Friday, July 8, 2011

Arowana Crossback Bluebase AAA - Gambar-gambar dan Rakaman VIdeo 'Harvest'


Assalamu'alaikum wm wbkh!

Pada 2 Julai lalu, saya sekali lagi ke ladang arowana di Perak untuk menyaksikan aktiviti 'harvest' arowana crossback gred AAA, setelah mendapat jemputan dari pemilik ladang tersebut beberapa hari sebelumnya. Ladang ini merupakan salah satu pembekal utama arowana kepada kami di AsSakinah Arowana.

Saya paparkan di bawah ini gambar-gambar beberapa ekor induk arowana MG Crossback dari Gred AAA. Gambar-gambar ini adalah dari snapshot video yang saya rakamkan semasa aktiviti 'harvest' di sebuah ladang arowana di Perak.


Warna bluebase yang pekat

'Chu' sangat halus dan susunan sangat rapi



Sisik baris 6 (atas belakang) sudah cross




Induk-induk Crossback Bluebase AAA di atas mempamerkan warna biru pada badan ('bluebase') yang sangat ketara.


 
 
 
 

Dalam aktiviti harvest yang dijalankan pada 2 hb Julai ini, nampaknya ada rezeki bagi tuanpunya ikan dan pelaburnya..... depa dapat 2 pair berjumlah kira-kira 30 ekor.

Rakaman Video Aktiviti Harvest dipaaprkan di bawah,



Saya masih ada stok terhad 8 ekor anak Crossback AAA yang kini bersaiz 5 inci, hasil 'harvest' terdahulu. 'Chu' sudah keluar dan sangat halus. Sesiapa yang berminat sila hubungi saya untuk mengetahui harga. Sebahagian besar dari 'batch' ini telah terjual sewaktu bersaiz 3 inci. Oleh kerana baka seperti ini sukar didapati dan stok yang ada sangat terhad, saya tidak iklankan di MUDAH.MY, sebaliknya hanya dikhususkan kepada pengunjung blog ini sahaja.




1 comment:

  1. sy nk beli tuan. mgbb induk crossback AAA 01155028245 NO SAYA

    ReplyDelete