Friday, September 16, 2011

KOLAM KE-2 SAYA - KOLAM NO.33 BANJAR RED

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Penghantaran Baki Induk Highback bagi kolam no.37
Alhamdulillah.... hari ini saya ke Bukit Merah lagi kerana membuat penghantaran baki 11 ekor induk highback untuk dimasukkan ke dalam kolam no.37.

Salah seekor induk highback matang di dalam FGT yang akan dihantar ke kolam pembiakan
Seekor lagi induk matang dalam FGT yang sama
Induk dimasukkan ke dalam bag plastik untuk di'packing'
Sesampai di ladang, induk ini dilepaskan ke dalam kolam no.37, masih berenang-renang di permukaan air kerana belum menyesuaikan diri dengan air yang baru
Cerita selanjutnya selepas "Jump Break" ...



Bersama 2 ekor lagi induk lain
Induk berenang-renang di gigi air
Rakaman video induk highback kumpulan ke-2 yang baru dilepaskan ke dalam kolam no.37. Kelihatan beberapa ekor dari kumpulan ini berenang-renang di permukaan air, sedangkan induk yang masuk lebih awal tidak lagi kelihatan bermain di permukaan. Jaring dipasang buat smentara waktu untuk mengelakkan pendatang baru dibuli oleh 'senior'.


Penghantaran Induk Separa Matang Banjar Red
Di samping itu, saya juga menghantar 18 ekor induk pra-matang Banjar Red. Semua induk banjar red ini dimasukkan ke dalam kolam lain bernombor 33. Jadi, sekarang ini saya sudah memiliki 2 buah kolam... Alhamdulillah...

Permintaan untuk anak-anak banjar red adalah tinggi, terutama untuk diekspot ke Thailand, Vietnam, dsb. Harga borong di ladang bagi anak-anak banjar red lepas yolk (saiz kira-kira 3 inci) adalah di sekitar RM150, suatu nilai yang agak tinggi, jika dibandingkan dengan ikan-ikan hiasan lain.

Saya bercadang untuk menambah bilangan induk Banjar Red ini di masa akan datang. Jadi, sesiapa yang mempunyai induk Banjar Red berusia 2 tahun ke atas, bolehlah hubungi saya untuk ditukar dengan anak-anak HB atau MG dari stok jualan saya.

Saya juga masih mencari induk HB matang, untuk menambah bilangan kolam HB saya, juga untuk dikongsikan dengan sesiapa yang berminat memiliki kolam. Bagi kolam HB no.37, saya sudah pun mendapat rakan kongsi.


Induk-induk pra-matang banjar red sedang dibungkus untuk dihantar ke kolam pembiakan

Rakaman video arowana banjar red beberapa minit selepas dilepaskan ke dalam kolam no.33

Rakaman ke-2 banjar red di dalam kolam no.33



No comments:

Post a Comment