Thursday, February 4, 2010

Melengkapkan Tangki Fiber

Assalamualaikum wm wmkh kepada semua pengunjung blog ini...
Hari ini saya berkesempatan menyambung kembali projek tangki fiber saya. Perkara-perkara yang belum dibereskan iaitu mendapatkan penutup tangki, memasang sistem paip alirmasuk dan alirkeluar, pencahayaan serta pemasangan pam air akan cuba saya selesaikan hari ini. Awal pagi lagi saya sudah ke kedai hardware untuk mendapatkan peralatan paip pvc bagi melengkapkan sistem paip. Untuk penutup tangki pula, saya mengambil keputusan menggunakan 'table top' jenis pvc yang senang didapati di mana-mana kedai perabot kerana harganya yang murah, dan dalam masa yang sama 'it fits the purpose'.

Bagi pencahayaan, saya memutuskan untuk menggunakan  set 'downlight'. Kebetulan rangka meja sangat sesuai untuk dipasang dengan lampu jenis ini tanpa perlu menebuk lubang tambahan. 


Peralatan untuk memasang sistem paip fiber tank

Seterusnya memasang penutup fiber tank di mana table top jenis PVC digunakan, dilengkapkan dengan PVC trunking



Sistem lampu menggunakan set lampu downlight

Sistem paip bagi membolehkan pengguna menukar air dengan cara sistematik

Sistem tangki fiber kini sudah lengkap dan berfungsi dengan sempurna 

Ikan lampam dilepaskan dan dibela sebagai indikator untuk menguji tahap kesesuaian air, sebelum dimasukkan anak-anak arowana


Alhamdulillah.. setelah hampir sehari suntuk bekerja, saya berjaya melengkapkan dua buah tangki fiber saya, dan esok saya bercadang untuk menyiapkan dua buah lagi.


5 comments:

  1. salam En suhaimi
    sy da tgk blog en
    tahniah semoga terus berjaya..
    sy ni minat tu adala nak membela ni..

    tp modal xda.
    simpan duit ckt2.he3
    ilmu tentang membela pun kurang
    nk tanya fiber tank 4x2x2 wape kos ek?

    ReplyDelete
  2. Salam En. Syukri...
    terima kasih atas dorongan saudara. Fiber tank putih yang ada tingkap kaca ni saya order dari kilang di Penang melalui ejennya. Sekali order 10 biji.

    Kalau minat, boleh beli dari saya. Email saya ye...

    ReplyDelete
  3. salam..
    da siap ke psg semua tank?

    klau sy nak order fbr tank dr penang..
    En boleh bg no contact x.
    trm ksh

    ReplyDelete
  4. Wsalam..
    En. Syukri, saya order dari KW Aqua, KL. Saya tak ada contact no kilang di Penang.

    ReplyDelete
  5. Salam... saya dari TerajuCorp Fibreglass Products, Ipoh, Perak. TerajuCorp menghasilkan produk-produk dari fibreglass seperti tangki ikan (pelbagai untuk aquaculture) dan sebagainya. Kalau berminat untuk tempahan atau menjadi ejen boleh hubungi TerajuCorp.
    Email : terajucorp@yahoo.com
    Phone : 605-3214990 / 012-5216388
    Fax : 605-3217648
    Sekian...Terima Kasih

    ReplyDelete