Sunday, March 20, 2011

Arowana Super Highback Golden Bluebase

Assalamualaikum wm wbkh...
Dipaparkan di bawah ini sebahagian dari arowana Super HB Golden Bluebase dari stok kami.






Arowana Super Highback Bluebase. Gambar di atas adalah dari stok yang dibela di dalam tangki fiber putih.

Gambar-gambar di bawah pula adalah arowana dari baka yang sama tetapi dibela di dalam akuarium kaca berlatarbelakang gelap. Gambar di bawah telah saya poskan di blog ini pada 21 Febuari lalu.










Warna sisik jelas kebiruan manakala gold rim berwarna emas yang sangat pekat. Chu kasar sudah jelas.



Tuesday, March 1, 2011

Industri Kecil Di Rumah - Membesarkan Anak-anak Arowana Untuk Dijadikan Induk

Assalamualaikum w.w. semua...

Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.


Bagaimana aktiviti membesarkan anak arowana boleh menjadi suatu industri?

Permintaan dunia terhadap species arowana terutamanya baka golden sangatlah tinggi, terutamanya dari negara seperti China. Malaysia merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar negara. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan oleh kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk pasaran tempatan.

Pembeli-pembeli tempatan adalah terdiri dari penggemar-penggemar (hobbyist) dan "growers". "Growers" adalah mereka yang mengusahakan aktiviti membesarkan anak-anak arowana secara serius untuk dijadikan induk. Setelah mencapai usia matang, iaitu kira-kira 2 1/2 tahun, induk arowana ini dijual pula kepada pengusaha-pengusaha kolam pembiakan. Aktiviti yang dijalankan oleh "growers" adalah ibarat suatu industri kecil berpengkalan di rumah. Ia mendatangkan keuntungan yang lumayan kerana peningkatan harga arowana yang tinggi seiring dengan peningkatan usia dan saiznya. Ramai yang menjalankan aktiviti ini secara sambilan (part time), dan tak kurang juga yang telah menjadikannya sebagai aktiviti perniagaan sepenuh masa (full time).

Permintaan terhadap induk arowana yang matang adalah sangat tinggi kerana industri pembiakan arowana kini sedang berkembang pesat di negara kita. Pengusaha-pengusaha kolam giat mengembangkan perniagaan mereka kerana terdapat permintaan ekspot yang tinggi bagi anak-anak arowana yang dikeluarkan.

Banyak kolam-kolam baru dibuka dan orang ramai pula tidak teragak-agak melaburkan wang mereka di dalam industri ini untuk mendapatkan pulangan. Pembukaan kolam-kolam baru menyebabkan  bertambahnya permintaan terhadap induk arowana matang dan ini secara langsung menjana perkembangan industri membesarkan anak-anak arowana oleh para "growers". Industri arowana kini sudah menjadi suatu kitaran perniagaan yang lengkap dan inilah yang menyebabkan industri ini berkembang pesat di negara kita.

Dengan negara China kini menjadi kuasa ekonomi ke-2 dunia, mengambilalih tempat negara Jepun, kuasa membeli oleh rakyatnya juga kian bertambah. Ini menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap arowana di negara tersebut dan secara langsung menyebabkan berkembangnya pasaran ekspot arowana.

Selain China, negara-negara pengimpot arowana adalah seperti Jepun, Filipina, Vietnam  dan lain-lain.



Blasts from past postings - 8 Januari 2010


Dalam perjalanan ke ladang MU Arowana, kami melihat pemandangan yang agak menakjubkan.... tanah-tanah sawah di sekitar Bukit Merah sedang bertukar wajah dan dijadikan kolam penternakan arowana. Jentera-jentera sedang bekerja mengorek tanah bagi dijadikan kolam pembiakan ikan.

Pemandangan di Semanggol, Bukit Merah...tanah-tanah sawah bertukar menjadi ladang pembiakan ikan arowana

Lihat! jentera sedang mengorek tanah untuk dijadikan kolam pembiakan ikan arowana


Industri pembiakan arowana sedang berkembang pesat...  pusat pembiakan arowana sedang dibesarkan


Lagi pemandangan di Semanggil, Bukit Merah.... kolam-kolam pembiakan arowana yang dilindungi dengan tembok konkrit bagi tujuan keselamatan.


Lagi kolam-kolam baru sedang dibina


Salah sebuah pusat pembiakan arowana di Semanggol, Bukit Merah


Seorang pelabur (mungkin) datang melawat kolam yang disewanya untuk tujuan pembiakan ikan arowana


Lagi kolam sedang dibina... kolam akan siap, tetapi di mana nak dapatkan induk-induk arowana bagi pembiakan?


Papantanda ke MU Arowana Aquaculture milik En. Fadil


Pusat pembiakan arowana milik En. Fadil, MU Arowana Aqalclture sedang dibesarkan dengan pembinaan kompleks baru