Hari ini...3 tahun yang lalu....saya melangkahkan kaki ke dunia penternakan kambing dengan kemasukan kumpulan pertama kambing-kambing induk Anglo-nubian kacukan yang berasal dari Myanmar. Setelah 3 tahun, setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan....dengan pelaburan menjangkau ratusan ribu ringgit..Alhamdulillah ladang AsSakinah Agro Farm sudah mempunyai kira-kira 180 ekor induk dari pelbagai baka. Kalau dicampurkan dengan kesemua kambing-kambing lain termasuk jantan dan anak-anak yang dilahirkan, kandang kami kini mempunyai hampir 300 ekor penghuni.
Hari ini...3 Januari 2010, kira-kira setelah 3 tahun melibatkan diri bidang penternakan kambing, dan setelah merasakan pengurusan kandang sudah agak teratur, kini saya melangkahkan kaki sekali lagi ke suatu bidang baru dalam dunia penternakan.
Arowana..ya saya melibatkan diri dalam bidang penternakan ikan hiasan arowana atau juga dikenali oleh orang kita sebagai kelisa. Keputusan saya diambil berikutan lawatan yang saya buat ke kolam pembiakan ikan arowana, MU Arowana Aquaculture, berhampiran Bukit merah, Taiping, Perak dalam bulan Disember lalu.
Memelihara ikan hiasan bukanlah aktiviti baru dalam hidup saya. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi hingga dewasa, saya memang meminati ikan hiasan. Walau bagaimanapun ia sekadar hobi untuk memenuhi waktu lapang dan menghilangkan "stress" akibat tekanan kerja. Tekad kali ini berlainan sekali.... kali ini saya memelihara ikan hiasan untuk aktiviti ekonomi. Arowana saya pilih kerana ia bernilai tinggi.
Langkah pertama bermula pada hari tahun baru 2010 dengan pencarian akuarium dan ikan arowana. Saya menghubungi seseorang bernama Shahbudin yang kebetulan mengiklankan ikan arowananya dalam website pengiklanan Mudah.my. Pertemuan dengan beliau telah membawa saya ke rumah rakan sepejabatnya Zulhashmi yang kebetulan ingin menjual ikan arowana jenis Golden High Back bersaiz kirakira 14inci dengan harga berpatutan kerana beliau ingin bersara dari hobi ini.
Petang hari tahun baru saya terus membuat pembelian sebuah akuarium terpakai bersaiz 5 kaki panjang, 2 kaki lebar serta 2 kaki tinggi. Ia datang bersama set kabinet kayu. Set akuarium ini saya beli dengan harga RM1,300 dengan pengangkutan sendiri dari sebuah kedai akuarium milik 3 orang usahawan muda berbangsa Melayu. Saya sebenarnya telah membuat 'survey' di kedai beliau beberapa hari sebelumnya dan terpaut dengan saiz dan keadaannya yang masih baik.
Pada pagi hari berikutnya, setelah siap dimasukkan air, diberi rawatan anti-klorin dan ditambah dengan 0.5kg garam, sistem akuarium dibiarkan berjalan selama beberapa jam. Setelah air akuarium kelihatan agak stabil, 5 ekor anak ikan lampan serta 3 ekor ikan bandaraya yang baru saya beli dimasukkan ke dalam akuarium ini. Alhamdulillah.... kesemua anak-anak ikan kelihatan sihat dan cergas.
Seterusnya.... pembelian ikan arowana...saya menalipon Zulhashmi.... setelah perundingan harga dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berurusniaga jualbeli arowana Golden High Back tersebut. Temujanji dibuat, dan pada pagi hari ini, 3 Januari 2010, saya bersama rakan karib saya bernama Hamdan, membawa wang tunai RM2ribu ke rumah Zulhashmi dan membawa pulang arowana High Back tersebut ke rumah saya, lantas memasukkannya ke dalam akuarium tersebut.
Hari ini.... 3 Januari 2010...rasmilah saya sebagai penternak ikan hiasan arowana. Semoga jalan seterusnya dipermudahkan oleh Allah swt.
Akuarium berkabinet terpakai yang saya beli dengan harga RM1,300. Di dalamnya ikan arowana 'Golden High Back' bersaiz 14 inci panjang dan berusia kira-kira 14 bulan.
Salam,
ReplyDeleteEn Suhaimi, sy juga berminat nak bela kelisa. Tapi sy zero knowledge.Apa gunanya garam akuarium tu? Adakah garam tu akan dibuang setelah dimasukkan dlm akuarium? Ikan kelisa bukan ikan masin, tak mati ke nanti kalau kita tambahkan garam?