Friday, September 30, 2011

HARVEST KOLAM P14 SG. SIPUT

Assalamualaikum wm wbkh!
Berikut dipaparkan gambar-gambar 'harvest' induk mg crossback di sebuah ladang arowana di Sg. Siput. Ladang ini merupakan salah satu pembekal utama anak-anak arowana kepada kami di Assakinah Arowana Aquaculture.
Untuk makluman semua, ladang arowana di Sg. Siput menggunakan sumber air bukit yang terdapat di sekeliling ladang ini. Berbeza dengan ladang-ladang di Bukit Merah yang menggunakan sumber air dari taliair yang bersambung dengan Tasik Bukit Merah dan bersumberkan Sungai Kerian.



Alhamdulillah ... hasil diperolehi


Saturday, September 24, 2011

STOK JUALAN DAN HARGA TERKINI 24 SEPTEMBER


Assalamu'alaikum wm wbkh kepada semua penggemar arowana!

Berikut adalah senarai stok terkini dan harga tawaran kami:

1. MG Crossback Bluebase Gred AAA Saiz 10 inci RM3,300                                 Baki 4 Ekor Sahaja

2. MG Crossback Bluebase Gred AAA Saiz 7 inci RM2,600                               Baki 10 Ekor Sahaja
 

Tawaran selanjutnya selepas "Jump Break" ...

Friday, September 16, 2011

KOLAM KE-2 SAYA - KOLAM NO.33 BANJAR RED

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Penghantaran Baki Induk Highback bagi kolam no.37
Alhamdulillah.... hari ini saya ke Bukit Merah lagi kerana membuat penghantaran baki 11 ekor induk highback untuk dimasukkan ke dalam kolam no.37.

Salah seekor induk highback matang di dalam FGT yang akan dihantar ke kolam pembiakan
Seekor lagi induk matang dalam FGT yang sama
Induk dimasukkan ke dalam bag plastik untuk di'packing'
Sesampai di ladang, induk ini dilepaskan ke dalam kolam no.37, masih berenang-renang di permukaan air kerana belum menyesuaikan diri dengan air yang baru
Cerita selanjutnya selepas "Jump Break" ...

Monday, September 12, 2011

KOLAM PERTAMA SAYA - KOLAM NO.37 HIGHBACK

Assalamu'alaikum wm wbkh!...
Sabtu 10 September 2011, iaitu 2 hari lalu, merupakan hari yang sungguh istimewa dan penuh bersejarah bagi saya. Pada hari itu, saya bersama isteri bergerak ke Utara. Destinasi kami adalah ladang pembiakan arowana milik rakan saya, Encik Alang Wahi, terletak di Bukit Merah. Sesampai di sana, kebetulan pengurus ladang, Encik Zul bersama beberapa orang pekerja beliau sedang bersiap sedia untuk memulakan aktivit harvest sebuah kolam highback. Saya turut menyaksikan aktiviti harvest tersebut dan sempat membuat rakaman video aktiviti tersebut. Rezeki menyebelahi mereka kerana mendapat 47 biji telur (yolk).

Selesai harvest, saya berbincang dengan En. Zul tentang induk arowana highback matang yang saya bawa di dalam kenderaan Sorento saya, untuk dilepaskan di dalam kolam di sana. Encik Zul telah 'allocate' sebuah kolam kosong bernombor 37 untuk ikan-ikan saya. Beliau dan pekerja-pekerjanya sebagai kakitangan ladang arowana ini akan membela dan menguruskan ikan-ikan tersebut bagi pihak saya, dan sebarang hasil yang diperolehi akan dikongsi secara samarata antara saya dengan syarikat milik En Alang Wahi ini.

Pekerja-perkerja beliau yang semuanya ramah dan mesra membantu saya mengeluarkan bag-bag plastik mengandungi induk-induk highback tersebut dan menempatkannya ke dalam kolam. Setelah itu, bag-bag tersebut mulai dibuka dan induk-induk arowana tersebut mulai berenang keluar ke dalam kolam yang luasnya kira-kira 25 kaki x 50 kaki. Tentunya ikan-ikan ini merasa sangat gembira dan senang kerana tempat tinggal mereka kini bukan lagi tangki kecil, tetapi kolam yang berkali ganda lebih besar. Sebanyak 10 ekor induk telah dilepaskan untuk tujuan pembiakan, manakala baki antara 10 hingga 12 ekor lagi akan dihantar dalam tempoh beberapa hari lagi.

Inilah kolam no.37 yang menjadi habitat baru induk-induk highback saya


Di bawah ini adalah rakaman video yang saya ambil ketika aktiviti melepaskan induk-induk HB tersebut.


Rakaman terakhir di atas menunjukkan baki 10 ekor lagi induk arowana highback saya yang masih berada di dalam fibertank di showroom saya. Induk-induk di atas berusia antara hampir 2 tahun ke kira-kira 2 1/2 tahun. Saya merancang membawa induk-induk ini untuk ditempatkan bersama dengan induk di atas di dalam kolam 37 dalam masa beberapa hari algi, insyaallah


Setelah hampir 2 tahun bergiat secara serius dalam bidang perniagaan arowana, saya akhirnya berjaya memiliki sebuah kolam pertama saya.... kolam Highback. Semuanya dengan izin Allah.... Alhamdulillah..... Walau bagaimanapun, saya bercadang untuk berkongsi kolam ini dengan seorang rakan peminat arowana, seorang pensyarah dari UiTM Arau Perlis.

Kemaskini 21September 2011 - Kolam HB No.37 ini yang mengandungi 22 ekor induk, kini menjadi milik bersama saya dengan seorang pensyarah UiTM Arau, Perlis, dengan perkongsian 50:50.



Thursday, September 8, 2011

KAEDAH MENGIRA ISIPADU AIR AKUARIUM

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Seorang pengunjung blog ini telah menghantar sms pada saya meminta panduan tentang kaedah mengira isipadu air akuarium. Jadi, di bawah ini saya perturunkan panduan tersebut:

1 kaki adalah bersamaan dengan kira-kira 30cm atau 0.3m,
jadi, bagi akuarium bersaiz 4 kaki lebar, 2 kaki panjang (depth) dengan ketinggian air 2 kaki, maka :

Isipadu air
= 4ka (L) x 2ka (P) x 2ka(T)
= (4x0.3)m x (2x0.3)m x (2x0.3)m
= 1.2m x 0.6m x 0.6m
= 0.432 meter padu

1 meter padu bersamaan dengan 1000 liter
Jadi,
0.432 meter padu bersamaan dengan 432 liter ( = 432 L)


Kaedah di atas bolehlah digunakan untuk mengira isipadu anti-klorin atau atau sebarang ubat untuk dimasukkan ke dalam akuarium anda.

Kuantit antiklorin yang perlu dimasukkan ke dalam air akuarium adalah bergantung kepada produk antiklorin tersebut. Anda perlu melihat pada botol atau kotak produk antiklorin tersebut untuk mengetahui sukatan yang disyorkan oleh pengeluar.



Thursday, September 1, 2011

ANAK AROWANA HIGHBACK - HARGA BORONG TERBARU RM420


Assalamu'alaikum wm wbkh!
Selaras dengan kadar pengeluaran anak-anak arowana yang agak tinggi pada masa kini, kami di Assakinah Arowana dengan kerjasama ladang arowana milik rakan perniagaan kami, kini menawarkan harga runtuh bagi belian borong anak-anak highback yang baru lepas 'yolk' :

Harga tawaran kami adalah seperti berikut:

1. Kuantiti minima 100 ekor - RM420
2. Kuantiti minima 50 ekor - RM440
3. Kuantiti minima 20 ekor - RM460
4. Kuantiti minima 10 ekor - RM480
5. Kuantiti minima 5 ekor - RM500

 



1. Pembelian minima : 5 ekor
2. Stok terhad : 100 ekor sahaja... tawaran sah sementara stok masih ada
3. Stok masih berada di ladang di Perak.
4. Deposit 30% dari jumlah harga diperlukan bagi setiap tempahan.
5. Tempoh minima ketibaan stok : 1 minggu dari tarikh tempahan.

Kami juga menawarkan Anak Arowana Super Highback Gred AAA (anak hasil dari induk jantan Crossback Bluebase) dengan harga runtuh RM900 seekor (minima 10 ekor). 


"We bring the farm closer to you.... "

Berminat hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)



Sunday, August 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 'EIDUL FITRI

Assalamu'alaikum wm wbkh!


InsyaAllah kita akan menyambut Eidul Fitri tak lama lagi, kemungkinan besar pada hari Selasa ini, iaitu 30 Ogos 2011.

Kami di Assakinah Arowana mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri pada semua pengunjung blog ini khasnya dan kepada semua umat Islam amnya.

Semoga kita berjaya menghabiskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada dengan pengisian yang bermakna. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberi kita seribu keberkatan dari sisi Allah, dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!!

Monday, August 22, 2011

RAHSIA DAUN KETAPANG

Assalamu'alaikum wm wbkh kepada semua pengunjung ...
Saya terjumpa iklan di bawah mengenai daun ketapang di web pengiklanan 88dB.com. Saya tidak pasti setakat mana kebenaran mengenai dakwaan kebaikan daun ketapang ini, tetapi sememangnya ia digunakan secara agak meluas salam pemeliharaan arowana.

AWAS!!! : Penggunaan daun ketapang secara berlebihan akan menyebabkan pH air turun mendadak, dan boleh membahayakan arowana.

Saya sebarkan iklan tersebut di sini sebagai panduan peminat-peminat arowana semua. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui labih lanjut atau membeli daun ketapang ini bolehlah menghubungi pengiklannya.

Sumber:   http://my.88db.com/Pets/Special-Offer/ad-485011/

 RAHSIA DAUN KETAPANG RM0.25Cara murah merawat air akuarium.  Jangan membazir wang.  Gunakan sumber asli dari daun ketapang kering bagi menggantikan Blackwater.  Saya cuma gunakan daun ini bagi bantuan pemeliharaan ikan Arowana.  Alhamdulillah ia amat berkesan, selamat, mudah dan murah.  Tak perlu lagi menggunakan ubatan dari kedai untuk rawatan akuarium yang sememangnya amat mahal!  Bagi menjernihkan air, gunakan lampu UV dengan kekuatan 10w.
Awas sebarang ubatan ikan yang menghasilkan air berwarna hijau boleh mengakibatkan risiko barah.  Berhati-hatilah kalau ada luka di jari atau tangan semasa menguruskan air akuarium kerana dari situlah bahan kimia itu memasuki tubuh! – Sumber “kursus pemeliharaan ikan hiasan”
PETUA 1001 – IKAN SIHAT
Jika ikan peliharaan seperti Arowana, Guppy, Beta, Tetra, Gourami, Apistos ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkan sehelai daun ketapang.  Ia adalah sumber perubatan kepada ikan atas sebab:
i.          Turunkan pH air beralkali
ii.         Menyingkirkan bacteria dan bahan kimia berbahaya
iii.       Menyerap logam ferum dan mangan
iv.       Menciptakan kondisi air nyaman bagi ikan peliharaan
Ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik spt humic dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan kondisi air yg nyaman bagi ikan / udang peliharaan seolah spt habitat asal di sungai atau paya.  Asid yg dikeluarkan berupaya membunuh bacteria dalam akuarium.

ATURAN
Bilas daun sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium.  Selepas 1-2 hari daun akan tenggelam.  Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air.  Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan.  Alihkan daun selepas 10 hari digunakan.  Cadangan 1 daun untuk 20 liter air.
BLACKWATER
Rebus daun bagi menghasilkan pati blackwater dan gunakan bila perlu.  Blackwater juga boleh terhasil dari rendaman daun selama 10 hari.
TEMPAHAN
Kepada yg berminat menggunakan daun ketapang boleh dapatkan bekalan:

Lokasi     : Tm Angkasa Indah, Kajang Selangor
Kualiti     : Fair Condition & NOT treated
Saiz        : 5” – 12”
Kuantiti   : 80 helai, RM20 (PosLaju free)
Bank       : Maybank (MBB) : 1020 2754 1793 (Abd Samad Mohtar)
Tel/SMS  : 019 6327 567 / 012 3515 329
Email       : asmkajang@yahoo.com
 
 
 

Saturday, August 20, 2011

Tanning Dan White Tank Treament

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Atas permintaan beberapa orang pengunjung blog ini, saya terangkan di sini mengenai 2 istilah penting dalam pembelaan ikan arowana, iaitu 'tanning' dan white tank treatment. Di samping itu saya cuba jelaskan juga bagaimana teknik White Tank Treatment atau WTT ini dilakukan untuk panduan pengunjung semua.

1. Tanning

'Tanning' adalah perkataan inggeris yang membawa maksud 'mendedahkan kulit kepada sinaran cahaya matahari'. Dalam konteks pembelaan arowana, 'tanning' bermaksud mendedahkan ikan arowana sejak bersaiz kecil kepada cahaya lampu. Arowana dibela di dalam persekitaran di mana cahaya lampu putih yang sangat terang dipasang untuk tempoh yang lama.

Tujuan 'tanning' adalah untuk membantu mempercepatkan proses 'tumbuh'nya sisik emas dan 'chu' ('chu' adalah sisik halus di bawah sirip 'dorsal' yang dilitupi emas). Ini adalah kerana arowana mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun untuk matang, dan dalam keadaan biasa di mana arowana dibela di dalam akuarium di rumah, sisik emas serta 'chu' biasanya akan keluar sepenuhnya hanya selepas arowana ini matang. Harus difahami, di alam semulajadi iaitu di dalam sungai, ikan-ikan arowana sentiasa terdedah kepada pancaran cahaya matahari yang terang selama kira-kira 12 jam sehari di dalam aliran air yang jernih.


2. WTT (White Tank Treatment)
WTT atau 'White Tank Treatment' bermaksud memelihara arowana di dalam persekitaran yang cerah/terang atau persekitaran berwarna putih. Kebiasaannya, bagi melakukan teknik ini, arowana dibela sejak kecil didalam tangki fiber berwarna putih.

Teknik 'tanning' atau memasang lampu semata-mata tidak memberikan kesan optimum sekiranya arowana dibela di dalam persekitaran gelap. Teknik WTT ini membantu memberikan kesan optimum kepada proses 'tanning'.



Teknik WTT di mana tangki fiber putih tanpa tingkap kaca dan dipasang dengan lampu putih berkeamatan tinggi



Biasanya, WTT boleh dimulakan sejak anak arowana bersaiz kira-kira 3 inci, di mana pada peringkat awalnya, pencahayaan dibuat secara sederhana sahaja untuk mengelakkan anak-anak arowana mengalami 'stress'. Keamatan cahaya harus ditambah dengan cara menambah bilangan mentol lampu apabila anak-anak arowana ini semakin besar.

Anak-anak arowana gold dan arowana merah (red arowana) adalah sangat sesuai dibela menggunakan teknik WTT ini.

Lampu apa yang sesuai digunakan?
Apa-apa jenis lampu boleh digunakan, yang penting cahaya lampu mestilah putih dan terang. Lampu mentol bulat spiral, lampu panjang jenis t4 (lampu rumah) atau t5 (lampu panjang yang halus) pun boleh digunakan juga.

Selain dari WTT, untuk membantu sisik arowana kelihatan berkilau dan menyerlah, adalah perlu untuk memberikan secara berkala atau konsisten vitamin seperti 'arowana vital'.






Saturday, August 13, 2011

BABY HIGHBACK HARGA LADANG RM450

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinah Arowana menawarkan harga ladang bagi belian borong anak-anak highback baru lepas 'yolk' :

1. Kuantiti minima 50 ekor - RM450
2. Kuantiti minima 30 ekor - RM470    RM450

3. Kuantiti minima 20 ekor - RM480




Pembelian minima : 20 ekor
Stok terhad : 200 ekor sahaja... tawaran sah sementara stok masih ada

"We bring the farm closer to you.... "

Berminat hubungi saya di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)



Friday, August 12, 2011

RAMADHAN SALE -Part 2 : Arowana MG Crossback

MG Crossback Bluebase Grade AA Saiz 8 inci

    - Harga : RM2,500 seekor   RM2,250
    - Baki 14 ekor sahaja   
    - saiz terkini - antara 8 inci
    - 'chu' sudah kelihatan
    - lengkap dengan cip

Ciri-ciri induk :

i. Induk adalah crossback bluebase
    - iaitu sisik emas 'cross' di paras 6
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat terang, dan bluebase pada sisik juga sangat terang
iii.  "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" 2 baris yang sederhana halus dan tersusun rapi
iv. ikan dari kolam di Perak





Gambar-gambar di atas adalah selepas 4 hari arowana ini dimasukkan ke dalam tangki akuarium latarbelakang putih


Gambar-gambar di bawah pula adalah stok arowana yang sama yang berada di dalam 'white fibre tank'




Di bawah ini dipaparkan gambar sebahagian dari induk-induk crossback dari kolam yang membekalkan anak-anak arowana kepada kami.

Ini adalah contoh salah seekor MG Crossback bluebase Gred AA dari farm ini, tetapi bukan induk sebenar anak-anak di atas
Lagi contoh Induk crossback bluebase dari farm ini. Warna bluebase arowana ini amat terang. Walau bagaimanapun warna bluebase tidak dapat dilihat dengan jelas akibat sinaran terik matahari. Gambar di ambil kira-kira jam 12 tengah hari.

Berminat sila kunjungi showroom kami atau hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi) untuk keterangan lanjut.





Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN SALE !!! - Diskaun Untuk Highback dan Super HB

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Kami di Assakinah Arowana kini mengadakan jualan sempena  Ramadhan bagi mengurangkan inventori sebelum ketibaan Syawal yang bakal menjelang ... Diskaun besar diberikan.

Stok yang terlibat dengan adalah Higback dan Super Highback.

Keterangan adalah seperti berikut:
1. Super Highback Bluebase Saiz 10 inci
Harga RM1,500
Harga Selepas Diskaun RM1,250
2. Highback Saiz 10 inci:
Harga RM1,000
Harga Selepas Diskaun RM850


Keterangan lanjut:

1. Super Highback Golden Bluebase (Induk jantan MG Bluebase) 
    Saiz 10 inci  

    - harga RM1,500 seekor   RM1,250
    - diskaun akan diberi bagi pembelian 3 ekor ke atas
    - induk jantan adalah MG, induk betina tidak pasti samaada MG atau Super Highback
    - saiz kira-kira 10 inci
    - gold ring sehingga ke baris 5 sudah penuh dan nampak jelas
    - bluebase juga sangat jelas, terutamanya pada baris 4
    - kuantiti : 20 ekor

Nota: Sesetengah farm masih mengkategorikan arowana ini sebagai "Malaysia Golden 2nd Grade"

 
 

Gambar-gambar di atas SHB kami setelah 4 hari dimasukkan ke dalam tangki akuarium berlatarbelakang gelap.  Pada tarikh hari ini, genaplah 12 hari arowana SHB ini berada dalam tangki gelap


Gambar-gambar di bawah adalah semasa berada di dalam 'white fiber tank'

 
 


Ciri-ciri induk :

 i. induk jantan adalah MG BB dengan "chu" penuh.
 ii. induk betina kurang pasti (samaada MG BB atau Super Highback BB), terdapat 13 ekor induk MG dan hanya 7 ekor Super HB di dalam kolam ini, kesemuanya dengan Bluebase agak pekat.
 iii. Sisik emas induk meliputi hingga ke paras 6, tetapi tidak cross (bukan crossback)
 iv. warna emas (gold intensity) pada 'frame' atau 'ring' sangat pekat, dan bluebase pada sisik juga sangat pekat
 v. "Chu" - secara umumnya induk ada "chu" satu atau 2 baris
 vi. ikan dari kolam di Perak

Induk jantan sebenar yang mensenyawakan telur-telur yang menghasilkan anak-anak super highback bluebase di atas. Ia adalah seekor MG dengan "chu" penuh. Terdapat 12 ekor lagi induk MG di dalam kolam ini. Induk betina yang menghasilkan telur tidak dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun, di dalam kolam ini terdapat 13 ekor MG Bluebase dan hanya 7 ekor Super highback Bluebase
Induk yang sama, kelihatan chu sudah penuh
Salah seekor dari 13 ekor MG Bluebase dari kolam ini, kelihatan sisiknya sudah cross sepenuhnya, iaitu ia seekor MG Crossback


2. Highback Golden (Bluebase) Saiz 10 inci
     - harga RM1,000 seekor  RM850
     - saiz kira-kira 10 inci
     - gold ring di baris 5 sudah mulai kelihatan
     - kuantiti: 14
     - diskaun bagi pembelian 3 ekor ke atas
  
 
 

Nota: ada juga sesetengah2 farm yang masih mengkategorikan arowana seperti ini sebagai "highback quality" atau "super highback" berdasarkan ciri-ciri induknya, iaitu seperti di bawah:


Ciri-ciri induk :

i, Induk Highback mempunyai sisik emas paras 5 penuh
ii. warna emas (gold intensity) pada 'frame' juga agak pekat, tidak pudar
iii. bluebase juga boleh tahan pekatnya 
iv. ikan dari kolam di Perak


Contoh induk Highback dari farm yang menghasilkan anak-anak Highback ini


Berminat sila hubungi kami di talian 017-2479274 (Hj. Suhaimi)