Thursday, February 11, 2010

Lawatan Ke Kamunting, Perak

Assalamualaikum wm wbkh!

Hari Rabu lalu, 10 Febuari 2010, saya sekali lagi bergerak ke Utara bersama rakan akrab Hamdan Ismail. Kali ini kami singgah lagi di MU Arowana, Bukit Merah, untuk melihat perkembangan anak-anak arowana High Back kami yang masih di dalam makmal 'hatchery'. Nampaknya saiz anak-anak arowana ini masih kecil, iaitu kurang dari 3 inci dan masih belum stabil. Kami belum yakin untuk membawanya pulang ke KL, dan adalah lebih baik menunggu sehingga saiznya mencapai 4 inci supaya mereka benar-benar stabil.

Selepas itu, kami bergerak ke Kamunting untuk melawat rumah seorang kenalan berbangsa Cina yang juga terlibat di dalam penternakan arowana, yang kami kenali sebagai Ah Loon. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin rangkaian perniagaan dengan beliau, memandangkan beliau lebih lama berkecimpung di dalam bidang ini. Kami juga berharap untuk mendapat bekalan anak-anak arowana yang sudah stabil, iaitu bersaiz lebih dari 4 inci, dengan harga yang berpatutan.

Susunan tangki-tangki fiber berisi ikan-kan arowana di rumah Ah Loon

Seterusnya Ah Loon membawa kami ke sebuah rumah kedai berhampiran untuk melihat lebih banyak ikan-ikan arowana yang dibelanya. Beliau menyewa rumah kedai tersebut untuk menempatkan ikan-ikan arowana, kerana ruang di rumah beliau agak terhad.

Rakan saya Hamdan Ismail bergambar bersama Ah Loon

Ruang di tingkat 1 rumah kedai ini telah bertukar menjadi kolam arowana

Sistem 'back-up power supply' menggunakan 2 buah bateri, dipasang di rumah kedai ini.

Atas dasar kerjasama perniagaan, Ah Loon menawarkan kami sekumpulan anak-anak arowana High Backs dengan harga istimewa untuk kami jual semula di Kuala Lumpur nanti. Kami mengambil keputusan membelinya dan terus membawa balik ke KL.
Rakan saya Hamdan memunggah bungkusan-bungkusan arowana tersebut ke dalam kenderaan MPV beliau, seterusnya kami membawa pulang ke KL



No comments:

Post a Comment