Monday, April 23, 2012

Showroom Baru Kami Kini Beroperasi ...



Assalamu'alaikum pengunjung semua.... 
Alhamdulillah, showroom kami kini sudah berwajah baru dan ia kini telah mula beroperasi. Showroom ini bukan saja merupakan tempat saya mempamerkan ikan-ikan arowana untuk jualan, bahkan ia kini mejadi sudut yang paling saya gemari di rumah saya, tempat saya bertapa dan ber'uzlah'. Sejuk hati bila berada di ruangan ini ... dengan izin Allah, segalanya mungkin.... Alhamdulillah...




Tuesday, April 10, 2012

Showroom Berwajah Baru - Status Terkini

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua ...
Alhamdulillah.... sebahagian dari set akuarium di showroom kami yang kini tampil dengan wajah baru telah pun beroperasi. Sebahagian dari stok arowana kami telah pun dipindahkan dan kini berada di dalam rumah baru.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembikinan belum siap sepenuhnya. Sebahagian set akuarium masih lagi di dalam prosese pemadangan sistem paip dan masih belum boleh digunakan.

Berikut ini saya paparkan gambar-gambar terkini showroom kami.

Set akuarium setinggi 4 tingkat dan telah mula beroperasi, ia mengandungi  16 buah akuarium dan  menggunakan sistem penapisan air bersepadu. Hanya sebuah tangki penapisan dan sebuah pam digunakan 
Hanya 2 aras yang telah dipasang lampu, yang lainnya masih dalam proses pemasangan 
Antara arowana kami yang bernasib baik menjadi penghuni perintis set akuarium baru ini 

Di bawah ini pula, iaitu di sebelah kanan, adalah set akuarium yang masih dalam proses pemasangan sistem paip dan masih belum beroperasi.

Rekabentuk set akuarium yang boleh ditutup sepenuhnya apabila perlu (concealable), membolehkan showroom ditukar (transform) kepada ruangan untuk lain-lain  aktiviti sosial dan kekeluargaan apabila perlu

Jika tiada aral melintang, kesemua set akuarium di atas akan dapat digunakan selewat-lewatnya menjelang hujung April ini, dan showroom kami nanti akan beroperasi dengan wajah baru sepenuhnya, insyaAllah.


  

Monday, April 2, 2012

Showroom Upgrading - Progress Status

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...



Setelah lebih dari 2 minggu menempah akuarium dan menunggu dengan penuh sabar, maka tengah hari tadi tibalah jua kesemua set akuarium yang ditempah.


Kerja-kerja berikutnya adalah pemasangan paip air masuk serta paip air buang. Jika tiada aral melintang, showroom yang bakal berwajah baru nanti akan mula beroperasi sepenuhnya selewat-lewat pada hujung bulan ini, insyaallah.