Thursday, September 13, 2012

Si Bongkok Sabut

Assalamu'alaikum wm wbh...
Si Bongkok Sabut di bawah ini adalah seekor arowana dari baka highback golden yang merupakan salah seekor dari koleksi kami di Assakinah Arowana.

Rakaman video...


Si Bongkok ini sebenarnya dilahirkan normal. Ia tiba-tiba menjadi bongkok pada suatu hari selepas kami melakukan kerja-kerja 'WC' (water change atau pertukaran air akuarium), ketika ia bersaiz kira-kira 5 inci. Kini, Si Bongkok ini sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan bersaiz kira-kira 16 inci. Besar kemungkinan ia menjadi bongkok sedemikian kerana perubahan suhu air secara mendadak ketika kerja-kerja WC tersebut.

Sebenarnya terdapat beberapa ekor lagi rakannya di dalam akuarium yang sama yang turut menjadi bongkok, tetapi kesemua yang lain pulih semula dan kembali lurus seperti biasa selepas beberapa hari. Kesemua mereka adalah dari induk yang sama dan dari satu batch yang sama ('satu mulut').


Gambar-gambar Si Bongkok


Untuk makluman semua, Si Bongkok ini adalah sebahagian dari koleksi kami dan ia bukanlah untuk dijual.

No comments:

Post a Comment