Rabu pagi 6 januari 2010, saya dan rakan, Hamdan Ismail, bertolak menuju ke Pulau Pinang dan Alor Star, Kedah untuk bertemu dengan seorang peniaga sambilan ikan arowana bernama Steven. Steven berbangsa Cina dan bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah kerajaan. Beliau membawa kami menjelajah beberapa tempat di Pulau Pinang dan Alor Star untuk melihat ikan-ikan arowana yang ditawarkan untuk jualan, Kesempatan ini saya ambil untuk mengkaji dan mempelajari bagaimana industri sokongan penternakan ikan arowana dijalankan sebagai pekerjaan sambilan.
Nampaknya, industri sokongan kepada penternakan arowana ini dijalankan di mana-mana premis yang ada ruang kosong, misalnya di rumah-rumah, di bahagian belakang bengkel kereta dan lain-lain.
Industri sokongan yang saya maksudkan adalah aktiviti membesarkan anak-anak arowana yang dibeli dari kolam penternakan seperti dari Bukit Merah. Apabila besar, anak-anak arowana ini dijual kembali ke kolam-kolam penternakan (breeding ponds) di Bukit Merah.
Nampaknya, industri ini semakin mendapat tempat di kalangan penduduk-pemduduk di bahagian Utara Semenanjong untuk dijadikan aktiviti bagi menjana pendapatan sampingan. Ia kini menjadi suatu industri kecil yang sedang berkembang pesat kerana menghasilkan pendapatan lumayan.
Kami amat tertarik dengan pengalaman ini dan bercadang untuk merangka suatu model perniagaan ("Business Model") berdasarkan apa yang kami lihat. Bagaimanapun beberapa perubahan dan kemaskini perlu dibuat sebelum ia dapat dilaksanakan di Kuala Lumpur, untuk menghasilkan suatu model perniagaan yang sistematik dan dapat diterima sebagai suatu aktiviti ekonomi sampingan oleh orang bandar.
- ASSAKINAH AROWANA - membekal arowana dari pelbagai jenis baka bermutu tinggi dengan jaminan kualiti. Showroom di Rumah Teres 2-tingkat : No. 59 Jalan 4/5A, off Jalan Taman Melati 1, 53100 Setapak, K.Lumpur. Melalui MRR2, selepas Zoo Negara ke arah Bt.Caves, terdapat Stesen PETRON, terus ke hadapan kira-kira 100 meter, EXIT ke Jalan Taman Melati 1 di antara Petronas/McD dan Balai Bomba. Terdapat taman perumahan berpagar dgn kawalan keselamatan di sebelah kiri jalan. Phone: 019-2231507
Thursday, January 7, 2010
Lawatan Ke Kedah Untuk "Market Research" dan Kajian Mengenai "Business Modelling"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment