Monday, January 25, 2010

1000 Ekor Anak Kelisa @ Arowana Bernilai RM1.5juta Dicuri Di Bukit Merah

Anak kelisa bernilai RM1.5 juta dicuri


IPOH: Seorang pengusaha ikan kelisa kerugian RM1.5 juta apabila hampir 1,000 anak ikan berkenaan dicuri di ladangnya di Tebuk Pancor, Bukit Merah, Semanggol, 120 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Mat Fauzin Nayan, berkata kejadian disedari pekerja ladang berkenaan pada 8.30 pagi semalam. Katanya, mereka terus menghubungi majikan yang kemudian membuat laporan kepada pihak polis.
"Pengusaha berkenaan mendapati beberapa balang kaca dan akuarium yang mengandungi hampir 1,000 ekor anak ikan bernilai RM1.5 juta telah hilang dan terdapat kesan kawasan ladang itu dicerobohi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Fauzi berkata, anak ikan kelisa yang juga disebut Arowana dijual antara RM2,000 hingga RM5,000 seekor. Beliau berkata, suspek dipercayai lebih dari dua orang memasuki ladang berkenaan dengan kenderaan pada tengah malam.
"Terdapat kesan balang botol pecah dan siasatan awal polis mengenalpasti suspek dipercayai orang dalam," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 357 kerana menceroboh dan memecahkan bangunan. - Bernama

sumber: Berita Harian online http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20100124191525/Article/index_html


Komen dari saya:
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari kawan-kawan di Bukit Merah, pusat pembiakan arowana yang mengalami kecurian tersebut adalah BMA Aquaculture, milik En. Mat Don, yang merupakan pengusaha arowana terbesar di Semanggol, Bukit Merah.

2 comments:

  1. En mat don..bersabar lah musibah yg melanda anda sejak akhir2 ini mungkin ada hikmah untuk lebih anda menginsafi akan kesilapan2 lalu.

    ReplyDelete
  2. adalah sebabnya tu Allah bg rugi..muhasabah diri

    ReplyDelete