Thursday, November 24, 2011

RAKAMAN VIDEO PROSES MEMASUKKAN MIKROCIP

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Berikut adalah rakaman video proses memasukkan mikrocip ke dalam badan anak arowana untuk tontonan semua....

Anak arowana dicucuk mikrocip


Induk arowana dicucuk mikrocip


Wednesday, November 16, 2011

NOVEMBER 2011 STOCK CLEARANCE SALE !!!

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua....
Berikut adalah tawaran jualan penghabisan stok November 2011:

1. Arowana Highback Golden

    Saiz : kira-kira 10 inci
    Sisik emas (gold rims) sehingga paras ke-5
    Bilangan: 13 ekor
    Harga : RM1,000 seekor  RM850 sahaja    Stock clearance
    
Berminat sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)



Tuesday, November 15, 2011

The 15th China International Pet Show 2011

China International Pet Show (CIPS) kali ke-15 akan berlangsung selama 4 hari mulai esok, 16hb Nov hingga 19 Nov, 2011 di China Import & Export Fair Pazhou Complex, Guangzhou, China. Saya difahamkan ramai pengusaha-pengusaha kolam ternama dari Bukit Merah dan juga Johor akan menghadiri 'show' tersebut bagi tujuan meninjau peluang perniagaan dan eksport arowana di negara tersebut, memandangkan China merupakan pasaran terbesar arowana dunia. Sama-samalah kita berdoa agar usaha mereka untuk menembusi dan mengembangkan pasaran eksport ke negara China akan berjaya demi masa depan industri arowana negara kita... aamiin...

Tuesday, November 8, 2011

NOVEMBER 2011 AROWANA STOCK UPDATE

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua....
Berikut adalah senarai stok terkini untuk November 2011:


1. Arowana Highback Golden :
    Saiz : kira-kira 5 inci:

2. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 5 inci:

3. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 7 inci:
  
4. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase :
    Saiz : kira-kira 7 inci:
    Baki : 30 ekor sahaja
   
5. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase :
    Saiz : kira-kira 8 inci:
    Bilangan: 10 ekor

6. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase  :
    Saiz : kira-kira 12 inci:
    Bilangan: 17 ekor

7. Arowana Malaysia Golden Crossback Purple-Base :
    Saiz : kira-kira 12 inci:
MG crossback gred AAA... Jelas kelihatan 2 baris chu halus beserta sebaris lagi chu yang agak kasar sedikit

8. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 4 inci

9. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 13 inci:
    Bilangan: 3 ekor

10. Arowana Super Highback Bluebase (anak dari induk jantan MG)
   Saiz : kira-kira 12 ke 13 inci
   Bilangan : 25 ekor


Untuk keterangan lanjut dan gambar-gambar seterusnya, sila klik di sini

Monday, November 7, 2011

Arowana - Malaysia Mampu Jadi Pengeluar Dunia

Sumber : Utusan Malaysia Online

  

Mampu jadi pengeluar dunia



IKAN Arowana.



Kuala Lumpur 7 Nov. - Air daripada Tasik Bukit Merah dikatakan mampu menghidupkan emas. Apa yang dimaksudkan dengan 'emas' di sini adalah Arowana Asia, iaitu sejenis ikan yang nadir dan mahal.
Tasik Bukit Merah, dibina pada tahun 1906 khas untuk tujuan pengairan dan membekalkan air bagi Daerah Kerian dan Larut, merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia. Tasik yang meliputi kawasan seluas 2,800 hektar ini membekalkan sumber air tak tercemar yang berterusan. Air tasik ini menjadi habitat semula jadi bagi banyak spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk Arowana Emas Malaysia, salah satu daripada empat spesies istimewa Arowana Asia. Projek pembiakbakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.

Selain Perak, Johor merupakan satu lagi sumber pengeluaran utama bagi Arowana. Nilai Arowana yang dibiakbaka di kedua-dua negeri tersebut bagi tahun 2009 dianggarkan RM48 juta (Perak) dan RM78 juta (Johor). Hampir 95 peratus daripada hasil pengeluaran dieksport. Pengeluaran Arowana sendiri telah dapat merancakkan industri ikan perhiasan.

Cerita selanjutnya, sila klik di sini ...

Sunday, November 6, 2011

EDISI TERHAD - AROWANA HIGHBACK BONGKOK SABUT

Assalamualaikum wm wbkh...
Saya ada seekor arowana dari highback golden yang agak istimewa ... badannya bongkok sabut. Di bawah ini saya paparkan gambar-gambarnya untuk tatapan pengunjung blog ini.


Cerita selanjutnya selepas "Jump Break' ... sila klik di sini

Saturday, November 5, 2011

Indonesia Khuatir Malaysia Akan Patenkan Arowana

Headline - Sabtu, 08 Okt 2011 06:49 WIB

Jakarta, (Analisa). Langkah Indonesia akan mematenkan ikan arowana ternyata untuk mencegah kecolongan. Saat ini ada indikasi Negeri Jiran Malaysia tengah memproses paten serupa.

Ketua Umum Arowana Club Indonesia Stephen Suryaatmadja mengatakan Negeri Jiran itu sudah berhasil mengembangkan ikan Arowana Golden Malayan. Padahal jenis arowana golden, menurut Stephen merupakan ikan asli Indonesia.

Arowana Golden Malayan, lanjut dia, maerupakan hasil perkawinan dari ikan arowana golden Indonesia. Namun yang membuat ia dan rekan-rekannya semakin khawatir, pihak Malaysia ada indikasi akan mematenkan seluruh arowana adalah asli dari Malaysia.

"Dia mau mematenkan kalau arowana asli Malaysia," kata Stephen kepada detikFinance, Jumat (7/10)

Cerita selanjutnya, sila klik di sini...