Monday, February 27, 2012

UBAHSUAI BAGI RUANGAN FGT

Assalamu'alaikum wm wbkh..
Akhir-akhir ini saya agak sibuk kerana mengawasi kerja-kerja ubahsuai kecil yang dlakukan di rumah saya bagi membesarkan ruangan bagi pemeliharaan arowana. Saya merancang menyediakan ruangan khas bagi menempatkan tangki fiber atau Fiber Glass Tank (FGT) dan memindahkan FGT ini dari 'showroom' sedia ada. Ruangan baru ini akan digunakan  bagi projek pemeliharaan arowana di dalam 'community tank' untuk dijadikan induk, di samping untuk 'tanning' anak-anak arowana.

Alhamdulillah... kini kerja-kerja ubahsuai sudah siap sepenuhnya. FGT besar bersaiz 8 kaki x 4 kaki yang berjumlah 2 buah kesemuanya telahpun di pindahkan ke ruangan baru ini,  dan kini salah sebuah darinya sudah pun bersedia untuk menerima kehadiran ikan-ikan arowana bagi digunakan sebagai 'community tank'. Manakala yang sebuah lagi belum dapat digunakan kerana menunggu ketibaan alas 'styrofoam' kerana saya berhasrat untuk meninggikan sedikit aras kedudukannya.

FGT kecil yang bersaiz 4 kaki juga belum dapat digunakan kerana saya masih menunggu ketibaan rak-rak besi yang baru ditempah. Rak ini akan digunakan sebagai 'stand' bertingkat bagi FGT bersaiz 4 kaki, bertujuan untuk memaksimakan penggunaan ruang yang ada. Kalau tiada aral, kesemua 6 buah rak besi yang ditempah ini akan tiba pada hujung minggu ini, dan saya akan dapat menggunakan kesemua 12 buah FGT ini menjelang minggu depan, insyaallah.

Pemandangan dari dalam ruangan tambahan bagi menempatkan FGT

Ini pula pemandangan dari luar
Lagi pemandangan dari luar ruangan tambahan yang baru disiapkan
Kedudukan asal FGT bersaiz 8 kaki yang terletak di dalam ruangan 'showroom' sebelum dpindahkan
Salah sebuah FGT besar sudah pun dipindahkan ke ruangan baru ini

  Sekumpulan arowana super highback kini menjadi penghuni 'comm tank' ini
FGT kedua pula selesai dipindahkan ke ruangan ini
 

Gambar-gambar terkini 'showroom' kami yang kelihatan lebih lapang setelah 2 buah tangki fiber( FGT) bersaiz besar dipindahkan keluar
 

 Ruang showroom kini lebih lapang... dan bersedia untuk menerima 'facelift' dalam projek berikutnya, insyaallah. Tapi buat sementara ini, keadaannya masih belum kemas

No comments:

Post a Comment