback. Semuanya dengan izin Allah.... Alhamdulillah..... Walau bagaimanapun, saya bercadang untuk berkongsi kolam ini dengan seorang rakan peminat arowana, seorang pensyarah dari UiTM Arau Perlis.

Kemaskini 21September 2011 - Kolam HB No.37 ini yang mengandungi 22 ekor induk, kini menjadi milik bersama saya dengan seorang pensyarah UiTM Arau, Perlis, dengan perkongsian 50:50.



Thursday, September 8, 2011

KAEDAH MENGIRA ISIPADU AIR AKUARIUM

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Seorang pengunjung blog ini telah menghantar sms pada saya meminta panduan tentang kaedah mengira isipadu air akuarium. Jadi, di bawah ini saya perturunkan panduan tersebut:

1 kaki adalah bersamaan dengan kira-kira 30cm atau 0.3m,
jadi, bagi akuarium bersaiz 4 kaki lebar, 2 kaki panjang (depth) dengan ketinggian air 2 kaki, maka :

Isipadu air
= 4ka (L) x 2ka (P) x 2ka(T)
= (4x0.3)m x (2x0.3)m x (2x0.3)m
= 1.2m x 0.6m x 0.6m
= 0.432 meter padu

1 meter padu bersamaan dengan 1000 liter
Jadi,
0.432 meter padu bersamaan dengan 432 liter ( = 432 L)


Kaedah di atas bolehlah digunakan untuk mengira isipadu anti-klorin atau atau sebarang ubat untuk dimasukkan ke dalam akuarium anda.

Kuantit antiklorin yang perlu dimasukkan ke dalam air akuarium adalah bergantung kepada produk antiklorin tersebut. Anda perlu melihat pada botol atau kotak produk antiklorin tersebut untuk mengetahui sukatan yang disyorkan oleh pengeluar.



Thursday, September 1, 2011

ANAK AROWANA HIGHBACK - HARGA BORONG TERBARU RM420


Assalamu'alaikum wm wbkh!
Selaras dengan kadar pengeluaran anak-anak arowana yang agak tinggi pada masa kini, kami di Assakinah Arowana dengan kerjasama ladang arowana milik rakan perniagaan kami, kini menawarkan harga runtuh bagi belian borong anak-anak highback yang baru lepas 'yolk' :

Harga tawaran kami adalah seperti berikut:

1. Kuantiti minima 100 ekor - RM420
2. Kuantiti minima 50 ekor - RM440
3. Kuantiti minima 20 ekor - RM460
4. Kuantiti minima 10 ekor - RM480
5. Kuantiti minima 5 ekor - RM500

 



1. Pembelian minima : 5 ekor
2. Stok terhad : 100 ekor sahaja... tawaran sah sementara stok masih ada
3. Stok masih berada di ladang di Perak.
4. Deposit 30% dari jumlah harga diperlukan bagi setiap tempahan.
5. Tempoh minima ketibaan stok : 1 minggu dari tarikh tempahan.

Kami juga menawarkan Anak Arowana Super Highback Gred AAA (anak hasil dari induk jantan Crossback Bluebase) dengan harga runtuh RM900 seekor (minima 10 ekor). 


"We bring the farm closer to you.... "

Berminat hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)