Sunday, July 31, 2011

Mudah.my is back!!! - Thanks To ...

Assalamu'alaikum wm wbkh!
Laman web iklan mudah.my kini menerima semula iklan berkaitan arowana untuk disiarkan di laman web berkenaan.

Terimakasih kepada rakan peniaga dari Pulau Pinang, iaitu Mr.Khoo yang telah berusaha mengatasi masaalah ini dengan menulis panjang lebar kepada pengurusan mudah.my. Alhamdulillah, akhirnya pihak pengurusan web berkenaan menerima penjelasan Mr.Khoo dan membenarkan iklan berkaitan arowana disiarkan semula.

Sebelum ini saya ada menghantar email ringkas kepada pihak pengurusan mudah.my berkenaan isu CITES yang dibangkitkan oleh pengendali web berkenaan, tetapi penjelasan saya tidak diterima.

Mr.Khoo menghubungi saya melalui blog ini iaitu di link di bawah:

http://arowana-assakinah.blogspot.com/2011/07/mudahmy-tiada-lagi-iklan-arowana.html

Seterusnya dalam perbualan telefon saya dengan Mr.Khoo pada 26 Julai lalu, beliau menerangkan bahawa beliau telah berjaya meyakinkan pengurusan laman web berkenaan dan mudah.my akan menyiarkan semula iklan berkaitan arowana.

Saya perhatikan sejak dua tiga hari lepas, mudah.my mula menyiarkan semula iklan-iklan arowana, dan alhamdulillah.... hari ini iklan saya mula disiarkan.

Sekali lagi, thanks Mr. Khoo

... and of course, thanks to mudah.my too.





No comments:

Post a Comment