Thursday, June 16, 2011

Pemeriksaan Mulut Arowana Kolam HB pada 14 Jun 2011

Assalamu'alaikum wm wbkh!

Di bawah ini dipaparkan pula aktiviti pemeriksaan mulut untuk tujuan 'harvest' di kolam highback yang dijalankan pada 14 Jun lepas di sebuah ladang arowana yang merupakan pembekal utama anak-anak arowana kepada kami. Kolam ini mengandungi 38 ekor induk, 28 darinya adalah induk highback manakala 10 ekor lagi adalah induk gold (mg). Walau bagaimanapun, tiada hasil dapat di'harvest' kali ni... takde rezeki ....







Perhatikan kualiti induk arowana highback di atas, kesemuanya mempunyai sisik emas (gold ring) di baris 5 pada usia sekitar 3 tahun lebih iaitu di peringkat awal kematangan. Sesetengah ladang arowana mengkategorikan induk seperti ini sebagai 'highback quality' atau 'super highback' dan anak-anak hasil tuaiannya dijual dengan harga lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kami mengkategorikannya sebagai highback sahaja, kerana arowana 'super highback' kami mempunyai kualiti yang lebih tinggi dari segi keamatan warna sisik, 'chu' serta keamatan 'bluebase'nya.





No comments:

Post a Comment