Sunday, October 9, 2011

Induk Masuk Kolam Lagi ...Kolam 28 dan 29

 Assalamu'alaikum wm wbkh pengunjung semua...
Khamis lalu, 6 Oktober 2011, saya sekali lagi ke Bukit Merah membawa kumpulan induk pramatang Super Highback dan induk pramatang Highback untuk dimasukkan ke dalam kolam di ladang pembiakan di sana.

Induk Super Highback yang berusia kira-kira 17 bulan ini adalah yang saya bela sejak dari kecil iaitu sejak dari lepas 'yolk'.

Induk SHB Bluebase yang saya bela di showroom sejak dari 17 bulan lepas

Ia berjumlah 22 ekor dan bakal dihantar ke kolam pembiakan di Bukit Merah

Lagi gambar induk yang sama

Sesampai di Bukit Merah, kumpulan 22 ekor induk SHB Bluebase ini dimasukkan ke dalam kolam 28
Cerita selanjutnya selepas "Jump Break" ...



Kumpulan induk HB pula dimasukkan ke dalam kolam 29

Kolam 29 ini mengandungi 23 ekor induk pra-matang HB,  juga berusia 17 bulan
Untuk makluman, bagi kolam 28 ini, saya sudah mempunyai seorang rakan kongsi bernama En. Zulkifli, seorang kontraktor berasal dari Kuala Terenganu dan menetap di Kuala Lumpur. Kami masing-masing berkongsi separuh bahagian.

Kolam 29 pula kini dihuni oleh induk pra-matang dari baka Highback, juga berusia 17 bulan. Sebahagian induk dari kumpulan ini dahulunya merupakan anak Highback yang telah saya jual kepada seorang pelanggan yang membesarkannya, dan saya telah membelinya semula dari beliau secara pertukaran (trade-in) setelah mencapai usia pra-matang. Untuk makluman saya mencari rakan kongsi bagi kolam no.29 ini. Ada yang berminat???

Jadi, sehingga kini saya sudah mempunyai 4 buah kolam arowana, Alhamdulillah. Pelaburan di kolam arowana ini bukan sahaja merupakan sumber bagi saya mendapatkan anak-anak benih arowana bagi dijual di showroom saya di masa akan datang, tetapi juga sebagai sumber kewangan saya di hari tua nanti, insyaallah...


4 comments:

  1. Tahniah Hj. semoga maju bisness Hj nie dan diberkati Allah s.w.t....in future kalau nak bukak kolam tuk mg saya berminat nak join (kalau cukup modal) hehehe...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Lan.
    Kolam untuk mg crossback dalam perancangan lagi... insyaallah nanti masih akan ada juga

    ReplyDelete
  3. Berminat sangat nak jd rakan kongsi Tn Hj. tp masih tgah kumpul modal.. Semoga sukses..

    ReplyDelete
  4. Izzuwan
    aamiin...mudah2an berkat doa Izzuwan. Terima kasih.

    ReplyDelete