Tuesday, December 21, 2010

Koleksi Arowana D'Assakinah Disember 2010 - Arowana Merah

 



Chilli Red yang kini bersaiz kira-kira 10inci berasal dari farm di Pulau Pinang. Ia didatangkan dengan chip dan sijil serta diberi jaminan baka chilli red asli. Kuantiti sekarang hanya berbaki seekor.





Di atas ini pula adalah koleksi banjar red, juga bersaiz kira-kira 10 inci. Agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua baka arowana merah di atas hanya melalui gambar atau menerusi kaca akuarium. Hanya pemerhatian secara teliti sahaja dapat membezakan kedua-dua baka ini. Kedua-dua baka ini mempamerkan warna  ekor dan sirip yang kemerahan manakala sisik mereka pula kelihatan berwarna kemerahan dengan warna asas biru (blue base) yang cukup jelas. Kedua-dua baka ini kelihatan hampir sama.
Walau bagaimanapun, pemerhatian teliti menunjukkan chilli red mempamerkan warna merah pada ekor dan sirip yang lebih pekat berbanding dengan banjar red.  Apabila dimasukkan ke dalam bag plastik dan diteliti menerusinya dalam keadaan cahaya yang agak terang, banjar red menunjukkan corak "horse shoe" berwarna kehijauan, yang merupakan corak "typical" baka arowana hijau. Manakala pada badan arowana chilli red, corak ini tidak kelihatan sama sekali.



No comments:

Post a Comment