Friday, January 8, 2010

Lawatan Susulan Ke Bukit Merah

Dalam perjalanan pulang ke KL dari Kedah dan Pulau Pinang, saya dan rakan Hamdan Ismail membuat keputusan untuk singgah ke Bukit Merah bagi membuat lawatan susulan ke pusat pembiakan ikan arowana MU Arowana Aquaculture Sdn Bhd . Tujuan lawatan adalah untuk membuat perbincangan dengan En. Fadil, tuan punya MU Arowana, yang merupakan salah sebuah pusat pembiakan ikan arowana atau kelisa terbesar di Semanggol, Bukit Merah. Pertemuan ini diadakan kerana kami merancang untuk merangka suatu strategi perniagaan dengan kerjasama En. Fadil.

Hasil perbincangan sungguh positif, di mana En. Fadil memberi sokongan padu kepada usaha kami untuk merangka suatu rancangan perniagaan bagi mengembangkan industri sokongan penternakan arowana di KL. Kami merancang untuk membeli anak-anak ikan arowana yang baru lahir dari kolam beliau, dan membesarkannya di KL melalui sistem "outsourcing" atau "contract farming", lalu menjual kembali kepada beliau untuk dijadikan induk bagi pembiakan di kolam-kolam beliau.

Dalam perjalanan ke ladang MU Arowana, kami melihat pemandangan yang agak menakjubkan.... tanah-tanah sawah di sekitar Bukit Merah sedang bertukar wajah dan dijadikan kolam penternakan arowana. Jentera-jentera sedang bekerja mengorek tanah bagi dijadikan kolam pembiakan ikan.


Pemandangan di Semanggol, Bukit Merah...tanah-tanah sawah bertukar menjadi ladang pembiakan ikan arowana


Lihat! jentera sedang mengorek tanah untuk dijadikan kolam pembiakan ikan arowana



Industri pembiakan arowana sedang berkembang pesat...  pusat pembiakan arowana sedang dibesarkan



Lagi pemandangan di Semanggil, Bukit Merah.... kolam-kolam pembiakan arowana yang dilindungi dengan tembok konkrit bagi tujuan keselamatan.




Lagi kolam-kolam baru sedang dibina



Salah sebuah pusat pembiakan arowana di Semanggol, Bukit Merah



Seorang pelabur (mungkin) datang melawat kolam yang disewanya untuk tujuan pembiakan ikan arowana



Lagi kolam sedang dibina... kolam akan siap, tetapi di mana nak dapatkan induk-induk arowana bagi pembiakan?



Papantanda ke MU Arowana Aquaculture milik En. Fadil



Pusat pembiakan arowana milik En. Fadil, MU Arowana Aqalclture sedang dibesarkan dengan pembinaan kompleks baru

No comments:

Post a Comment