Monday, September 12, 2011

KOLAM PERTAMA SAYA - KOLAM NO.37 HIGHBACK

Assalamu'alaikum wm wbkh!...
Sabtu 10 September 2011, iaitu 2 hari lalu, merupakan hari yang sungguh istimewa dan penuh bersejarah bagi saya. Pada hari itu, saya bersama isteri bergerak ke Utara. Destinasi kami adalah ladang pembiakan arowana milik rakan saya, Encik Alang Wahi, terletak di Bukit Merah. Sesampai di sana, kebetulan pengurus ladang, Encik Zul bersama beberapa orang pekerja beliau sedang bersiap sedia untuk memulakan aktivit harvest sebuah kolam highback. Saya turut menyaksikan aktiviti harvest tersebut dan sempat membuat rakaman video aktiviti tersebut. Rezeki menyebelahi mereka kerana mendapat 47 biji telur (yolk).

Selesai harvest, saya berbincang dengan En. Zul tentang induk arowana highback matang yang saya bawa di dalam kenderaan Sorento saya, untuk dilepaskan di dalam kolam di sana. Encik Zul telah 'allocate' sebuah kolam kosong bernombor 37 untuk ikan-ikan saya. Beliau dan pekerja-pekerjanya sebagai kakitangan ladang arowana ini akan membela dan menguruskan ikan-ikan tersebut bagi pihak saya, dan sebarang hasil yang diperolehi akan dikongsi secara samarata antara saya dengan syarikat milik En Alang Wahi ini.

Pekerja-perkerja beliau yang semuanya ramah dan mesra membantu saya mengeluarkan bag-bag plastik mengandungi induk-induk highback tersebut dan menempatkannya ke dalam kolam. Setelah itu, bag-bag tersebut mulai dibuka dan induk-induk arowana tersebut mulai berenang keluar ke dalam kolam yang luasnya kira-kira 25 kaki x 50 kaki. Tentunya ikan-ikan ini merasa sangat gembira dan senang kerana tempat tinggal mereka kini bukan lagi tangki kecil, tetapi kolam yang berkali ganda lebih besar. Sebanyak 10 ekor induk telah dilepaskan untuk tujuan pembiakan, manakala baki antara 10 hingga 12 ekor lagi akan dihantar dalam tempoh beberapa hari lagi.

Inilah kolam no.37 yang menjadi habitat baru induk-induk highback saya


Di bawah ini adalah rakaman video yang saya ambil ketika aktiviti melepaskan induk-induk HB tersebut.


Rakaman terakhir di atas menunjukkan baki 10 ekor lagi induk arowana highback saya yang masih berada di dalam fibertank di showroom saya. Induk-induk di atas berusia antara hampir 2 tahun ke kira-kira 2 1/2 tahun. Saya merancang membawa induk-induk ini untuk ditempatkan bersama dengan induk di atas di dalam kolam 37 dalam masa beberapa hari algi, insyaallah


Setelah hampir 2 tahun bergiat secara serius dalam bidang perniagaan arowana, saya akhirnya berjaya memiliki sebuah kolam pertama saya.... kolam Highback. Semuanya dengan izin Allah.... Alhamdulillah..... Walau bagaimanapun, saya bercadang untuk berkongsi kolam ini dengan seorang rakan peminat arowana, seorang pensyarah dari UiTM Arau Perlis.

Kemaskini 21September 2011 - Kolam HB No.37 ini yang mengandungi 22 ekor induk, kini menjadi milik bersama saya dengan seorang pensyarah UiTM Arau, Perlis, dengan perkongsian 50:50.



5 comments:

  1. Seronok saya melihat kisah Arowana ni. Saya lebih tertumpu dalam pembangunan fasiliti akuakultur. Sekarang sedang dalam proses inkubasi dgn Yayasan Inovasi Malaysia dan MOSTI. Salah satu objective kajian ialah pembangunan fasiliti buatan untuk Arowana. Harap Allah permudahkan usaha saya untuk menemui sistem buatan terbaik bagi spesis ini. Sambil2 tu belajar juga pasal Arowana.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Tuan Haji :-) Nampak gaya ada source sendiri sikit hari lagi.

    ReplyDelete
  3. Man, terima kasih. Hang apa habaq? Dengaq habaq tahun ni kolam hang dapat banyak hasil...

    ReplyDelete
  4. salam..skim ni ada insuran tak?

    ReplyDelete
  5. syah... tak ada insuran

    ReplyDelete