Friday, December 16, 2011

STOK TERBARU AROWANA DISEMBER 2011

Assalamu'alaikum wm wbkh...Berikut adalah senarai stok terbaru arowana bagi bulan Disember 2011:

NOTA: Harga masih boleh dirunding, tetapi tawar menawar melalui panggilan talifon atau sms tidak akan dilayan.
 
1. Chili Red saiz 3 ke 4 inci RM1,350



2. Chili Red saiz 5 inci RM1,700



3. Super Highback saiz 3 ke 4 inci RM630



4. Highback Golden 5 inci RM600




Keterangan lanjut dan lain-lain tawaran :

Senarai Stok Baru Tiba Disember 2011

1. Anak Arowana Chili Red 
    Harga : RM1,350
    Saiz 3 ke 4 inci  
    Asal : ladang arowana di Kulim, Kedah
    Bilangan : 20 ekor
    Jualan minima : 5 ekor
   Nota : sila lihat gambar di bawah untuk melihat contoh arowana chili red dewasa dari ladang arowana yang menghasilkan anak-anak arowana di bawah

Contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama
Lagi contoh arowana chili red dewasa berusia 2 tahun lebih dari ladang yang sama


2. Anak Arowana Chili Red 
    Harga : RM1,700

    Saiz kira-kira 5 inci  
    Asal : ladang arowana di Kulim, Kedah
    Bilangan : 10 ekor
    Jualan minima : 1 ekor
    Nota : sila lihat gambar di atas untuk melihat contoh arowana chili red dewasa dari ladang arowana yang  menghasilkan anak-anak arowana di bawah



3. Arowana Super Highback Golden
    Harga : RM630
    Saiz 3 ke 4 inci  
    Asal : ladang arowana Sg. Siput, Perak
    Induk : Induk jantan adalah Super HB dan ada 'chu'
    Bilangan : 20 ekor
    Jualan minima : 1 ekor


4. Arowana Highback Golden
     Harga : RM600
    Saiz kira-kira 5 inci  
    Asal : ladang arowana Sg. Siput, Perak
    Bilangan : 13 ekor
    Jualan minima : 1 ekor



Senarai Lain-lain Stok Sedia Ada

1. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 5 inci:
    Bilangan: 10 ekor
    Harga : RM1,400  ke RM1,500 seekor




2. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 7 inci:
    Bilangan: 4 ekor
    Harga : RM1,700 seekor
    Cip dan Sijil Disertakan

Contoh arowana TongYan dewasa, didapatkan dari laman web Panglongarowanas.com


3. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase :
    Saiz : kira-kira 10 inci:
    Bilangan: 14 ekor
    Harga : RM2,800 seekor
    Cip dan Sijil Disertakan
    (Diskaun bagi pembelian 3 ekor atau lebih)
    Dipasang cip dan disertakan sijil

 


4. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 13 inci:
    Bilangan: 2 ekor
    Harga : RM2,600 seekor
    Cip dan Sijil Disertakan



5. Arowana Super Highback Bluebase (anak dari induk jantan MG)
   Saiz : kira-kira 12 ke 13 inci
   Induk : Induk jantan adalah MG (ada 'chu')
   Bilangan : 22 ekor
   Harga : RM1,800 (diskaun bagi pembelian melebihi 3 ekor)







Berminat sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)





Sunday, December 11, 2011

Harvest Arowana Dalam Akuarium... Hebat ???!

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Video youtube di bawah menunjukkan seorang 'pakar' sedang harvest seekor arowana di sebuah ladang arowana di Singapura. Yang menariknya, harvest ini dilakukan hanya di dalam akuarium kaca.




Kelihatan induk jantan yang membawa telur ini tenang saja walaupun sedar ia sedang diperhatikan. Ia tidak kelihatan resah dan tidak melompat-lompat sebagaimana yang selalu saya lihat semasa harvest di ladang-ladang arowana di negara kita. Nampaknya tukang harvest ini memang pakar dalam memujuk arowana tersebut meluahkan telurnya (tapi tak tahulah kalau air akuarium tu dah dimasukkan ubat pelali).

Wahhh... nampaknya beliau ni memang pakar.

Selamat menonton....


Wednesday, December 7, 2011

Pengumuman - Sijil Identiti AsSakinah Arowana

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Pengumuman untuk pelanggan yang ada membeli arowana Malaysia Gold dan Chili Red dari kami yang telah dimasukkan mikrocip, tetapi belum mendapat Sijil Identiti. Pengumuman ini hanya melibatkan pembelian bermula September 2011 ke November 2011. Sila hubungi saya untuk mendapatkan sijil tersebut. Untuk datang mengambil sijil ini, sila bawa bersama resit pembelian.



Hubungi saya di talian 017 2479274 (Hj Suhaimi)


Monday, December 5, 2011

Beli MG... Tapi Akhirnya Ternyata Baka Highback

Assalamu'alaikum wm wbkh....
Sudah agak lama saya tidak poskan sebarang posting baru di blog ini. Kali ini saya paparkan di bawah ini gambar-gambar beberapa ekor arowana yang saya beli semasa bersaiz kecil di awal 2010 yang lalu. Arowana ini saya beli sebagai arowana Malaysia Gold, tetapi nampaknya bila semakin membesar, semakin jelaslah yang ia hanyalah baka Highback.

Kesilapan saya adalah terpedaya dengan kata-kata manis sipenjual, menyebabkan saya cuai dan tidak menyelidiki dengan teliti ciri-ciri ikan ini. Lagipun saiznya masih kecil sewaktu saya membelinya, jadi sukar sekali untuk membezakan samaada ia seekor MG atau hanya seekor HB. Tambahan pula harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran di waktu itu.


Ini adalah gambar seekor lagi, kes yang sama... cuma yang ini kelihatan agak cantik sikit. Walau macam manapun, ia akhirnya masuk kolam highback juga.


Akhirnya ... kesemua MG yang tak jadi ni terpaksa dimasukkan bersama ke dalam tangki Highback, sementara menunggu dihantar ke kolam di Bukit Merah.


Destinasi terakhir... ladang arowana di Bukit Merah ...kolam highback jua akhirnya


Pengajaran untuk semua .... berhati-hati membeli arowana. Selidik ikan tersebut dengan teliti. Sebaik-baiknya beli yang bersaiz besar sedikit, supaya sudah dapat dibezakan antara HB dan MG. Lagi baik kalau ikan yang nak dibeli tersebut sudah dimasukkan mikrocip dan disertakan sijil atau setidak-tidaknya resit jualan, supaya ianya bolehlah dijadikan bukti jualbeli sekiranya timbul masaalah di kemudian hari nanti.

Nak tahu siapa sipenjual arowana ni???? ...... Rasanya tak payahlah saya hebahkan dalam blog ini. Cukup sekadar pengunjung-pengunjung semua mengambil iktibar dari kes ini, walau pun ia berlaku sudah agak lama, iaitu di awal 2010 dahulu. Seperti saya katakan, ia akibat kecuaian saya dan  kerana percaya kepada kata-kata manis di penjual. Jadi... jangan cuai dan jangan terlalu percayakan penjual. Harga yang lebih murah juga kadang-kadang boleh memperdayakan kita.

Saya terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana mendapati peniaga ini masih meneruskan aktiviti penipuan seperti ini dan semakin ramai pula penggemar-penggemar arowana di Lembah Klang ini yang "terkena" dengan sikap peniaga seperti ini dan menjadi mangsa mereka. Sikap tidak jujur seperti inilah sebenarnya menjadi salah satu punca kehilangan keyakinan penggemar/penghobi  terhadap industri arowana dan akhirnya merosakkan industri ini sendiri. Jadi, fikir-fiikirkanlah....




Thursday, November 24, 2011

RAKAMAN VIDEO PROSES MEMASUKKAN MIKROCIP

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Berikut adalah rakaman video proses memasukkan mikrocip ke dalam badan anak arowana untuk tontonan semua....

Anak arowana dicucuk mikrocip


Induk arowana dicucuk mikrocip


Wednesday, November 16, 2011

NOVEMBER 2011 STOCK CLEARANCE SALE !!!

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua....
Berikut adalah tawaran jualan penghabisan stok November 2011:

1. Arowana Highback Golden

    Saiz : kira-kira 10 inci
    Sisik emas (gold rims) sehingga paras ke-5
    Bilangan: 13 ekor
    Harga : RM1,000 seekor  RM850 sahaja    Stock clearance
    
Berminat sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)



Tuesday, November 15, 2011

The 15th China International Pet Show 2011

China International Pet Show (CIPS) kali ke-15 akan berlangsung selama 4 hari mulai esok, 16hb Nov hingga 19 Nov, 2011 di China Import & Export Fair Pazhou Complex, Guangzhou, China. Saya difahamkan ramai pengusaha-pengusaha kolam ternama dari Bukit Merah dan juga Johor akan menghadiri 'show' tersebut bagi tujuan meninjau peluang perniagaan dan eksport arowana di negara tersebut, memandangkan China merupakan pasaran terbesar arowana dunia. Sama-samalah kita berdoa agar usaha mereka untuk menembusi dan mengembangkan pasaran eksport ke negara China akan berjaya demi masa depan industri arowana negara kita... aamiin...

Tuesday, November 8, 2011

NOVEMBER 2011 AROWANA STOCK UPDATE

Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua....
Berikut adalah senarai stok terkini untuk November 2011:


1. Arowana Highback Golden :
    Saiz : kira-kira 5 inci:

2. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 5 inci:

3. Arowana TongYan (Emas Merah) :
    Saiz : kira-kira 7 inci:
  
4. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase :
    Saiz : kira-kira 7 inci:
    Baki : 30 ekor sahaja
   
5. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase :
    Saiz : kira-kira 8 inci:
    Bilangan: 10 ekor

6. Arowana Malaysia Golden Crossback Bluebase  :
    Saiz : kira-kira 12 inci:
    Bilangan: 17 ekor

7. Arowana Malaysia Golden Crossback Purple-Base :
    Saiz : kira-kira 12 inci:
MG crossback gred AAA... Jelas kelihatan 2 baris chu halus beserta sebaris lagi chu yang agak kasar sedikit

8. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 4 inci

9. Arowana Chili Red :
    Saiz : kira-kira 13 inci:
    Bilangan: 3 ekor

10. Arowana Super Highback Bluebase (anak dari induk jantan MG)
   Saiz : kira-kira 12 ke 13 inci
   Bilangan : 25 ekor


Untuk keterangan lanjut dan gambar-gambar seterusnya, sila klik di sini

Monday, November 7, 2011

Arowana - Malaysia Mampu Jadi Pengeluar Dunia

Sumber : Utusan Malaysia Online

  

Mampu jadi pengeluar dunia



IKAN Arowana.



Kuala Lumpur 7 Nov. - Air daripada Tasik Bukit Merah dikatakan mampu menghidupkan emas. Apa yang dimaksudkan dengan 'emas' di sini adalah Arowana Asia, iaitu sejenis ikan yang nadir dan mahal.
Tasik Bukit Merah, dibina pada tahun 1906 khas untuk tujuan pengairan dan membekalkan air bagi Daerah Kerian dan Larut, merupakan tasik buatan manusia tertua di Malaysia. Tasik yang meliputi kawasan seluas 2,800 hektar ini membekalkan sumber air tak tercemar yang berterusan. Air tasik ini menjadi habitat semula jadi bagi banyak spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk Arowana Emas Malaysia, salah satu daripada empat spesies istimewa Arowana Asia. Projek pembiakbakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.

Selain Perak, Johor merupakan satu lagi sumber pengeluaran utama bagi Arowana. Nilai Arowana yang dibiakbaka di kedua-dua negeri tersebut bagi tahun 2009 dianggarkan RM48 juta (Perak) dan RM78 juta (Johor). Hampir 95 peratus daripada hasil pengeluaran dieksport. Pengeluaran Arowana sendiri telah dapat merancakkan industri ikan perhiasan.

Cerita selanjutnya, sila klik di sini ...

Sunday, November 6, 2011

EDISI TERHAD - AROWANA HIGHBACK BONGKOK SABUT

Assalamualaikum wm wbkh...
Saya ada seekor arowana dari highback golden yang agak istimewa ... badannya bongkok sabut. Di bawah ini saya paparkan gambar-gambarnya untuk tatapan pengunjung blog ini.


Cerita selanjutnya selepas "Jump Break' ... sila klik di sini

Saturday, November 5, 2011

Indonesia Khuatir Malaysia Akan Patenkan Arowana

Headline - Sabtu, 08 Okt 2011 06:49 WIB

Jakarta, (Analisa). Langkah Indonesia akan mematenkan ikan arowana ternyata untuk mencegah kecolongan. Saat ini ada indikasi Negeri Jiran Malaysia tengah memproses paten serupa.

Ketua Umum Arowana Club Indonesia Stephen Suryaatmadja mengatakan Negeri Jiran itu sudah berhasil mengembangkan ikan Arowana Golden Malayan. Padahal jenis arowana golden, menurut Stephen merupakan ikan asli Indonesia.

Arowana Golden Malayan, lanjut dia, maerupakan hasil perkawinan dari ikan arowana golden Indonesia. Namun yang membuat ia dan rekan-rekannya semakin khawatir, pihak Malaysia ada indikasi akan mematenkan seluruh arowana adalah asli dari Malaysia.

"Dia mau mematenkan kalau arowana asli Malaysia," kata Stephen kepada detikFinance, Jumat (7/10)

Cerita selanjutnya, sila klik di sini...