Thursday, January 14, 2010

Now... Lets Get Moving....

"Market research" dah buat.... dah yakin dengan projek ni. Lawatan ke Utara telah memberikan gambaran jelas tentang "business approach" atau "business model" yang akan diambil untuk projek ini.

Now what?

Persediaan dan persiapan awal...
Sebuah akuarium dengan seekor induk arowana separa matang sudah ada di rumah sebagai bahan kajian awal. Sekarang saya memerlukan anak-anak arowana yang bersaiz kecil untuk dibela dan dibesarkan sebagai bahan kajian, iaitu untuk mempelajari kaedah pembesaran anak-anak ikan ini serta untuk mengenalpasti masaalah dalam pemeliharaannya.

Langkah pertama ke arah ini adalah mendapatkan tangki fiber berwarna putih dengan saiz yang sesuai serta dilengkapi kaca di muka bahagian hadapan. Anak-anak arowana lebih sesuai dibesarkan di dalam tangki fiber putih untuk menghasilkan warna sisik yang cantik dan berkualiti tinggi.

Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai aspek iaitu praktikaliti, ruang yang diperlukan serta soal harga, maka keputusan dibuat untuk mendapatkan tangki fiber bersaiz 4(P) x 2.5(L) x 2(T)  kaki. Setelah mendapat sebutharga yang terbaik dari sebuah syarikat pengedar, saya menempah 10 buah tangki bersaiz tersebut. Dengan tempahan secara pukal untuk 10 buah tangki, saya mendapat harga terbaik. Walau bagaimanapun, saya harus menunggu selama 3 minggu untuk mendapatkan tangki tersebut yang diperbuat oleh kilang di Pualu Pinang.

Sementara menunggu ketibaan tangki fiber yang ditempah, aktiviti harus dimulakan segera...no time to lose. Saya membuat keputusan membeli  satu set akuarium bersaiz 4x2x2 kaki, mengandungi 2 buah tangki yang lengkap dengan "stand" dan "filtration system".


Seterusnya, dengan set akuarium ini, saya harus membina prototaip untuk set 'aquarium system" yang mesra pengguna dari segi penjagaan mutu air dan keseluruhan penyelenggaraannya. Saya memulakan kerja-kerja paiping untuk matlaamt ini. Selepas 2 hari, saya berjaya menyiapkan sistem akuarium yang saya inginkan.... penyelenggaraaan yang ringkas, pantas...dan mudah...betul-betul mesra pengguna. Dengan sistem paip ini, saya hanya perlu meluangkanmasa kurang dari 5 minit untuk kerja-kerja penyelenggaraa.





Sebahagian dari peralatan yang digunakan bagi menghasilkan sistem penyelenggaraan akuarium yang mesra pengguna



Sistem paip alirkeluar



Sistem alirmasuk menggunakan injap (valve)




Injap juga digunakan di dalam tangki akuarium untuk menukar arah aliran air masuk atau air keluar


Siap! Sistem akuarium mesra pengguna sudah bersedia menerima penghuni



1 comment:

  1. bro boleh tumpang tanya.., berapa harga satu tangki akuarium 4 kaki tu..??

    ReplyDelete