Monday, June 27, 2011

Kemaskini Terbaru ...

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Untuk makluman pengunjung semua, tajuk di bawah telah dikemaskini dengan beberapa tambahan maklumat dan gambar-gambar terbaru.


Mengenali Arowana & Species Popular Di Malaysia


Selamat membaca.....

 

 

 

 

Friday, June 24, 2011

Arowana Chili Red

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Bagi penggemar-penggemar arowana chili red, kami kini mempunyai stok terhad beberapa ekor arowana baka ini yang bersaiz kira-kira 7 ke 8 inci untuk dijual. Kesemuanya didatangkan dengan cip dan sijil sebagai jaminan kualiti dari ladang.

Gambar-gambar adalah seperti di bawah:
 
 
 
 
 

Keterangan:
1. Jenis baka : chili red
2. Saiz : kirakira 7 ke 8 inci
3. Kuantiti: 6 ekor sahaja.
4. Jaminan : didatangkan dengan cip dan sijil sebagai jaminan kualiti dari ladang.
5. Harga : RM1,800 seekor sahaja


Sebagai panduan penggemar semua, di bawah ini dipaparkan pula gambar-gambar Arowana Chili Red yang sudah dewasa dan bersaiz kira-kira 16 inci hasil keluaran ladang arowana yang sama di Pulau Pinang. Ia adalah sebagai gambaran tentang rupa arowana di atas apabila mencapai usia dewasa kelak.

 
 
 


Kepada sesiapa yang berminat, sila kunjungi showroom kami untuk melihat sendiri ikan-ikan ini.








Thursday, June 16, 2011

Pemeriksaan Mulut Arowana Kolam HB pada 14 Jun 2011

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Di bawah ini dipaparkan pula aktiviti pemeriksaan mulut untuk tujuan 'harvest' di kolam highback yang dijalankan pada 14 Jun lepas di sebuah ladang arowana yang merupakan pembekal utama anak-anak arowana kepada kami. Kolam ini mengandungi 38 ekor induk, 28 darinya adalah induk highback manakala 10 ekor lagi adalah induk gold (mg). Walau bagaimanapun, tiada hasil dapat di'harvest' kali ni... takde rezeki ....







Perhatikan kualiti induk arowana highback di atas, kesemuanya mempunyai sisik emas (gold ring) di baris 5 pada usia sekitar 3 tahun lebih iaitu di peringkat awal kematangan. Sesetengah ladang arowana mengkategorikan induk seperti ini sebagai 'highback quality' atau 'super highback' dan anak-anak hasil tuaiannya dijual dengan harga lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kami mengkategorikannya sebagai highback sahaja, kerana arowana 'super highback' kami mempunyai kualiti yang lebih tinggi dari segi keamatan warna sisik, 'chu' serta keamatan 'bluebase'nya.





Tuesday, June 14, 2011

Pemeriksaan Mulut Arowana Kolam Super Highback Pada 14 Jun 2011

Assalamu'alaikum wm wbkh kpd semua penggemar arowana!

Pagi semalam saya berpeluang menyaksikan aktiviti memeriksa mulut arowana untuk tujuan 'harvest' di salah sebuah ladang arowana yang terletak di negeri 'Pasir Berdengung' iaitu Perak Darul Ridhwan. Ladang ini merupakan pembekal utama anak-anak arowana kepada kami di AsSakinah Arowana. Di bawah ini saya paparkan rakaman tersebut untuk tatapan semua pengunjung blog ini.












Tuan puan boleh perhatikan kualiti induk-induk arowana dalam kolam Super Highback ini. Ia mengandungi 13 ekor MG dan 7 ekor Super Highback, kesemuanya bluebase. Walau bagaimanapun, keadaan air yang keruh akibat hujan pada awal pagi menyebabkan kita tidak dapat melihat warna bluebase dengan jelas.

Kali ini kami tidak mendapat apa-apa hasil dari kolam ini. Seekor induk jantan MG dari kolam ini telah memberikan hasil dan di'harvest' kira-kira 2 bulan lepas. Kepada yang berminat, sila lihat posting sebelum ini yang memaparkan gambar induk MG ini serta iklan jualan anak-anak arowana Super Highback Bluebase.

Saya akan 'upload' rakaman video untuk kolam highback pula nanti, InsyaAllah.

So stay tuned ...........





Thursday, June 9, 2011

Promosi Arowana Vital

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Kepada penggemar-penggemar arowana semua, dimaklumkan bahawa stok Arowana Vital sudah berada di showroom kami. Kepada yang berminat, boleh dapatkannya dengan harga promosi iaitu

RM40 sebotol

Harga sah sementara stok masih ada.
(Nota: harga jualan yang dicadangkan oleh pembekal adalah RM52)