Thursday, January 19, 2012

LAGI INDUK HIGHBACK MASUK KOLAM - KOLAM 14

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Semalam 18 hb Januari 2012, saya sekali lagi ke Bukit Merah untuk menghantar 5 ekor induk highback ke kolam di ladang arowana Bukit Merah.

Lima ekor induk arowana highback matang berusia kira-kira 3 tahun siap dibungkus untuk dihantar ke Bukit Merah


Kelima-lima ekor induk sudah dimasukkan ke dalam kenderaan dan siap untuk mengharungi perjalanan ke Bukit Merah yang mengambil masa lebih 3 jam

Kenderaan dan siap dan pemandu pun dah bersedia...perjalanan dimulakan dan kami dijangka tiba dalam tempoh kurang dari 4 jam 

 Setiba di ladang , induk ini terus dikeluarkan dari kenderaan untuk dimasukkan ke dalam kolam.
Kolam No. 14  yang sudah mempunyai 20 ekor penghuni lain dari baka yang sama iaitu highback, merupakan destinasi terakhir induk-induk yang baru tiba ini. Sekatan jaring telah siap dipasang untuk mengasingkan antara penghuni lama dan baru untuk tempoh beberapa minggu untuk mengelakkan risiko pergaduhan
Induk highback dikeluarkan dari bungkusan plastik untuk dipasang mikrocip terlebih dahulu
Mikrocip dicucuk ke badan induk highback ini
Masih pening-pening lalat setelah dimasukkan mikrocip kerana kesan ubat pelali "transmore"
Salah seekor dari 5 ekor induk tersebut ... masih berenang-renang di permukaan air kerana belum sesuai dengan persekitaran baru


Untuk makluman, kesemua 5 ekor induk ini telah pun dibeli oleh seorang pelanggan dari Melaka yang telah menyertai Skim Pawah Arowana kami,

Bagi sesiapa yang berminat menyertai Skim Pawah, kami masih mempunyai satu kolam induk highback pra-matang mengandungi 22 ekor untuk ditawarkan. Untuk mengetahui harga, terma-terma serta syarat-syaratnya, sila hubungi kami di talian 017-2479274 atau email kepada assakinahagro@gmail.com

No comments:

Post a Comment