Tuesday, June 14, 2011

Pemeriksaan Mulut Arowana Kolam Super Highback Pada 14 Jun 2011

Assalamu'alaikum wm wbkh kpd semua penggemar arowana!

Pagi semalam saya berpeluang menyaksikan aktiviti memeriksa mulut arowana untuk tujuan 'harvest' di salah sebuah ladang arowana yang terletak di negeri 'Pasir Berdengung' iaitu Perak Darul Ridhwan. Ladang ini merupakan pembekal utama anak-anak arowana kepada kami di AsSakinah Arowana. Di bawah ini saya paparkan rakaman tersebut untuk tatapan semua pengunjung blog ini.












Tuan puan boleh perhatikan kualiti induk-induk arowana dalam kolam Super Highback ini. Ia mengandungi 13 ekor MG dan 7 ekor Super Highback, kesemuanya bluebase. Walau bagaimanapun, keadaan air yang keruh akibat hujan pada awal pagi menyebabkan kita tidak dapat melihat warna bluebase dengan jelas.

Kali ini kami tidak mendapat apa-apa hasil dari kolam ini. Seekor induk jantan MG dari kolam ini telah memberikan hasil dan di'harvest' kira-kira 2 bulan lepas. Kepada yang berminat, sila lihat posting sebelum ini yang memaparkan gambar induk MG ini serta iklan jualan anak-anak arowana Super Highback Bluebase.

Saya akan 'upload' rakaman video untuk kolam highback pula nanti, InsyaAllah.

So stay tuned ...........





No comments:

Post a Comment