Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
di bawah ini saya paparkan gambar seekor arowana Malaysia Gold dari koleksi istimewa dengan 2 baris chu halus
| Malaysia Gold bluebase bersaiz kira-kira 13 inci, usia kira-kira 13 bulan. Sisik emas sudah mula membaluti paras ke 6 tetapi belum bercantum (belum cross) |
| Warna bluebase belum keluar sepenuhnya, perlu berada lebih lama dalam akuarium berlatarbelakang gelap untuk menyerlahkan warna 'base'nya |
![]() |
| 'Pearls' atau 'chu' iaitu sisik halus keemasan. Kelihatan 'chu'nya sebanyak 2 baris bersaiz kecil dan tersusun rapi (premium grade) |
| Mata sebelah kiri 'perfect', alhamdulillah ... |
| Malang sedikit, mata sebelah kanan ni juling ke bawah sedikit... perlu dirawat |
Ada sesiapa yang minat? Kalau minat dan ingin mengetahui harga jualan, sila hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj Suhaimi)


No comments:
Post a Comment